SAMBAL SOTONG
Assalammualaikum...
Sunyi rumah petang nie...anak2 keluar ikut ayah nya p photo shoot di Kuala Selangor...asz pulak xdpt nak ikut serta sebab malam nie ada Majlis Solat Hajat & bacaan Yaasin di sekolah...
Nak xnak kena jgk utamakan tanggungjawab pada kerja...huhu..walaupun hati meronta2 nak ikut...waaa....hahaha...
N3 kali nie asz nak sharekan menu yg biase jgk kita semua buat...
SAMBAL SOTONG
Bahan-bahannya :
- 5 ekor sotong
- 1 bj bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 2 cm halia
- 15 tangkai lada kering
- 1 st kicap pekat
- 1 senduk minyak masak
- garam & gula secukup rasa
Cara-cara Penyediaannya:
- Sotong dibersihkan & disiang.
- Lada kering,bawang besar,bawang putih dan halia di kisar halus.
- Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga betul2 masak lebih kurang 15 minit.
- Masuk sotong dan gaulkan rata.
- Masuk pula kicap pekat,garam & gula secukup rasa.
- Gaul sekata selama 5 minit dan terus angkat untuk dihidangkan.
- Jangan masak lama2 kerana sotong akan keras & kecut.
No comments:
Post a Comment