Showing posts with label CUCUR. Show all posts
Showing posts with label CUCUR. Show all posts

Tuesday, 18 December 2012

CUCUQ UDANG RANGUP





Assalammualaikum
Selamat sejahtera dan selamat petang semua...baru bangun tidoq ka cikgu2??? 

Esok kuar dah result PMR....waaaaa...risau +takut+gementar+runsing+berpoloh2....tapi tidur tetap nyenyak..makan tetap kenyang...hehe..
Ape2 pun aku redha dengan ketentuanNYA... semoga anak2 didikku tersayang memperolehi result yang cemerlang dan terbaik...terutamanya subjek matematik....aminnnn

Lapaq pulak petang2 nie kannn....hujan pulak tue....aduhhhh..

Nak makan ape....?nak makan ape....???  hehe...






Jom layan cucuq udang nak...???asz suka buat bancuhannya agak cair sedikit dari biase..supaya dapat banyak telinga kat cucuq udang tue...sedap makan kalau bunyi krup krap krup krapppp tue....dapat pulak tisya...tue je dulu dia carik...

Teringat zaman belajar di usm dolu2....  sanggup berjalan kaki 2 jam dari jeti ke Pulau Tikus semata2 nak makan "pasemboq yang sedap sangat" yang diura2kan oleh apai....huhu... sampai2 je bukan selera dah...layan penat kaki jer...apai jer yang perabiskan semuanya...macam nak nangis jer aku ngan reen time tue.... tapi tue yang jadi memori terindah buat aku+reen+apai...sure gelak + senyum sumbing bila teringatkan balik...rindu sangat kat dia orang...  :( 

Asz x suka letak baking powder atau pun yis...tapi yang gemarkannya untuk dapatkan cucuq udang gebus boleh la ditambahkan yea...





CUCUR UDANG RANGUP

Bahan-bahan penyediaannya:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 sudu tepung beras
  • 2 cawan udang
  • 3 1/2 cawan air 
  • 1 cawan tauge (dibersihkan dan dibuangkan kepalanya)
  • 1 cawan daun kuchai (dibersihkan dan hiriskan kecil)
  • 2 biji bawang besar (dipotong dadu)
  • ½ sudu kecil kunyit serbuk
  • 1 sudu garam halus
  • 1 biji telur
  • Minyak untuk menggoreng






Cara-cara Penyediaannya:

  • Campurkan semua bahan dalam satu bekas yang besar kecuali air & telur.
  • Gaulkan rata bahan-bahan tadi.
  • Masukkan telur dan air sedikit demi sikit sambil dikacau rata.
  • Habiskan kesemua air dan kacau rata.Kalau bancuhannya agak pekat,tambah sedikit air lagi.
  • Panaskan minyak yang banyak secukupnya dengan api yang sederhana.
  • Ambil senduk kecil atau sudu, sudukan bancuhan cucur tadi 
  • Ulangi proses sehingga cucur memenuhi kuali.
  • Bila cucur mulai timbul,bagi mengaringkan semua bahagian cucur,cerai-ceraikan cucur supaya tidak melekat antara satu sama lain. 
  • Terbalikkan cucur dan goreng sehingga garing ke dua-dua belah.
  • Bila dah garing, angkat dan toskan atau pun alaskan dgn tisu makanan supaya dapat serap minyak yang berlebihan.
  • Hidangkan cucur sementara masih panas...cicah bersama kuah lada atau kuah kacang.






SOS LADA


Bahan-bahannya:

  • 5 tangkai cili merah
  • 4 sudu gula pasir
  • 2 sudu gula merah/gula melaka
  • 1 1/2 cawan air asam jawa atau 2 keping asam keping        (kalau guna asam keping sukatan air biasanya sama ) 
  • 2 ulas bawang putih
  • garam secukup rasa
  • sedikit bijan sebagai hiasan


Cara-cara Penyediaan sos lada :

  • Masukkan cili,bawang putih dan air asam jawa/air ke dalam mesin pengisar kecuali asam keping.
  • Mesin sehingga halus, masukkan ke dalam periuk
  • Masukkan gula pasir,gula merah/melaka/asam keping dan garam. 
  • Masak dengan api perlahan hingga pekat.
  • Sejukkan,taburkan sedikit bijan dan bolehlah di hidang.










