Wednesday, 9 July 2014

KERABU DAUN SELOM pembuka selera



As salam dan selamat tengah hari buat semua...

Terkebil2 mata sorang diri di rumah hari nie. Husband asz dah mula bekerja setelah lebih 6 bulan bercuti.Mengantuknya... Banyak kerja menanti sebenarnya...tapi kemalasan mula melanda. Langsir dan sarung bantal sofa tak berjahit lagi. Bunga tak di basuh lagi...huhuhu.. kalau la ada orang gaji...senang jer diarah2kan.hehe Kita buat la pelan2 yea nak...makkan dah ajar biasakan susah...hehe

Malas nak bercerita panjang hari nie...asz cuma nak sharekan salah satu kerabu faberet asz yang mudah dan cepat dibuat. Kerabu daun selom + tauge... Walaupun asz di Putrajaya mudah aje nak dapat daun selomnya di pasar Presint 8 tue...macam2 ada di sana,jantung pisang, nangka, ubi kayu, daun pisang dll...yang penting bayar...hehe





Asz buat kerabu yang simple...cuma letakkan kelapa parut+udang kering+bawang+cili padi...asz x letak pati santan sebab takut mudah basi...so boleh la kalau nak guna daun2 lain...contohnya daun pucuk raja, jantung pisang,tauge dll... tapi kalau adik asz dia suka sangat kalau kerabu letak ikan rebus... mmg sedap last week dia buat kerabu tauge yang mabeles...licin nasi makan berbuka tau...hehe




KERABU DAUN SELOM

Bahan-bahannya:

  • 1 ikat daun selom segar
  • 1 mangkuk tauge kering(asz suka yg kering sebab dia rangup)
  • 2 biji limau purut
  • 1 labu bawang besar(di racit nipis)
  • 1 mangkuk kelapa parut
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • garam dan gula secukup rasa
Bahan-bahan (dikisar):
  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 10 tangkai cili padi(kalau xnak pedas kurangkan)
  • 3 sudu udang kering


Cara-cara Penyediaannya:
  • Satukan bahan-bahan yang telah dikisar tadi dengan kelapa parut dan kunyit kemudian serbuk gaul sebati.
  • Masukkan bawang yang telah di racit,air perahan limaupurut, gula dan garam.
  • Masukkan daun selom dan tauge
  • Gaul rata kesemua bahan tersebut
  • Hidangkan ( tapi kalau lambat lagi makannya eloklah disimpan sejuk dahulu bagi mengekalkan kesegaran kerabu tadi)
  • Selamat mencuba



































Friday, 4 July 2014

ROTI JOHN DAGING rezeki untuk berbuka.



As salam dan selamat berhujung minggu buat semua...
Tentunya hari yang di tunggu buat semua... dapat bermalas-malasan  hari nie... hehe
Bagi suri rumah pula pasti ada yang dah mula merancang menu berbuka petang nie.... apa nak masak yea????

Petang nie asz dan adik beradik semua berkumpul di rumah mak...kami selalunya buat "potluck" untuk berbuka...masing-masing bawa makanan dan makan buka bersama....bila dikumpul ...macam-macam menu la gamaknya. Bila ramai2 nie...seronok berbuka memang terasa... dapat pula lauk utama tue mak yang masak, sure berselera la masing2...dengarnya adik kata mak nak masak daging masak rempah...fuhhh...memang tip top laaa kalau mak masak lauk tue....lauk faberet kami semua....dapat pulak kalau mak buat roti canai....ermmm... kecur dah air liur ku...huhuhu

Asz pun belum set lagi nak masak apa petang nie....macam nak buat dessert...tapi tengok la nanti ape yang jadik..hehe

Roti john daging nie asz buat hari Khamis yang lepas.Kali nie asz letakkan daging burger dan tambah sedikit dgn udang kering bagi penyedap rasa dan cepat di masak. Kalau yang guna daging biasa...asz galakkan tumis dulu dagingnya...supaya dagingnya masak...kalau tak nanti takut hanyir sedikit baunya...

