Tuesday 10 January 2012

SOTO AYAM

SOTO AYAM

 Assalammualaikum... bertemu lg kita hari nie :))  Semoga mood hari nie lbh baik dr semalam.... Yang xde mood tue tenang2 kan hati k ...;)) 


Hari nie x boleh nak berceloteh panjang...asz kn siapkan modul math untuk kelas kecemerlangan pd ptg nie...Tahun nie asz sapu bersih ting 4 dan sapu 2 kelas ting 3...hehe..harap2 keMenjadian students asz thn nie lbh baik drp tahun lps..Amin..


N3 hari nie asz nak share satu resepi yg di kira fames juga untuk juadah hari raya selalunya...





SOTO AYAM



A. BAHAN2 UNTUK SUP


  • Satu ekor ayam, direbus di dalam 1.5 liter air dan diangkat, siatkan dagingnya dan masukkan semula tulang ke dalam stok (Note: Ada yang suka goreng dulu ayamnya selepas rebus, sebelum disiat)
  • Satu ekor ayam - rangkanya sahaja, direbus di dalam air yang sama, optional
  • 10 ulas bawang merah kecil, dikisar
  • 10 ulas bawang putih, ditumbuk
  • 2 inci halia muda, ditumbuk
  • 1 inci lengkuas, ditumbuk
  • 2 batang serai, dikisar bersama bawang
  • Satu peket rempah sup Adabi, dibuat pes
  • 20 biji lada hitam, dititik
  • 2 biji buah keras, kalau suka
  • 1.5 liter air, digunakan untuk membuat stok ayam - renih sekurang-kurangnya satu jam
  •  3 sudu makan minyak masak
  • Gula dan garam


CARA2 UNTUK PENYEDIAAN SUP :


  • Panaskan minyak
  • Tumiskan bahan yang ditumbuk/dikisar sehingga terbit bau
  • Masukkan ketumbar dan lada hitam, biarkan sehingga pecah minyak
  • Masukkan pes sup, biarkan sehingga naik bau
  • Masukkan stok ayam (bersama tulang) dan buah keras
  • Didihkan dan sesuaikan gula dan garamnya







B. BAHAN2 UNTUK BERGEDIL

  •  5 biji kentang dihiris dan digoreng hingga empuk, tumbuk
  •  5 ulas bawang merah kecil, digoreng (jgn sampai garing)
  •  3 ulas bawang putih, digoreng (jgn sampai garing)
  •  4 biji cili merah, digoreng sehingga pecah kulit
  • 10 biji lada hitam, dititik
  • 5 tangkai daun saderi (sup) dan daun bawang (dicampur)
  •  Sesudu teh garam dan sesudu teh gula, secukup rasa
  • 2 biji telur, dipukul
  • 2 cawan minyak untuk menggoreng


CARA2 UNTUK PENYEDIAAN BERGEDIL:


  • Tumbuk udang kering bersama bawang merah, cili dan bawang putih
  • Masukkan ke dalam kentang yang telah ditumbuk
  • Masukkan  lada hitam, daun saderi (sup) dan bawang
  • Masukkan garam dan gula, gaul rata
  • Kepalkan adunan (anggaran dua sudu makan setiap satu), bulat dan leperkan.
  • Masukkan kedalam perti sejuk selama satu jam, untuk mengekalkan bentuknya supaya tidak mudah lerai bila digoreng.
  • Panaskan minyak
  • Salutkan pegedil dengan telur, sehingga rata litupnya dan goreng sehingga berwarna keperangan.







C. BAHAN2 UNTUK SAMBAL KICAP


  • 15 biji cili padi, goreng hingga pecah kulit
  • 6 ulas bawang putih, goreng bersama cili
  • ½ cawan kicap manis
  • 1 biji limau nipis/2 biji limau kasturi
  • 3 sudu makan gula


CARA2 UNTUK PENYEDIAAN SAMBAL KICAP :



  • Tumbuk cili dan bawang putih hingga lumat
  • Masukkan gula, hancurkan dengan anak lesung (jangan tumbuk nanti sambal akan jadi pijar)
  • Masukkan kicap dan perahkan limau
  • Kacau rata dan simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam sebelum dihidangkan.


D. BAHAN2 HIDANGAN

  • Nasi himpit, dipotong dadu
  • Daging ayam (yang direbus - A), disiat-siat
  • Taugeh, dicelur (atau boleh dibasuh sahaja)
  • Suhun, digoreng
  • Bawang goreng
  • Daun saderi (sup) dan daun bawang
  • Limau nipis, dipotong 

CARA PENYEDIAAN HIDANGAN :

  •  Letakkan nasi himpit, daging ayam, taugeh dan suhun
  • Curahkan sup
  • Taburkan bawang goreng dan daun
  • Letakkan pegedil dan sambal kicap
  • Perahkan sedikit limau nipis (jika suka)



SELAMAT MENCUBA :))

2 comments:

  1. Assalamualikum Asz suka Kak Ani jenguk blog Asz.. menarik tertarik.. keep it up k..

    ReplyDelete