Showing posts with label MENU BERPANTANG. Show all posts
Showing posts with label MENU BERPANTANG. Show all posts

Wednesday, 21 March 2012

IKAN PARANG MASAK KICAP simple...

IKAN PARANG MASAK KICAP

Assalammualaikum









Selamat malam semua..kepenatan setelah seharian di padang Sekolah Alam Shah hari nie, sempena Kejohanan Olahraga Putrajaya....balik pun rasa nak baring jer...tapi apakan dayaku..lauk x masak lagi untuk diner....waaa...abis geledah fridge lauk pe paling simple nak buat...akhirnya terhasil lah N3 malam nie...Ikan Parang Masak Kicap paling simple..
hehe...sonang jo tau!!!! campak2 pun dah jadik....:))












IKAN PARANG MASAK KICAP 


Bahan-bahannya:

  • 2 keping potongan ikan parang segar
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • 1 biji cili hijau (dihiris)
  • 1 biji bawang besar (dimayang)
  • 3 ulas bawang putih (dimayang)
  • 1/2 inci halia (dimayang)
  • 3 biji tomato ceri
  • sedikit brokoli
  • 1 camca besar sos tiram
  • 1/2 cawan air
  • 1 keping asam keping












Cara-cara Penyediaannya:

  • Ikan parang dilumur dengan sedikit serbuk kunyit dan garam.
  • Goreng ikan embal2 dan angkat lalu ketepikan.
  • Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih, halia dan bawang besar. 
  • Masukkan sos tiram ,tuang air dan kacau sebati. Masukkan kicap dan biar mendidih.
  • Masukkan ikan dan cili merah/hijau.
  • Kacau dan masak sekejap. 
  • Hidangkan.















Tuesday, 20 March 2012

IKAN PARI BAKAR SAMBAL BERSERAI xyah p umbai...hehe

IKAN PARI BAKAR SAMBAL BERSERAI

Assalammualaikum 















Sebut jer Umbai...pasti ramai dah tau tempat tue femes dengan ikan bakarnya...macam2 pilihan ade,tapi harga???paham2 jelah yea...kalau ramai mmg cecah beratus sekali makan.Banyak juga pilihan Medan Ikan Bakar di Melaka...di Muara Sg.Duyong, Kuala Sungai Baru pun boleh tahan sedapnya...


Tapi ape2 pun skali-skala boleh la juga mencuba resepi ikan bakar buatan sendiri yang tak kurang sedapnya...(macam angkat bakul la pulak)...hehe.Asz sediakan menu ikan pari bakar bersambal sebagai juadah makan malam tadi.Asz bakarkan skali bersama sambal serainya, kemudian balut pula dengan daun pisang...lepas tue bila nak makan ,perah pula dengan asam limaunya... fuhhh mmg mengancam baunya..hehe. 











IKAN PARI BAKAR SAMBAL BERSERAI 



Bahan-bahan Untuk Ikan :
  • Ikan pari - dibuang perut dan dibersihkan dengan air asam/kapur
  • Garam
  • Asam jawa
  • Daun pisang untuk membakar ikan pari


Bahan-bahan Untuk Sambal :
  • 4 sudu lada mesin
  • Bawang merah - di blend
  • Bawang putih - di blend
  • Belacan - ditumbuk
  • Serai - diracik halus dan ditumbuk
  • Garam dan gula secukup rasa 
  • Air asam jawa
  • Limau kasturi - untuk diperah di atas ikan yang telah dicurah sambal







Cara-cara Penyediaan Sambal :

  • Tumbukkan bawang, serai dan belacan sehingga serai lumat 
  • Tumiskan bahan tumbuk sehingga garing dan masukkan bahan blend 
  • Tumiskan jugak bahan yang diblend tadi sehingga garing
  • Masukkan air asam jawa sedikit
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa dan gaul rata semua bahan
  • Bila sambal sudah nampak memekat, angkat dan curahkan sambal di atas ikan


Cara-cara Membakar Ikan Pari :


  • Lumurkan ikan pari dengan asam jawa dan garam
  • Letakkan daun pisang di atas kuali leper
  • Bakarlah ikan pari sehingga separuh masak di kedua-dua belah ikannya
  • Setelah itu curahkan sambal yang telah dimasak tadi ke atas ikan,balut semula daun pisang dan bakar sehingga masak.
  • Setelah ikan masak, perahkan limau kasturi yang dipotong hujungnya diatas sambal ikan 
  • Boleh dimakan bersama nasi putih. 

















DAGING BERHALIA MASAK LADA HITAM buat along ...

DAGING BERHALIA 
MASAK LADA HITAM

Assalammualaikum dan selamat malam semua


Menu nie asz buatkan untuk anak buah asz, along asyraf setelah dua hari di hospital.Terbaring je dalam bilik wad berhawa dingin mesti sakit2 badannya sejuk.Tue yang asz buatkan, supaya panas skit dan angin2 dalam badannya keluar bila pekena lada hitam dan halia...






DAGING BERHALIA MASAK LADA HITAM


Bahan-Bahan:
  • 500gm daging batang pinang
  • 1 sb serbuk lada hitam yg ditumbuk kasar (lebihkan jika ingin lebih pedas) 
  • 2 inci halia (dimayang halus)
  • 1 biji lada benggala hijau
  • 1 biji lada merah
  • 3 sb kicap manis
  • 2 sb sos tiram
  • 1 cawan air
  • 1 sb tepung jagung yg dibancuh dgn 2 sb air
  • 1/2 sudu garam halus dan 1 sb gula
  • minyak utk menggoreng







Cara-cara Penyediaannya :

  • Potong daging nipis2 dengan cara melawan urat supaya daging tidak liat. 
  • Bersihkan dan toskan.
  • Potong panjang kedua2 lada. 
  • Panaskan minyak. 
  • Sebaik-baiknya 
    gunakan minyak yg banyak dan menggunakan api yg kuat supaya daging itu tak perlu digoreng dgn lama. 
  • Goreng daging lebih kurang 3 - 4 minit sambil dikacau supaya rata masaknya dan angkat.
  • Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar sahaja.
  • Goreng halia hingga naik bau. 
  • Masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga berbau wangi dan masukkan lada merah.
  • Lepas itu masukkan kicap manis, sos tiram, garam dan gula, kacau sebati. 
  • Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. 
  • Sekiranya ingin lebih berkuah, lebihkan sukatan air. Biarkan mendidih, barulah dimasukkan lada benggala dan bancuhan air tepung jagung. 
  • Biarkan mendidih. 
  • Bila dah agak pekat boleh lah dipadamkan api.
  • Hidangkan panas2 dgn nasi putih