Asz buat dua batang,sebatang asz sedekahkan pada jiran k.ros. Alhamdulillah bertukar menu buka lagi kami hari tue. K.ros pula bagi asz kuah dalca dan sambal tempoyak,menarik dan sedap sambalnya,xpernah lagi asz buat macam tue....kn belajar nie...hehe





ROTI JOHN DAGING

Bahan-bahannya:

  • 2 batang roti john
  • 1 batang timun (dihiris nipis)
  • 1 labu bawang besar (dihiris nipis)
  • sedikit daun sup & bawang(dihiris kecil)  
  • 4 helai daun salad
  • 3 biji telur
  • 1 sudu serbuk lada hitam/sulah
  • sedikit garam dan gula
  • 2 sudu rempah kari daging
  • minyak 





Bahan-bahan inti(dikisar):
  • 2 keping daging burger
  • 2 sudu udang kering
  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih





Cara-cara Penyediaannya:
  • Kisar semua bahan-bahan untuk inti.
  • Satukan kesemua bahan tadi dengan bahan2 yang dihis ke dalam sebuah mangkuk.
  • Pecahkan telur dan masukkan garam,gula,rempah kari dan lada hitam.
  • Kacau rata kesemua bahan-bahan tadi.
  • Belah dua roti john (asz potong dua sebab kuali leper asz xmuat...)
  • Letak rata bahan-bahan tadi ke atas roti yang telah dibelah dan masakkan dengan api perlahan.
  • Masak sehingga kekuningan dan angkat
  • Susunkan hirisan timun, bawang, daun salad dan letakkan mayonis dan sos cili.
  • Potong ikut saiz yang dikehendaki dan boleh lah dihidangkan.





















Thursday, 3 July 2014

AYAM PERCIK KELANTAN simple SEDAP






Semalam punye citer la nie....kannn...nie la akibat bila anak dah pandai request kat ummi nak makan ape buka hari nie....????huhuhu

Nasib baik kebetulan p pasar semalam memang beli ayam...kalau x alamatnya...ikan sardin spesel la jadiknya...hehe

Asz tak pernah buat pun ayam percik versi kelantan nie... biase buat versi melaka..agak merah skit dari yang nie.... so google punya google semalam... terpikat pulak pada resepi kat Azie Kitchen... memang simple + mudah + lastly mmg bikin kecur ayaq liuq bila tengok gambarnya...hukhuk 




Apalagi asz ajak la haziq ke dapur tolong sama...excited dia...siap dah booked..."adik nak potong carrot tau ummi...." maka dengan itu...terjadilah sayur-sayuran tambahan dalam menu ayam percik kelantan nie... pada hal xde pun...dia memang minat sangat la dgn carrot+kentang+bunga kobis(cauliflower).Dan ada juga bahan-bahan lain yang asz tambah...






AYAM PERCIK KELANTAN
Sumber : Azie Kitchen

Bahan bahan:

1 ekor ayam~potong 4 

Bahan Perap (Dikisar):

  • 2 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 batang serai
  • Garam secukupnya





Bahan Kuah(Dikisar):

  • 2 cawan santan pekat
  • 3 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 2 batang serai
  • 5 biji cili padi (kalau nak pedas bleh tambah lg)
  • 2 sudu lada mesin
  • Garam dan gula secukupnya
  • 1 keping asam keping
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu perahan lemon






Bahan-bahan tambahan:

  • Capsicum
  • Carrot
  • Bunga Kobis(Cauliflower)
  • 2 tangkai daun ketumbar
  • 1 biji kentang USA(basuh kulitnya dan dipotong 4)



Cara-cara Penyediaan Ayam :

  • Basuh bersih ayam yang di potong empat dan kelarkan sedikit agar perapan sebati
  • Kisar bahan perap sehingga halus 
  • Perap pada ayam dalam 30 minit. 
  • Bakar ayam sehingga separuh masak.(asz guna kuali ajaib tue jer..xde dapur arang)  
  • Sementara ayam dibakar,boleh lah siapkan bahan kuah perciknya.




