Saturday, 7 January 2012

Sup Sayur Park Choy Bercendawan

SUP SAYUR PARK CHOY BERCENDAWAN

Assalammualaikum...

Selamat petang dan selamat beristirehat di hujung minggu...esok dah bekerja semula...minggu ke-2 persekolahan...

Pada petang nie asz nak sharekan beberapa resepi... resepi yang mudah dan antara yg selalunya ada dlm setiap hidangan...iaitu hidangan sayur-sayuran...



SUP SAYUR PARK CHOY BERCENDAWAN

Bahan-bahannya

  • 2 ikat Park Choy- sawi Jepun (dipotong)
  • sebungkus cendawan (di belah 3)
  • 2 inci lobak merah (dipotong)
  • 1 biji tomato (dibelah empat)
  • 1 ulas bwg putih (dihiris)
  • 2 ulas bawang merah ( dihiris)
  • sedikit ikan bilis ( ditumbuk )
  • garam secukup rasa
  • 2 cawan air
  • 1 sudu kecil minyak untuk menumis




Cara-caranya :
  •  Panaskan minyak di dalam kuali.
  •  Kemudian tumiskan bawang putih dan bawang merah yang dihiris sehingga naik bau.
  •  Masukkan air dan biar sehingga mendidih.
  •  Masukkan garam, dan biar seketika.
  •  Kemudian masukkan lobak merah dan sawi ke dalam periuk.
  •  Last sekali masukkan tomato dan tutup api. Siap untuk dihidang dan dimakan.



No comments:

Post a Comment