MEE BANDUNG MUAR
Assalammualaikum....
Selamat pagi semua...berkobar2 hari kedua di tahun baru nampaknya...:)) asz plak semakin lemah semangat...sebabnya tggl sehari je lg cuti sekolah...huhu...eisyhh2 ape nak jdk la asz niekan...
Tahun nie asz mengajar Tingkatan 1,3,4 dan 5... bersilat semula la asz jawabnya thn nie...:))
Banyak urusan perlu diselesaikan....urusan tadika Haziq kena dibereskan hari ini...esok adalah hari pertama dia belajar di Tadika Permata,Presint 5...
Semoga anak bujang ummi dapat menyesuaikan diri di tempat baru...
Pertama kali asz jenguk tadika tersebut di Putrajaya, terkejut asz melihatkan kelengkapan yang ada...jauh berbeza dgn taska yg asz hantar sebelum ini...dr kelengkapan,taman permainan,menu2 makanan selama sebulan dan bilik2 khas seperti bilik tidur,kelas belajar, modul belajar dan lain2 tersedia...sebab tu lah agaknya...bajet belanjawan pada tahun lepas, PERMATA antaranya yg mendapat bajet yg tertinggi..Alhamdulilah semoga urusan belajar dan transit Haziq disini sehingga jam 5 pm dimudahkan....
Panjang meleret asz bercerita...kita balik pada tujuan asal iaitu asz nak kongsikan bersama menu sarapan asz n family pd pagi ini iaitu Mee Bandung Muar...
Resepi nie asz lihat dari dapur Rozliani..dari Anjung web...sebenarnya banyak lagi resepi Mee Bandung yg terpapar di mana2 blog skrg ..bleh jer pilih yg mn 1 menawan hati k...:))
MEE BANDUNG MUAR
By : Rozliani
Bahan : Anjung Web
Bahan -bahan:
500 gram mee kuning
10 tangkai cili kering (boleh ditambah jika mahu lebih pedas)
5 ulas bawang puting
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang besar
50 gram udang kering (direndam dan ditumbuk halus)
100 gram udang biasa
200 gram tulang lembu (direbus, air rebusan juga digunakan sebagai kuah )
100 gram sawi (dipotong sekitar 1 inci )
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis
Cara Memasak:
Kisar cili kering, bawang dan udang kering sehingga halus.
Tumis bahan yang dikisar tadi sehingga naik bau .
Masukkan tulang lembu beserta air rebusan. Biarkan sehingga mendidih.
Kemudian masukkan sawi dan udang tadi.
Tambahkan gula dan garam secukup rasa.
Boleh ditambah dengan telur untuk setiap pinggan hidangan.
No comments:
Post a Comment