Wednesday 21 December 2011

Red Velvet Cake....

Red Velvet Cake....




Assalamualaikum......


      Selamat malam semua...hari nie asz nak sharekan 1 resepi yang agk HOT jgk .... Kek Baldu Merah @ Red Velvet Cake.....Lama dah asz nak try buat kek nie... geram bila baca n tgk di blog-blog lain n you tube...


Warna dia yang merah menyala tue je dah bleh buat org teruja bile melihatnye...kebetulan  fav kaler asz pun merah jgk...:))


Bila dah asik sgt sampai boleh dikatakan kerap jgk survey pasal kek nie...tapi x jgk dibuat2..so sempena Anniversarry asz n husband  yg ke-6 asz gagahkan cube membuatnya....Risau jgk kalu x  menjadi.... maklum la 1st time .....


 Alhamdulilah kek RV asz menjadi dan rupe btknye mmg mengiurkan....dan rase nye......perggghhhhhh...patut la menjadi kegilaan ramai...hehehe


Tarraaaaa........











Resepi Red Velvet Cake


Bahan-bahannya :



  • 2 1/2 cup ( 250gm ) tepung (asz gn tepng gandum jer )
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 sudu besar (15gm) serbuk koko
  • 1/2 cup (113gm) unsalted butter
  • 2 1/2 cup (300gm) gula (asz gn 250gm)
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 cup ( 240ml) buttermilk
  • 2 sudu besar pewarna merah @ merah jambu
  • 1 sudu teh cuka @ white distilled vinegar
  • 1 sudu teh baking soda






* kalau takde buttermilk jangan susah-susah, ambil susu segar pada suhu bilik sebanyak 240ml kemudian tambahkan 1 sudu besar cuka @ lemon juice.. biarkan selama 5-10 minit.









Cream cheese frosting: 


  • 250gm cream cheese
  • 30gm butter
  • 1 sudu besar perahan lemon @ lime
  • 1 sudu besar esen vanilla
  • 1 sudu besar susu segar
  • 100gm gula ising





Yang nie plak versi RV cupcake...





Cara membuatnya:  





panaskan oven: 175 c


  •  ayak serbuk koko dan tepung dalam satu bekas dan kacau.
  •  campurkan buttermilk dengan pewarna merah @ pink
  • dalam bekas lain, mix kan butter sampai kembang dan creamy, kemudian tambah gula dan pukul lagi sampai kembang dan sebati. Masukkan vanilla esen, mix. Masukkan telur satu persatu. Lepas satu biji telur, mix. Kemudian masukkan satu lagi telur dan mix lagi.
  • Kemudian masukkan tepung+koko yang sudah diayak secara berselang seli dengan buttermilk. masukkan tepung, mix.. then masukkan buttermilk mix sampai habis kesemuanya.
  •  Bila dah sebati, campurkan 1 sudu teh baking soda dan 1 sudu teh cuka sampai ada bubbles. Then cepat-cepat masukkan dalam batter yang dah di mix tadi ok! kemudian terus masukkan dalam loyang @ springform loyang ye. Terus bake selama 25-30 minit.
  • bila kek dah siap bake, sejukkan dalam peti ais beberapa jam.. Supaya senang nak dibelah nanti, sebab lepas masak ni, kek agak fragile. Takot terkoyak ke pulakan. huhu.
  •  Kemudian terpulanglah nak belah 2 @ 3 @ 4.. huhu. aku belah jadi 3 lapis je. Setiap lapis tu sapukan cream cheese frosting ye. Kemudian dah siap sejukkan lagi dalam peti ais sehari semalam boleh, beberapa jam pun boleh. Bolehlah dihidangkan....:))







Cara Penyediaan :


untuk cream cheese frosting

  • gunakan electric mixer, mix cream cheese sampai creamy.
  •  Masukkan bahan-bahan lain.. butter + perahan limau + esen vanilla + susu segar + gula ising.








dan ini husband bwk ke opisss....






dan yg nie tempahan drp opismate husband 50 RV cupcakes....







No comments:

Post a Comment