Wednesday 18 January 2012

PASTA CARBONARA

   PASTA CARBONARA 

Assalammualaikum wbt....

N3 ketiga untuk hari nie...N3 nie permintaan drp member lame asz...Lama jgk x buat...sebabnya en.suami  x brapa sgt dgn western food...so yang nie asz masak untuk bekal ke sekolah...;))

Mungkin ada yg lbh sng  order jer Spaghetti Carbonara di kedai2 makan western food, tp apa kata skali skala try buat...x susah mana pun, menjimatkan dan memuaskan hati sebabnya drp air tangan kita sendiri...hehe




PASTA CARBONARA 

Bahan-bahannya:

  • 500 gram pasta/spaghetti
  • 3 sudu besar minyak zaitun atau minyak masak
  • 1 biji bawang besar didadu
  • 3 biji bawang putih dihancurkan
  • Isi ayam di potong kecil
  • 3 biji telur
  • 200 ml double cream
  • 100 gram keju Parmesen yang diparut
  • Daun Parsley sebagai hiasan




Pasta juga ada banyak jenis yang boleh kita gunakan 
iaitu bucatini, fettuccine, atau rigatoni. Nak senang 

dapat cari je di Giant, Tesco atau di mana2 
supermarket. Tapi senang dah nak dapatkan pasta nie....yang kira timbang pun ada jual di pasar.  ;))






Cara-cara Penyediaanya :


  • Rebuskan pasta di dalam air panas yang dicampur dengan minyak dan garam sehingga empuk.
  • Tumis bawang besar dan putih sehingga garing. Masukkan isi ayam . Biarkan sehingga masak dan kekuningan.
  • Pukul telur sehingga sebati. Campurkan cream, parmesen dan masukkan sekali serbuk lada hitam dan kacau.
  • Tuangkan ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana perlahan.
  • Apabila dah sebati di dalam periuk. Jangan masak sampai kuah kering. Biarkan sedikt basah. Tutup api.
  • Hidangkan dengan taburan parsley, lada hitam dan lebihan keju parmesen.
  • Untuk rasa yang lebih sedap. Bakar pasta di dalam oven selama 4 minit. Supaya keju tadi cair sekejap. 
  • Hidangkan ketika masih panas.





2 comments:

  1. waahhhhh besnyeee bekal ke sekolah!untung haziq n tisya mama pandai masak huhu....nanti nak tryla hehee

    ReplyDelete
  2. :)) kalau menu yg same boring jgk kn???hehe k.as mmg bwk bekal ke sekolah ,mls ke kantin....try la kl dpt lg dianye bhn lg la best..))

    ReplyDelete