Monday, 12 November 2012

MOIST CHOC Cuppies with Cheese...

MOIST CHOC CUPCAKE with CHEESE

Assalammualaikum dan selamat tengah hari semua....








Lama bangat rasenya asz x bersiaran....tiap hari rindu memendam rase jer....hari nie baru berkesempatan nak berdating bersama asam garam....al-maklumlah....minggu nie dah bermulanya cuti persekolahan hujung tahun....



Menu hari nie asz sajikan moist choc cuppies bertopingkan cheese....nak mkn ...kn la mkn skit2...paham2 je la kombinasi choc n cheese agak memuakkan kalau mkn berlebihan....asz taburkan skali chip choclate di atasnya...




MOIST CHOCLATE CUPCAKE

Bahan-Bahan:

  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 1/2 cwn gula
  • 1 cwn serbuk koko
  • 1 cwn susu cair
  • 1 cwn minyak jagung
  • 1 cwn air 
  • 2 biji telur
  • 2 sudu teh baking soda
  • 1/2 sudu teh baking powder



Cara-Cara Penyediaannya:

  • Panaskan oven 170c. Ayakkan tepung ,koko, baking soda dan baking powder.
  • Kacau rata kemudian masukkan gula dan kacau rata semula.
  • Masukkan satu persatu bahan-bahan yang lain dan kacau sehingga sebati.
  • Masukkan adunan ke dalam cup.
  • Kemudian bakar pada suhu 170c selama 20 minit.
  • Sebelum dikeluarkan dari oven pastikan kek masak sepenuhnya...caranya.. gunakan garpu atau lidi satay dan cucuk tengah-tengah kek jika tiada adunan yg melekat pada lidi tersebut maknanya kek telah masak sepenuhnya.
  • Hiaskan dgn buttercream atau cheese frosting...kali nie asz pilih cheese frosting dan taburkan dgn chips choc....









Cream cheese frosting: 

  • 250gm cream cheese
  • 30gm butter
  • 1 sudu besar perahan lemon @ lime
  • 1 sudu besar esen vanilla
  • 1 sudu besar susu segar
  • 100gm gula ising

Cara-cara Penyediaan Cream Cheese Frosting :
  • gunakan electric mixer, mix cream cheese sampai creamy.
  •  Masukkan bahan-bahan lain.. butter + perahan limau + esen vanilla + susu segar + gula ising.
  • Decokan ikut kreativiti masing2...













Tuesday, 9 October 2012

BLUEBERRY CHEESETART Edisi Khas...

BLUEBERRY CHEESETART

Assalammualaikum dan selamat petang semua....









Hari nie ....hari pertama anak2 murid asz Tingkatan 3 menduduki PMR....pelajar yang ambil exam cikgunya yang    Dup....Dap...Dup....Dap....  tue belum hari paper asz lg, dah risau.....bila tiba hari paper Math nanti mcmne lah pulak degup2 nya....semoga Allah SWT permudahkan dan bukakan pintu hati, minda dan diterangkan hati mereka ketika menjawab. Bagi lah meraka ketenangan dan kelancaran menjawab soalan ketika dalam dewan peperiksaan.....Aminnnn....









Menu petang nie asz sajikan....cistart edisi khas raya hari tue...asz buat semasa family asz dtg beraya....asz buatkan dua jenis,iaitu yang berperisa oren dan berperisa blueberry...yang blueberry asz letakkan sedikit pewarna ungu.Asz buat xbanyak mana..dalam 40 ketul..alhamdulilah bolehlah dibuat bekal untuk along,kakak dan mak








CHEESE TART
by : Azita

Tart Crust @ Shell


Bahan-bahan :



  • 170gm marjerin 
  • 50gm gula aising
  • 1 biji telur Gred C
  • 290gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil esen vanilla


Cara-cara Penyediaan :

  • Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
  • Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  • Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
  • Bakar pada suhu 170 C sehingga masak.



Nota :


Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.









Cream Cheese Filling 

Bahan-bahan :
  • 250gm cream cheese
  • 50gm gula kastor / gula halus
  • 1 biji telur Saiz B
  • ½ sudu teh esen vanilla / esen lemon
  • sedikit badam (dibakar)
  • sedikit pewarna ungu dan oren

Cara-cara Penyediaan:
  • Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  • Masukkan telur,pewarna ungu/oren dan esen vanilla. Putar lagi.
  • Masukkan filling ke dalam kulit tat.
  • Tuang cream cheese ke atasnya dan asz taburkan badam diatasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170C. 
  • Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
Filling :

Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll.





Sunday, 7 October 2012

MOIST CHOCOLATE CAKE for ZAFIRA

MOIST CHOC CAKE

Assalammualaikum dan selamat pagi buat semua....