Sunday, 15 January 2012

CEKODOK PISANG faberet HAZIQ

CEKODOK PISANG

Salam semua....malam dah...esok dah bekerja semula...tadi leka menyiapkan kelengkapan anak2 ke sekolah n tadika esok...dr kasut hinggala ke beg sekolah mereka...

N3 terakhir malam nie adalah request drp anak bujang asz...haziq. Nak cekodok pisang...gelak plak asz bile dia dah minta...agaknye teringin la tue...hehe.

Nasib baik la ada lg pisang lebih hari tue...cukup la tuk buat cekodok dia...Kalau kat Putrajaya mahal nie... kalau nak dptknnya pun di Food Court atau di Petronas....kalau di Petronas dijual 10 biji RM2...



CEKODOK PISANG

Bahan-bahannya :

  • 5-6 biji pisang ( pisang 44 hari/emas/dll)
  • 1/2 cawan gula
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 sudu kecil bikarbonat soda
  • 1 sudu susu tepung
  • minyak untuk menggoreng



Cara-cara penyediaanya :


  • Satukan kesemua bahan di atas kecuali minyak.
  • Perapkan selama 5 - 10 minit
  • Selepas 10 minit, panaskan minyak utk menggoreng.
  • Gorenglah buat macam jemput2 tu sampai habis.
  • Boleh lah dihidangkan...lagi sedap kalau ade kuah untuk dicicah...macam asz cicah dgn kuah masak lemak cili pagi td.
  • Selamat mencuba... :)









Thursday, 12 January 2012

CEKODOK BILIS RANGUP

CEKODOK BILIS RANGUP 

Pernah dgr x nama menu nie???hehehe....mcm2 panggilan sbnrnye..ade yg panggil jemput2...ade yg panggil cucur...n kalu kat utara panggil cucuq..:)

Cekodok nie jgk byk sgt versi dia skrg...kalau ltk pisang pggl cekodok pisang, kalau jagung cekodok jagung dan mcm3 versi yg lain jgk... 

Tak susah mane buat...harge kalu jual kat kg pun leh tahan lg...kalu kat Putrajaya, bile teragak nak mkn cekodok pisang ada di jual Petronas...harga..??? 10 ketul dkt RM 2...tp cekodok sejuk laa...nak sedap buat jer....

Kalau cekodok bilis nie asz suka yg rangup2...org panggil telinga dia....ank perempuan asz pun sama kalau nk mkn crk yg telinga dulu...:))



CEKODOK BILIS RANGUP 


Bahan-Bahan:


  • ½ kilo tepung gandum 
  • 3 - 4 biji cili merah (ditumbuk)
  • Ikan bilis secukupnya (dibuang perut dan ditumbuk separuh lumat bersama cili) 
  • 1 - 2 biji bawang besar (dimayang) 
  • Garam secukup rasa 
  • Air panas (mendidih) secukupnya untuk membancuh 
  • Minyak untuk menggoreng




Cara-cara Penyediaannya:

  • Tepung, cili, ikan bilis dan bawang besar dimasukkan dalam satu bekas dan dibancuh dengan air panas. 
  • Bancuhan jangan terlalu cair cukup sekiranya boleh dijemput dengan jari. 
  • Biarkan sejuk sebentar dan dijemput mengikut saiz yang disukai dan goreng dengan minyak yang panas sekali.




Cadangan Hidangan:

Boleh dicicah dengan cili sos atau sambal kicap.

*Cara Penyediaan Sambal kicap:

kicap manis yang dikisar dengan cili api

 1 biji bawang putih 

 1/4 inci belacan bakar

* campur semua dan kisar hingga lumat..hidangkan .