Sunday, 18 March 2012

STEAK last menu for...

STEAK


Assalammualaikum
  












Lama asz x bersiaran,banyak perkara kena uruskan...dua 3 hari nie asz berulang ke kg,Asyraf anak k.ngah asz xcdnt...skrg masih di GH Melaka lagi.


Semalam pukul 6.30 petang mak dan family asz yang lain selamat tiba di klia setelah 2 minggu menunaikan umrah. Alhamdulillah mereka semua sihat, ucu dan mak busu saje yang batuk2 skit. 


N3 petang nie adalah menu yang asz buat pada hari terakhir anak2 buah di rumah asz semalam..... dengan dibantu oleh anak buah asz wanie...ayahnya kate dia bibik dr Dhaka...hehe . 


Sambil tue sbnrnye, asz saje nak train dia masak, senang mama dia nanti...asz selalu ingatkn dia,kena rajin2 tolang ke dapur. Kalau ada bibik boleh la bantu2, tapi takan la semua kerja bibik nak buatkan...??? hehe...seronok dengan dia macam2 celoteh n lakonan...hermmm


Arinie dapat masej dari dia...mama bagi kepercayaan dia masak arinie...gelak asz dengar...:))












STEAK


Bahan-bahan Untuk Daging:

  • Daging batang pinang ½ kg 
  • 2 sudu besar  lada hitam (ditumbuk kasar)
  • 3 sudu besar sos cili 
  • 3 sudu kicap pekat
  • sedikit air
  • 1 besar sudu madu 
  • sedikit garam


Cara-cara Penyediaan Daging :
  • Hiris daging setebal lebih kurang 1-1.5 cm. 
  • Gaulkan dengan sos, lada hitam,air, kicap dan madu. 
  • Perap  dalam 2 jam.
  • Kemudian boleh lah di grill, bbq atau bakar atas kuali.
  • Grill hinga masak.




KUAH BLACK PEPPER 

Bahan-bahan untuk Kuah:
  • 1 ulas bawang putih 
  • sedikit mentega utk tumis 
  • 3 sudu lada hitam ditumbuk kasar
  • 2 cawan air 
  • cendawan butang ( dihiris nipis)
  • 2 sudu tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
  • garam secukup rasa 

Cara Penyediaan untuk kuah: 
  • Bawang putih cincang halus.
  • Tumis dengan mentega.
  • Masukkan air serta garam,lada hitam dan cendawan serta kacau.
  • Masukkan bacuhan tepung jagung bagi memekatkan kuah dan kacau sebati.
  • Tutup api dan tuangkan kuahnya di atas Steak tadi.

    *Bahan sampingan lain asz buatkan wedges dan sayur-sayuran iaitu asparagus, brokoli dan tomato ceri. Untuk resepi wedges asz akan selitkan dalam menu seterusnya k...:))







miss cik wanie....;))

6 comments:

  1. Akak memang suka makan steak ni..lain kali boleh cuba..share ya asz

    ReplyDelete
  2. Assalamualikum Dik Asz.. steak dik tu memang buat Kak Ani lapar.. kuah nya tu mcm bole terasa kat anak tekak ni haa... dgn sayur asparagus tu.. Asz ni berseni orang nya foto foto pun cantik.. Keep it up Asz.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQSM k.ani...sekali sekala buat mmg menyelerakan kak...nak2 bila ramai di rumah...InsyaAllah kak :))

      Delete
  3. As'salam Asz

    k.ct peminat tegar dengan steak, tapi bukan buat sendiri makan kat bangunan AMBank Yap Kuan Seng tempat Hubby keja. kat situ memang yang terbaiklah yang pernah k.ct makan :)

    Tapi bila tengok steak yang Asz buat ni droll juga lah..hehehe. Insya'Allah akan cuba buat sendiri dari resipi Asz, terima kasih singgah Dapur CT ya. mohon nak link dalam blog Dapur CT juga. Daa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'slm kak ct..
      boleh je kak...thanks juga sbb sudi jenguk2 dapur asz :)) asz jarng juga makan steak nie...tp sbb en.hubby suka..kn la blaja juga membuatnye..TQSM kak :))

      Delete