Cuaca agak baik hari nie...angin pun agak kuat terasa di tingkat 5 blok asz nie....yang bestnya...sekejap jer sidai baju dah kering....hehe...almaklumlah....duk apartment nie ruang sidai bajunya agak terhad...mmg kena basuh tiap2 hari... kalau miss....aii kn la asz sangkut mana2 yang boleh jer lah...hehe




Seperti yang di plan semalam..sekejap lagi asz nak bawak anak2 p terapi minda di Alamanda...en.husben OS hari nie...rasa mcm nak terjah panggung wayang hari nie...kot2 ada movie best yang sesuai tuk asz n ank2....



N3 pagi nie adalah  moist choc kek yang ditempah oleh kak lang husben untuk birthday anaknya yang bongsu Zafira pada 20 Sept yang lepas....thanks kak lang n Happy Birthday buat Zafira juga...












MOIST CHOCOLATE CAKE

Bahan-Bahan:
  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 1/2 cwn gula
  • 1 cwn serbuk koko
  • 1 cwn susu cair
  • 1 cwn minyak jagung
  • 1 cwn air 
  • 2 biji telur
  • 2 sudu teh baking soda
  • 1/2 sudu teh baking powder
Cara-Cara Penyediaannya:
  • Panaskan oven 170c. Ayakkan tepung ,koko, baking soda dan baking powder.
  • Kacau rata kemudian masukkan gula dan kacau rata semula.
  • Masukkan satu persatu bahan-bahan yang lain dan kacau sehingga sebati.
  • Masukkan adunan ke dalam cup.
  • Kemudian bakar pada suhu 170c selama 20 minit.
  • Sebelum dikeluarkan dari oven pastikan kek masak sepenuhnya...caranya.. gunakan garpu atau lidi satay dan cucuk tengah-tengah kek jika tiada adunan yg melekat pada lidi tersebut maknanya kek telah masak sepenuhnya.












CHOCOLATE GLAZE 

Bahan-bahannya:
  • 300 gm coklat masakan gelap
  • 370 gm Heavy cream
  • Untuk chocolate glaze, resepi mencadangkan menggunakan Dark Couverture Chocolate atau coklat masakan gelap kalau tak ada boleh juga gunakan coklat masakan susu.


*Untuk heavy cream tue asz gantikan dgn whipping cream atau pun susu cair tapi kurangkan skit jumlah nya...

Cara-cara Penyediaannya:
  • Caranya panaskan cream atas dapur hingga suam.
  • Masukkan coklat masakan gelap yang telah di potong atau di hiris kecil.
  • Kacau rata sehingga semua coklat melarut.Kemudian tapis.
  • Biarkan ia sejuk sepenuhnya.
  • Kek yang telah dikeluarkan dari peti ais, di letakkan atas redai.
  • Alas redai dengan tray atau dulang.
  • Curahkan coklat atas kek hingga semua permukaan kek di saluti chocolate glaze.
  • Dengan berhati-hati  alihkan atas dulang kek.
  • Simpan dalam peti ais paling kurang 4 jam
  • Kemudian bolehlah hiasa kek mengikut kreativiti masing-masing.








Saturday, 6 October 2012

SAMBAL HATI + PEDAL AYAM BERPETAI

SAMBAL HATI + PEDAL AYAM BERPETAI


Assalammualaikum











Selamat petang semua....
Apa plan yea petang nie....???asz nampak gayanya lepak jer di rumah hari nie....plan esok baru nak p terapi minda sat.....terapi minda di Alamanda...hehe. Berkesan..tapi kn beringat...jgn ikut nafsu bila bershopping...nnti bertambah fenin pula bila purst makin menipis...;))







N3 petang nie asz hidangkan sambal hati dan pedal ayam berpetai...hati dan pedal nie kakak ipar asz,kak ezan yang bagi,banyak pulak tue.....selalunya hati dan pedal ayam nie asz goreng kunyit jer...kali nie terlebih rajin ,asz buatkan sambal ...sekali sekala buat..sedap la pulak...siap bertambah nasi en husben...hehe









SAMBAL HATI + PEDAL AYAM BERPETAI



Bahan-Bahan :

  • Beberapa keping hati dan pedal ayam 
  • Lada kering (direbus dan diblend)
  • 5 ulas bawang merah - ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 1 ulas bawang besar - diracit
  • 1 mangkuk kecil petai
  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • Air perahan asam jawa
  • Serbuk kunyit untuk mengoreng hati ayam
  • Minyak masak secukupnya untuk mengoreng dan menumis sambal



Cara-cara Penyediaannya :

  • Hati dan pedal ayam dibersihkan dan dilumur serbuk kunyit dan garam
  • Goreng separa masak
  • Angkat dan ketepikan
  • Tumiskan bahan tumbuk hingga kekuningan
  • Masukkan lada yang telah diblend ke dalam bahan tumbuk tadi
  • Masak hingga lada garing
  • Kacau hingga sebati
  • Masukkan petai, hati dan pedal ayam yang telah digoreng tadi
  • Gaul sebati hati ayam dengan sambalnya
  • Masukkan air perahan asam jawa
  • Masukkan gula dan garamsecukup rasa
  • Gaul hingga sebati semua bahan 
  • Biarkan sehingga kuah agak pekat 
  • Tutup apidan hidangkan


















Saturday, 29 September 2012

ROTI JOHN LADA HITAM...

