Thursday, 8 March 2012

PAVLOVA i love 2,3,4....

PAVLOVA

Assalammualaikum dan selamat malam semua readers 








Lama benar nak try buat meringue nie...geram bila menggoogle tengok gambar2nya....uisshhh terliur tengokkan lambakan buah2an segarnya...tapi tahan kan desakan hati...sabar...sabar...tue yang bila x sabar...buah2nya pula kebetulan ada asz petik kat dalam fridge....x tunggu lagi dah..terus buat...hehe

Rasanya agak manis jugak...tapi bila dimakan bersama whipping krim dan fresh fruit seperti buah kiwi,peach, mangga, oren,strawberi yang masam2 tue...dapat cover rase manis pavlova. Teksturnya juga agak rapuh dan lembut di dalamnya...macam kek span...resepi yang menarik untuk di coba...:))




PAVLOVA

Bahan-bahannya:

  • 150 gram putih telur (anggaran 4 biji telur)
  • 1 cawan gula kastor
  • 2 camca besar tepung jagung
  • 2 camca teh cuka makan
  • 1/2 camca teh esen vanilla
  • Whipping cream secukupnya 
  • 3 sudu cream cheese
  • 1 sudu gula icing
  • Strawberi, kiwi,peach dan mangga segar secukupnya.











Cara-cara Penyediaannya:


  • Panaskan oven pada suhu 150C.
  • Sediakan kertas minyak.
  • Putar putih telur hingga berbuih.
  • Masukkan gula sedikit demi sedikit sambil diputar hingga kental dan berkilat.
  • Masukkan cuka makan dan tepung jagung, gaul rata adunan tadi, tapi jangan terlebih gaul.
  • Bentukan bulat adunan tadi.
  • Masukkan ke dalam oven, turun suhu menjadi 120C dan bakar 1 jam 20 minit.
  • Kemudian biarkan ia sejuk dalam oven.
  • Putarkan whipping, guala icing dan cream cheese hingga kental. 
  • Ambil pavlova tadi, paipkan whipping cream dan cream cheese tadi ditengahnya dan susun buah2an segar mengikut kreativiti anda. 
  • Hidangkan.



**Asz gunakan separuh sahaja dari resepi di atas... dan rezeki kawan2 asz di sekolah merasanya. :))











Alhamdulillah....akhirnya....hehe

No comments:

Post a Comment