Thursday 19 January 2012

SIAKAP 3 RASA

SIAKAP 3 RASA


Assalammualaikum wbt semua...

Dua hari lepas balik sekolah asz terus ke Pasar Presint 8 , cuba tinjau ikan apa yang ada untuk di masak petang nie pula... bila dah petang2 nie mana la banyak sangat ikan2 yg elok dan segar....lain la kalau di Pasar Teluk Gong Kuala Sg Baru...

Akhirnya  siakap jugak menjadi pilihan....sebabnya ikan lain banyak yang dah sakit mata...hehe

Asz pilih saiz yang sederhana buat kami berempat. Kalau arwah abah nie suka sangat ikan2 macam nie....ikan bersaiz besar. 

Ikan siakap nie pelbagai menu boleh kita masak antaranya siakap sweet sour, siakap 3 rasa, siakap steam, asam pedas siakap, siakap bakar berlada/biasa atau siakap sambal saje...pilih je lah mana yg teragak dek tekak nie...:))

 N3 hari nie asz sharekan bersama resepi  siakap 3 rasa.


SIAKAP 3 RASA

Bahan-bahannya :

  • 1 ekor ikan siakap
  • 3 ulas bawang putih -dicincang halus
  • 4 ulas bawang merah - dicincang halus
    • 2 helai daun limau purut
    • 5 batang cili padi - dihiris halus
    • 2 sudu lada mesin
    • 1 sudu makan gula pasir
    • 2 sudu makan cili sos dan sos tomato
    • 1 mangkuk nenas - dipotong dadu
    • 1 mangkuk kecil tomato - dipotong dadu
    • 1 mangkuk lobak merah dipotong dadu
    • 1 mangkuk brokoli
    • putik jagung dipotong memanjang
    • sedikit garam dan jus lemon
    • sedikit hirisan bawang besar 
    • sebatang serai - ditumbuk pecah




    Cara-cara Penyediaannya :

    • Ikan siakap dibelah bahagian tengah, bersihkan, lumur dengan garam, tepung jagung dan sebiji telur (yang dipukul sedikit), kemudian digoreng hingga garing (kalau tak suka goreng biasa saja mcm yg asz buat)
    • Tumis bawang putih, sos tomato, sos cili dan cili padi
    • Setelah naik bau, masukkan cili mesin,nenas, tomato, jus lemon, serai dan daun limau purut
    • Masukkan sedikit air, kacau rata, bubuh garam dan gula
    • Masukkan putik jagung,brokoli dan kacau rata.
    • Setelah mendidih, angkat dan tuang ke atas ikan siakap yang telah digoreng
    • Hias dan hidangkan.
















    No comments:

    Post a Comment