Sunday, 7 October 2012

MOIST CHOCOLATE CAKE for ZAFIRA

MOIST CHOC CAKE

Assalammualaikum dan selamat pagi buat semua....







Cuaca agak baik hari nie...angin pun agak kuat terasa di tingkat 5 blok asz nie....yang bestnya...sekejap jer sidai baju dah kering....hehe...almaklumlah....duk apartment nie ruang sidai bajunya agak terhad...mmg kena basuh tiap2 hari... kalau miss....aii kn la asz sangkut mana2 yang boleh jer lah...hehe




Seperti yang di plan semalam..sekejap lagi asz nak bawak anak2 p terapi minda di Alamanda...en.husben OS hari nie...rasa mcm nak terjah panggung wayang hari nie...kot2 ada movie best yang sesuai tuk asz n ank2....



N3 pagi nie adalah  moist choc kek yang ditempah oleh kak lang husben untuk birthday anaknya yang bongsu Zafira pada 20 Sept yang lepas....thanks kak lang n Happy Birthday buat Zafira juga...












MOIST CHOCOLATE CAKE

Bahan-Bahan:
  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 1/2 cwn gula
  • 1 cwn serbuk koko
  • 1 cwn susu cair
  • 1 cwn minyak jagung
  • 1 cwn air 
  • 2 biji telur
  • 2 sudu teh baking soda
  • 1/2 sudu teh baking powder
Cara-Cara Penyediaannya:
  • Panaskan oven 170c. Ayakkan tepung ,koko, baking soda dan baking powder.
  • Kacau rata kemudian masukkan gula dan kacau rata semula.
  • Masukkan satu persatu bahan-bahan yang lain dan kacau sehingga sebati.
  • Masukkan adunan ke dalam cup.
  • Kemudian bakar pada suhu 170c selama 20 minit.
  • Sebelum dikeluarkan dari oven pastikan kek masak sepenuhnya...caranya.. gunakan garpu atau lidi satay dan cucuk tengah-tengah kek jika tiada adunan yg melekat pada lidi tersebut maknanya kek telah masak sepenuhnya.












CHOCOLATE GLAZE 

Bahan-bahannya:
  • 300 gm coklat masakan gelap
  • 370 gm Heavy cream
  • Untuk chocolate glaze, resepi mencadangkan menggunakan Dark Couverture Chocolate atau coklat masakan gelap kalau tak ada boleh juga gunakan coklat masakan susu.


*Untuk heavy cream tue asz gantikan dgn whipping cream atau pun susu cair tapi kurangkan skit jumlah nya...

Cara-cara Penyediaannya:
  • Caranya panaskan cream atas dapur hingga suam.
  • Masukkan coklat masakan gelap yang telah di potong atau di hiris kecil.
  • Kacau rata sehingga semua coklat melarut.Kemudian tapis.
  • Biarkan ia sejuk sepenuhnya.
  • Kek yang telah dikeluarkan dari peti ais, di letakkan atas redai.
  • Alas redai dengan tray atau dulang.
  • Curahkan coklat atas kek hingga semua permukaan kek di saluti chocolate glaze.
  • Dengan berhati-hati  alihkan atas dulang kek.
  • Simpan dalam peti ais paling kurang 4 jam
  • Kemudian bolehlah hiasa kek mengikut kreativiti masing-masing.








15 comments:

  1. wow cantiknya. tengok pun dah terliur sekali

    ReplyDelete
  2. kagum sungguh denga kemenjadian kek coklat ni...

    ReplyDelete
  3. bestnye dpt makan ptg2 camni..yummi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...cam org putih gitu ina...;))

      Delete
  4. cantiknya kek ni As akak bekenan snagat nanti nak tiru resepi tu nk try jugak buat mesti sedap ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks kak Nor....nnti try ok...InsyaAllah menepati citarasa..:))

      Delete
  5. salam syg asz,
    cantikk terguda zila tgk..zila pun nk cuba jgk la..ank sibuk suruh wt kek coklat ibu dia jew nie malas :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm zila cyggg...
      hehhe....kalu dh terguda kn la mencuba ,try ..test tau....ibu tue rajin sgt drp asz...cume belum smpi seru tuuu...heehee

      Delete
  6. Asmah..tak tahan tgk yg meleleh2 tu.. cantik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naz....thanks :)) thn jgn xthn...:))

      Delete
  7. kak as..kalau ganti tepung + baking soda + baking powder tu dgn tepung naik sendiri je boleh x? almaklum la rumah bujang malas nak pegi beli benda tu. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. fieda...boleh...kalu dh gn tepung NS...xyah dh ltk BP + BS....:))

      Delete
    2. thanks kak as..semangat nak cuba :))

      Delete