Saturday, 31 December 2011

SELAMAT TINGGAL 2011...

FRESH FRUIT TART

Assalammualaikum.....

Selamat bersantai di hari terakhir tahun 2011... banyak kenangan suka duka yg ditempuhi...seribu kemaafan drp asz....insan biasa  yg pasti ada salah & silapnya...semoga tahun 2012 mnjadi tahun yg lbh baik dan diberkati InsyaAllah...buat sahabat dan teman2...asz doakan dr kejauhan semoga  kalian terus dilimpahi dgn kerahmatan & kebahagiaan...


Semoga tahun baru  mendatangkan nafas bermakna buat kita semua sebagai hamba, di sisi Allah SWT...
Amin...



Petang nie mari kt jamah mata  sekejap...asz ada buatkan minum ptg  buat family tersayang... kebetulan ramai yg blk rumah mak minggu nie...
sekali-sekala berkumpul..abis lah bergelak sakan la jwbnya...ada je gurauan abg ipar asz buat....hehe.. Alhamdulilah semoga kebahagiaan ini kekal buat selamanya...InsyaAllah


FRESH FRUIT TART


sumber :  Rasa online

Bahan A (Pastri):
  • 250gm tepung gandum
  • 110gm mentega
  • 75gm gula aising




Bahan B:



1 biji telur




Bahan hiasan:

100gm coklat masakan
50gm aprikot glaze
Buah aprikot secukupnya
Strawberi secukupnya
Beri secukupnya




Bahan A (Inti kastard):

50gm tepung jagung
120gm gula kastor
120ml susu segar
250ml air
2 biji telur
40gm susu tepung
1/8 sudu teh perasa vanilla
Pewarna kuning secukupnya

Bahan B:25gm mentega



Cara memasak:

1. Inti: Satukan kesemua bahan (A) ke dalam periuk, masak menggunakan api sederhana sehingga pekat.
2. Tutup api, masukkan mentega dan sejukkan sekejap sebelum dijadikan inti.
3. Bahan pastri: Satukan kesemua bahan (A) ke dalam mangkuk adunan, adun sehingga sebati dan masukkan telur.
4. Adun sehingga menjadi doh dan rehatkan doh selama 20 minit.
5. Canai, terap dan masukkan ke dalam acuan. Bakar pada suhu 180ºC selama 15 minit atau sehingga masak.
6. Sejukkan sekejap, cairkan coklat masakan dan sapukan ke dalam permukaannya.
7. Masukkan inti kastard, susun buah-buahan, sapu apricot glaze dan hidangkan.


Selamat mencuba   ;))

No comments:

Post a Comment