Wednesday, 7 March 2012

BUBUR NASI BERSUP TULANG buat Tisya dan Afiq yang demam...

BUBUR NASI 

Assalammualaikum 


Anak dara asz Tisya demam semalam, kebetulan Afiq anak buah asz pun sama demam panas. Ayah,mama dan k.longnya p umrah semalam, sepanjang ketiadaan mereka hari persekolahan nie mak lang mereka datang jaga dia dan abangnya Faiz, cuti nanti turn asz pula ambil alih jaga mereka sampai k.lang balik 17 hb nanti.

Lepas balik dari airport semalam panasnya makin teruk mukanya pulak monyok semacam, mungkin rindu mama dan ayahnya. Risaukan demam dia berlarutan, asz ambil dia dan abangnya bawa balik rumah.Asz ambil crk semalam jaga dua orang pesakit kenit nie...hehe

Esoknya pula siap request " mak teh buat kan bubur....."  Ala siannya....tue yang masakkan sup tulang untuk en.asben dan bubur nasi untuk mereka berdua. Bubur nasi tue pula asz tambahkan dengan sup tulang ...hrmmm abis licin 2 mangkuk...hehehe. Alhamdulilah hari nie masing2 dah sihat dan boleh ke sekolah.


BUBUR NASI 

Bahan-bahannya
  • 1 cawan beras
  • 9 cawan air 
  • 2 biji kentang (dipotong kecil)
  • 1 labu bwg besar ( dihiris)
  • 2 ulas bwg putih (dihiris)
  • 1 mangkuk kecil carot (dipotong kecil)
  • 1 mangkuk kecil saderi (dipotong kecil)





Cara-cara Penyediaannya:
  • Masukkan air, biarkan mendidih.
  • Masukkan beras, kacau dan didihkan sekali lagi dgn api besar.
  • Masukkan kentang dan kacau. 
  • Masakkan bubur dgn api sederhana/kecil hingga kelihatan pekat & kembang.
  • Tambah air jika tekstur beras kelihatan seperti nasi. Masukkan carot dan kacau sekali-sekala.
  • Di dalam kuali lain, tumiskan bahan2 hiris hingga naik bau.
  • Masukkan bahan yang dah ditumis ke dalam bubur nasi tadi dan kacau hingga sebati.
  • Hidangkan ( asz tambahkan dengan sup tulang)



SUP TULANG

Bahan-bahannya:

  • 1 kg tulang rusuk lembu
  • 4 biji ubi kentang - dipotong 4
  • air secukupnya
  • 1 sup bunjut tulang
  • 3 sudu rempah sup
  • 2 sudu rempah kurma
  • 2 tangkai daun sup - diracik
  • bawang goreng
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menumis



Bahan2 kisar:
  • 10 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1cm halia
  • 1 sudu kecil jintan putih - disangai & ditumbuk
  • 1/2 sudu kecil jintan manis - disangai & ditumbuk
  • 1 1/2 sudu kecil lada hitam - ditumbuk


Bahan2 penumis:

  • 4 biji buah pelaga - diketuk
  • 1 cm kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih




Cara-cara Penyediaannya :

  • Rebuskan tulang lembu bersama kulit kayu manis sehingga dagingnya lembut
  • Masukkan ubi kentang dan biarkan sehingga empuk
  • Sementara itu panaskan minyak tumiskan bahan2 kisar, bahan2 tumbuk, sup bunjut tulang,rempah sup ,rempah kurma dan bahan2 penumis sehingga naik bau
  • Tuangkan ke dalam periuk rebusan tulang tadi
  • Masukkan garam secukup rasa dan kacau rata
  • Akhir sekali masukkan daun sup dan bawang goreng
  • Angkat dan hidangkan 










No comments:

Post a Comment