Friday 9 December 2011

Alahai ank ummi dh 5 thn dah syg.....

CAKE FOR TISYA B'DAY

Asslamualaikum....


Selamat berhujung minggu.....
Bersempena Majlis Pot-Luck Hari Jadi dr bulan Jun-Disember di sekolah Tisya.....asz buatkan dia  cake. Ini adalah permintaan daripada Tisya untuk jamu kawan2nye kat prasekolah. Pada awalnye asz jus nak bawakkn guddie bag saje... pas tu dia nak suruh buatkan  cake gambar princess lah pulak..Bila dah buat tu senyum sampai telinga.. suka lah tu..

      
Pikir nye pikir.. Terpaksalah gunakan apa2 aje bahan yg ada kat rumah ni.. cari resepi pun yg paling mudah dibuat dan bahan asas yg paling simple...So asz buatkan coklat moist kek bericing tuk dia....


MOIST CHOCOLATE CAKE ~~ 1


Bahan-bahannya:


  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 1/2 cwn gula
  • 1 cwn serbuk koko
  • 1 cwn susu cair
  • 1 cwn minyak jagung
  • 1 cwn air 
  • 2 biji telur
  • 2 sudu teh baking soda
  • 1/2 sudu teh baking powder


Cara-cara Penyediaannya:



  • Panaskan oven 170c. Ayakkan tepung ,koko, baking soda dan baking powder.
  • Kacau rata kemudian masukkan gula dan kacau rata semula.
  • Masukkan satu persatu bahan-bahan yang lain dan kacau sehingga sebati.
  • Masukkan adunan ke dalam loyang.
  • Kemudian bakar pada suhu 170c selama 20 minit.




**Sebelum dikeluarkan dari oven pastikan kek masak sepenuhnya...caranya.. gunakan garpu atau lidi satay dan cucuk tengah-tengah kek jika tiada adunan yg melekat pada lidi tersebut maknanya kek telah masak sepenuhnya


Hiasan

Hiasan kek nie asz gunakan simple buttercream...



BUTTERCREAM


  • 250 gm butter
  • 250 gm krimwell
  • 125 gm gula icing
  • 200 gm golden syrup


  • Pukul butter dgn krimwell hingga putih. Ayak gula dan masukkan ke dalam butter dan pukul hingga licin. Gunakan speed perlahan.
  • Bila sudah licin masukkan golden syrup dan pukul dgn speed laju hingga adunan putih dan creamy.
  • Sesuaikan dgn warna pilihan anda. 

No comments:

Post a Comment