Wednesday 18 January 2012

KETAM BERCILI

KETAM BERCILI

Assalammualaikum dan salam sejahtera...
Cadangnye nak masukkan 2 N3 mlm td, tp x berkesempatan disebabkan ada kerja yg lbh penting yg perlu dibereskan segera...dan bila dah selesai trs lelap....hehe
Hari nie baru boleh mngadap blog...Perkongsian resepi  untuk hari nie asz nak selitkan 1 menu makanan laut...iaitu ketam. 
Ketam nie kena pandai pilih...cuba pegang dan rasa beratnya kalau ringan tue selalunya isinya kurang so pandai2 la...
 



KETAM BERCILI

Bahan-bahannya :
  • 500 gm ketam ( 2 ekor )
  • ¼ cawan minyak masak
  • 1 biji telur, dipukul sempurna
  • 5 biji bawang merah (dihiris)
  • 5 tangkai cili merah, (diblender)




Bahan-bahan A:



  • 5 sm halia (dihiris)
  • 4 ulas bawang putih(dihiris)
  • 5 biji bawang merah(dihiris)
  • 1 batang serai (blend halus) 


     Bahan-bahan sos:

    • ¼ cawan air
    • 2 camca besar Sos Cili
    • 1 camca teh gula
    • ¼ camca teh minyak masak
    • Secubit serbuk lada hitam




    Cara-cara Penyediaannya :

    • Bersihkan ketam.
    • Pisahkan kulitnya.
    • Potong atau belah dua. 
    • Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bahan-bahan A hingga terbit bau.
    • Masukkan ketam dan goreng sekejap. 
    • Tutup kuali 5 minit. 
    • Buka penutup dan kacau sekali lagi, kemudian masukkan bahan-bahan sos.
    • Apabila ketam kemerahan dan hampir masak, masukkan telur dan daun bawang. 
    • Hiaskan dan dihidangkan panas.

    No comments:

    Post a Comment