Friday 3 August 2012

KEK CHIFFON VANILLA with BUTTERCREAM


KEK CHIFFON VANILLA

Assalammualaikum....
Salam sejahtera buat semua....terima kasih di atas kunjungan anda ke blog asz yang jejarang sgt berasap nie...hehe....buat teman-teman blogger tersayang....maaf sekiranya asz juga jarang sgt dapat BW....balik jer sekolah dah terus ngadap dapur...lepas jer Tarawikh baring hilangkan lelah la kunun....tapi sat jer dah krohhhh....krohhhhh...lepas sahur jer  la kalau sempat pun...hehe  InsyaAllah,asz akan berkunjung jua ke dapur-dapur "hot" anda semua....:))











N3 asz hari nie adalah n3 yang dah lama terdelay...asz buat sebelum Ramadhan lagi...kek nie tempahan daripada Cikgu Tisya untuk Majlis Sambutan Hari Jadi buat pelajar-pelajar Prasekolah yang tarikh lahirnya dari bulan April hingga Julai...Kak Azira tempah kek chiffon 2kg dan 70 cupcakes untuk majlis tersebut...cupcakes nya asz buatkan kek butter topping buttercream,nnti bila berkesempatan asz updatekan cupcakes nya pula....Thank you so much Kak Azira  :))











Bahan-Bahan Untuk Kek:
  • 200 gm gula,
  • 200 gm tepung gandum;
  • 5 biji telur
  • 1/4 cawan air sejuk
  • 1/2 cawan majerin
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara-Cara Penyediaannya:
  • Pukul gula pasir dan telur hingga cair.
  • Masukkan esen vanilla,tepung gandum dan serbuk penaik.
  • Gaulkan adunan hingga sebati
  • Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sambil di gaul rata.
  • Tuangkan majerin cair dan gaulkan hingga adunan sebati.
  • Masukkan adunan ke dalam loyang segi empat. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 200'c selama 15 minit hingga masak. Sejukkan.












BUTTERCREAM 

Bahan-bahannya:
  • 80 gm butter
  • 250 gm creamwell
  • 1/2 cawan icing sugar
  • 1/4 cawan golden sirap

Cara-cara Penyediaannya:
  • Potong butter kiub. Satukan butter bersama cream wel dan pukul hingga kembang dan putih
  • Icing sugar di ayak. Masukkan icing sugar dan golden sirap ke dalam butter yg telah dipukul kembang tadi. Gaul rata semua bahan ini dengan menggunakan spatula aje hingga bercampur sebati.
  • Kemudian bolehlah di letakkan pewarna mengikut warna pilihan.
  • Masukkan butter cream dalam piping bag dengan nozel pilihan dan bolehlah paip kan pada kek.
  • Hiaskan kek mengikut kreativiti masing-masing.













8 comments:

  1. salam asz cyggg..aduhhh nape cantik sgt nie???..hehehe asz mmg dh xprt wt kek kan..semuanya nampak cantik2..suka tgok:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm zila mucyuk....hehehe....xde la xpert lg...zilanya pun lg kreatip2...thanks yang :))

      Delete
  2. memang terer lah Asz ni bab 'mengekek" ni mmg kena bagi tabik hormat lah,kalau akak yg buat mau hancuss kek tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. K.nor...gelak asz bace word "mengkek " tue...biasa jer kak nor..idea mane yang teragak jer...:))

      Delete
  3. Slmt berhujung minggu As. cantik kek yg As deco ni....wpun nampak ringkas tp menarik dipandang...sesuai utk kanak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ma...Selamat berhujung minggu jugak...thanks ma...cube perah idea buat tuk bdk2...deco2nya plak pkl 4am sib baik sempat sebelum p sekolah...tue yang mane yg sempat jer ma;))

      Delete