Thursday, 15 March 2012

TAUHU BERSUMBAT SPESEL

TAUHU SUMBAT

Assalammualaikum




Sejuknya petang nie...hujan selebat-lebatnya...kesian peniaga2 di tapak Karnival Belon Panas di Presint 2.Tadi asz p bawak anak2 dan anak2 buah asz bukan main terik lagi panasnya.Cuma melawat2 kawasan dan tinjau2 karnival lepas tue balik...

N3 petang nie adalah partner dengan menu ayam kampung masak lemak tadi.Menu yang boleh dikatakan hidangan sayur jugakan...sebabnya ada timun,carrot,tauge dan salad.So xpayah susah2 nak masak sayur lain pulak kan...:))


TAUHU BERSUMBAT 

Bahan-Bahan :

  • 5 keping tauhu putih 
  • 1/2 mangkuk kecil tauge
  • 1/2 mangkuk kecil timun (di parut )
  • 1/2 mangkuk kecil carrot (di parut )
  • 2 ulas bawang merah{
  • 1 ulas bawang putih{ di tunbuk lumat
  • 1 sudu udang kering{
  • 1 cawan minyak masak
  • sedikit air










Cara-cara Penyediaannya:
  • Tauhu dibasuh,bentukkan lubang ditengah tauhu dan keluarkan isi tauhu serta asingkan.
  • Gorengkan tauhu sehingga masak 
  • Angkat tauhu dan sejukkan
  • Tumiskan bahan yang ditumbuk
  • Masukkan,air, garam dan isi tauhu yang diasingkan tadi serta kacau sebati.
  • Masukkan carrot, timun dan akhir sekali tauge,kacau rata.
  • Tutup api dan asingkan.
  • Masukkan sayuran goreng bertauhu tadi dalam tauhu yang telah dilubangkan.
  • Hidangkan dengan sos cili atau sos kacang.


Sos Cili

Bahan-bahan sos cili:
  • 5 biji cili merah
  • 5 biji cili kering [rebus]
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 s/b gula
  • 1 s/b cuka
  • 1 cawan air
  • 1 s/b tepung jagung (bancuhkan dengan sedikit air)
  • garam

Cara-cara Penyediaan sos:
  • Mesinkan semua bahan kecuali tepung jagung sehingga halus.
  • Panaskan bahan cili sehingga emndideh.
  • Masukkan bancuhan tepung jagung dan biarkan agak pekat sikit.
  • Tutup api dan biarkan sejuk.






6 comments:

  1. Asz.. cak cak.. haa akak singgah lagi tertarik dik dgn TAUHU BERSUMBAT adik tuh.. dgn kerangupan sayur sgt lah yummy tuh en suami k.Ani suka sgt tu nanti ada rezeki Kani cuba ya.. trima kasih share resepinya ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...memang kak asz suka kalu tauge tue still rangup2 lg.tue yg kacau2 je dah tutup api..ok try tau,most welcome kak..

      Delete
  2. Aslmkum Asmah.Salam kenal,dtg kunjungan balas. sedapnya tahu sumbat tambah letak byk2 sayur,tp kat tempat akak jrg ada tauhu...kalau kat Msia selalu mkn.lauk ayam masak lemak kat bawahpun nampak sedap....
    re; Asmah, Istanbul mmg menarik....cantik dan byk tempat boleh dilawati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm kak...tq bertandang disini...tue la,asz mmg suka ltk byk2 sayur..mcm tue la kalau kat tmpt orgkn kak..ape yg ada kat terpaksa kita ubahsuaikn dgn selera kita..kakak asz dulu duduk kuching,sarawak jer pun,tapi nak makan mee kuning yang halal pun agak susah nak dapat...tgk gambar barang2 kraft kat istanbul menarik sgt...abg ipar asz pernah kerja 3 bulan di sana,ade jgk la souvenir hand made yg di bawa blk...halus btl hasil kerja tangan mereka :))

      Delete
  3. salam. Hujan lebat? kat bangi ni hujan renyai je. err.. mintak tahu sumbat seketul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam bundo...
      lebat jugak hujan petang semalam tp dalam pukul 6 dah renyai2 blk...bleh je kak...bak cini piringnya..:))

      Delete