ROTI JOHN LADA HITAM



Assalammualaikum dan selamat berhujung minggu buat semua...






Ke mana kita hari nie???asz dah di kampung skrg....sejak raya yang lps, baru minggu nie berkesempatan nak balik Melaka...rindu sgt dh dgn semua di kampung...sudah pastinya rindukan emak n masakannya yg tip top...dapat pulak kalau mak buat sarapan roti canainya...fuhhhh...kn bg tau nie..hehe

N3 petang nie asz hidangkan menu Roti John Lada Hitam....selalunya roti nie asz buat tuk bekal ke sekolah...menu lengkap ngan sayur2annya dan kenyang smpi petang...roti Perancis nie panjang, asz bahagi 2...yang  separuh lg asz bagikan jiran depan rumah, kak Ros....







ROTI JOHN LADA HITAM



Bahan-bahannya:

  • 1 buku roti Perancis (kalau di Melaka ada jual roti John)
  • 1 sudu besar daging cincang 
  • 1 labu bawang besar 
  • 2 biji telur 
  • serbuk lada sulah / lada hitam
  • garam
  • sos cili 
  • mayonis 
  • tomato 
  • salad
  • kubis ungu 
  • timun 
  • minyak






Cara-cara Penyediaannya:


  • Bawang besar dipotong kiub 
  • Tumis bawang besar dgn sedikit minyak dan masak hingga bawang layu 
  •  Masukkan daging cincang 
  • Masukkan serbuk lada hitam dan garam 
  • Masak hingga agak kering kemudian angkat 
  • Di dalam bekas berasingan, pecahkan telur, masukkan inti daging tadi dan gaul rata 
  • Panaskan kuali leper dan tuang sedikit minyak 
  • Tuangkan bancuhan telur tadi dan ratakan 
  • Tekapkan roti Perancis yg telah dibelah dua (jgn putus
  • Masak sampai kekuningan,dan angkat.
  • Letakkan timun,tomato,bawang racik, sos cili dan mayonis. 
  • Hidangkan ketika masih panas k.














Tuesday, 25 September 2012

TETEL MASAK LEMAK CILI PADI dgn REBUNG

TETEL MASAK LEMAK CILI PADI BERREBUNG






Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung yang disayangi.....

N3 tgh hari nie adalah masakan kampung....mungkin ada yang tak pernah dengar tetel....:)) 

Tetel tue adalah daging lembut yang bercampur dengan urat, tulang atau lemak ....kalau nak ikutkan memang xsihat daging tetel nie..tapi sekali-skala masak sodap tau!!!  Ada yang msk asam pedas...ada yang buat msk kari atau dalca dan ada yang buat sup...

Tapi kalau nak beli kena la pandai pilih...kalau x nanti ada yang tercabut gigi mengunyahnya...hehe, kalau nak cepat lembutkannya...rebus jer dlm preseure cooker...15 minit dah lembut.....

Kalau buat nie....asz selalu lebihkan sedikit kuahnya...supaya esok sarapan dapat pekena cekodok @ lempeng cicah kuah lemak nie...










TETEL MASAK LEMAK CILI PADI BERREBUNG


Bahan-bahannya

  • 20 tangkai cili padi (diblender)- kalau xthn pedas kurangkan la kuantitinya yea  :))
  • 1 inci kunyit hidup- di blend bersama cili padi
  • 1 mangkuk besar rebung-dibersihkan dan ditoskan
  • 1/2kg daging tetel
  • 500 ml santan ( dalam 3 cawan santan-asingkan yang patinya)
  • Air-anggaran mengikut masa yang diambil untuk merebus daging
  • Garam secukup rasa
  • 1 keping asam keping





















Cara-cara Penyediaannya:
  • Rebuskan daging tetel sehingga daging menjadi empuk.
  • Bila daging telah empuk, dalam sukatan air yang tidak terlalu banyak, masukkan rebung dan cili padi dan kunyit yang telah diblend. Biar seketika dan kacau.
  • Masukkan santan dan asam keping.
  • Masukkan garam secukup rasa kacau sebati. 
  • Biar seketika sehingga mendidih. Jika warna  kuning kuah kurang menarik kuningnya....tambahkan sedikit dgn kunyit serbuk tau...:))
  • Hidangkan