Tuesday, 13 March 2012

TELUR KICAP SWEET SOUR alahai kojap dah siap!!!!

TELUR KICAP SWEET SOUR

Assalammualaikum


Selamat pagi semua...bagi yg bercuti,ke mana kita arinie???asz free arinie,xde training nett ball...tapi esok sambung balik. Arinie kena lah tunaikan janji nak bawak semua keluar jln2...En.asben xde seminggu,asz la yg kena drive jawabnya...huhu

N3 pagi nie asz masukkan menu yg sangat ringkas dan cepat di makan dan yang paling penting anak2 dan anak2 buah asz suka. Balik drp training dah pukul 5 lebih, so mane yang sempat je la...





TELUR KICAP SWEET SOUR


Bahan-Bahannya

  • 4 biji telur 
  • 2 ulas bawang besar (dihiris) 
  • 2 sudu besar kicap pekat 
  • 3 sudu kicap manis 
  • 2 sudu sos cili
  • 2 sudu sos tomato
  • 2 sudu air asam jawa 
  • 1/2 cawan air
  • 1 batang saderi (dipotong)
  • 1 biji lada merah(di potong)
  • 1 biji lada hijau(dipotong)
  • garam secukup rasa 
  • minyak utk menumis dan menggoreng





Cara-cara Penyediaannya:

  • panaskan minyak 
  • goreng telur satu persatu 
  • kurangkan minyak utk menumis 
  • tumis bawang besar 
  • masukkan air,garam, kicap,sos cili,sos tomato dan air asam jawa dan kacau
  • masukkan lada merah dan hijau,daun saderi serta kacau sebati
  • akhir sekali masukkan telur yg digoreng tadi
  • hidangkan








2 comments:

  1. assalamuaalikum.. salam pekenalan. kagum la bila 1st time masuk sini. semuanya menu2 yang mengancam selera... telur ni pun simple tapi nampak sedap betui tuuu.. nak jugaaakk

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam k.izah...
      salam perkenalan juga kak...thanks sudi singgah di sini...resepi yang simple2 je kak..mana yang dan je...leh je nak skittt..hehehe

      Delete