Cara-cara Penyediaan Kuah Percik:


  • Kisar semua bahan untuk kuah percik
  • Masakkan dengan api perlahan dan terus kacau. 
  • Masukkan kentang dan masak sehingga kuah agak pekat. 
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  • Kemudian masukkan perahan lemon dan sayur-sayur yang lain(tak letak pun xpe) memang resepi asal x letak
  • Celup ayam yang dah siap dipanggang tadi dan panggang semula dalam 5 minit.
  • Boleh la dihidangkan. 













Wednesday, 2 July 2014

TERUNG TELUNJUK GORENG CILI PADI kaw2 pedas punye...





As salam dan selamat petang buat semua...
Alhamdulillah dah masuk hari ke-4 kita berpuasa...kejapnya terasa..
Panas dan bahangnya petang nie kan? takut2nya nak kuar rumah..nikan pula nak ke bazar ramadhan...nanti belinya xseberapa...tapi peluhnya macam hujan menyimbah...hehe 

Maka dengan ini tidaklah asz ke bazar ramadhan...masak jer la kan ape yang ada... 

Haziq pula xberapa nak sihat..tp alhamdulilah digagahkan juga puasanya...nampak makin kebah skit demamnya hari nie...dia pun dah request nak ayam panggang hari nie...ermmm...ayam panggang ape yang best yea???? kena la asz mengoogle mencari resepi yang mudah + sedap... :)



Pernah makan terung telunjuk??? Sedap tau....mak asz yang ajar makan terung nie... dulu arwah abah ada tanam terung nie... jenuh la asz tunggu dia masak...ingatkan dia bertukar warna dari hijau ke  ungu...tapi harammmm.... mmg xbertukar warna rupanya terung nie dan kecil2 saiznya...hehehe. sekarang kalau nampak kat pasar sure asz beli...memang sedap terung nie. 

Asz suka kalau digoreng cili padi terung nie...campur skit dengan ikan bilis...buat pulak pedas yang kaw punya...mmg lazat lah kalau di makan panas2...







TERUNG TELUNJUK GORENG CILI PADI

Bahan-bahannya:

  • 10 biji terung telunjuk 
  • 10 biji cili padi (campurkan yang merah+hijau)~ kalau xnak pedas kurang kan skit k
  • 2 labu bwg besar( 1 di tumbuk kasar dan 1 lagi di mayang)
  • 2 ulas bawang putih
  • semangkuk kecil ikan bilis
  • 2 sudu air asam jawa/1 keping asam keping 
  • 1/2 cawan air
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 senduk kecil minyak masak





Cara-cara penyediaannya:

  • Terung di dibelah 2 tapi x putus.
  • Goreng sehingga sedikit hingga agar lecur.Ketepikan sebentar.
  • Cili padi,l labu bawang besar, bawang putih , ikan bilis di tumbuk kasar.
  • Masukkkan air asam jawa secukupnya/ asam keping, bawang besar yang dimayang dan air.
  • Perisakan dgn garam dam gula. 
  • Kacau hingga masak dan masukkan terung yang sudah digoreng sedikit tadi.
  • Kacau sehingga kuah sedikit kering dan hidangkan.













Tuesday, 1 July 2014

SATAY BEGEDIL DAGING SPESEL buat anak berbuka puasa





As salam dan selamat pagi buat semua...ahamdulillah...dah masuk hari ke-3 kita menjalani ibadah puasa...semoga kita terus kuat dan dapat menghidupkan bulan yang penuh berkah ini.

Dari Abu Hurairah , ia berkata,Rasulullah memberi kabar gembira kepada para sahabatnya dengan bersabda:

قَدْ جَاءَكُمْ رَمَضَانُ, شَهْرٌ مُبَارَكٌ, كَتَبَ اللهُ عَلَيْكُمْ صِيَامَهُ, فِيْهِ تُفْتَحُ أَبْوَابُ الْجَنَّةُ وَتُغْلَقُ فِيْهِ أَبْوَابُ الْجَحِيْمِ وَتُغَلُّ فِيْهِ الشَّيَاطِيْنُ. فِيْهِ لَيْلَةٌ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ. مَنْ ُحُرِمَ خَيْرَهَا فَقَدْ حُرِمَ.


"Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkahi. Allah  mewajibkan kepadamu puasa di dalamnya; pada bulan ini pintu-pintu surga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para setan diikat; juga terdapat dalam bulan ini malam yang lebih baik dari seribu bulan, barangsiapa yang tidak memperoleh kebaikannya, maka ia tidak memperoleh apa-apa." HR. Ahmad dan an-Nasa`i.

InsyaAllah...

Macam mana la agaknya ragam anak2 kecil yang berpuasa yea...hehe... macam2 gaya nak memujuk mereka supaya bertahan sehingga berbukakan... kalau asz, kena la memujuk mereka dengan hidangan berbuka yang mereka suka atau kena la bukakan siaran tv kartun jer la sepanjang petang bagi meraka leka....huhu, Tapi jangan lupa ingatkan solat mereka yea...nanti penat jer meraka menahan lapar...tapi solat 5 waktu dilupakan...

Anak2 asz bila tiba jer pukul 3 dia orang dah menanya dah...  menu apa berbuka hari nie ummi??? bila jawab lauk faberet mereka...fuhhh senyum excited sampai ke telinga la jawabnya...hehe..memang abis cover muka penat tadi... hehe...maka bersilat la kita di dapur menyiapkan juadah feberet masing2...nasib baik la 2 orang kanak2nya..kalau 10 tah macam mana la nak melayan...hehe




N3 hari nie asz hidangkan menu simple tapi menyelerakan....satay begedil ...saje untuk menarik minat anak2 makan....asz selangkan dengan lada capsicum dan tomato ceri...tapi asz sure x semua anak2 suka makan sayur-sayur tue...so kalau macam tue boleh la di selangkan dengan sosej atau nugget...pun  menarik minat makan anak2 juga kan...tambah pula dapat makan dengan sup ayam atau tom yam...memang laju dan berseleralah anak2 asz makan.








SATAY BEGEDIL DAGING SPESEL

Bahan-bahan:
  • 1 kilo kentang (dikupas kulit)
  • 400 gram daging (direbus dan dicincang halus, juga boleh ditukar dengan ayam jika mahu)
  • 50 gram daun bawang (dipotong halus)
  • 50 gram bawang goreng
  • 2 tangkai cili dipotong halus 
  • 1 sudu lada sulah
  • 5 sudu tepung serbaguna 
  • 3 biji telur (dipukul)
  • sedikit garam.
  • Minyak masak untuk menggoreng.
  • Beberapa potong capsicum 
  • 10 biji tomato ceri
  • 10 batang lidi satay










Cara-cara Penyediaannya:
  • Rebus kentang sehingga empuk. Kemudian toskan dan lenyekkan.
  • Campurkan kentang yang telah siap tadi dengan daging, daun bawang, bawang goreng, cili, lada sulah, garam dan tepung serbaguna. Gaulkan sehingga sebati dan menjadi doh.
  • Bentukkan doh tadi menjadi doh bulat yang lebih kecil.
  • Panaskan minyak menggoreng. 
  • Celup doh yang telah dibentuk tadi ke dalam telur dan goreng sehingga kuning keemasan. Tidak perlu menggoreng lama kerana bahan-bahan tadi telah pun dimasak terlebih dahulu.
  • Angkat dan cucukkan dengan lidi satay berselang dengan capsicum dan tomato ceri,siap dihidang dan boleh la dicicah dengan sos cili atau kicap pedas 





















Friday, 27 June 2014

CHOCOLATE SPONGE CAKE.... kek padang bola yang tidak pernah menjemukan Ammar Haziq :)






As salam....cepatnya masa berlalu...hari nie adalah Jumaat terakhir di bulan Syaaban...  Ramadhan pula berkunjung tiba...




"Marhaban Ya Ramadhan....Selamat datang bulan suci Ramadhan 1435 Hijrah/ 2014 Masihi...." Selamat menunaikan ibadah puasa buat semua...somoga semua amalan kita di bulan suci ini mendapat keberkatan dan lebih baik dari  tahun2 sebelumnya...amin

Semalam prasekolah haziq buat majlis sambutan hari lahir pelajar yang lahir dari bulan 1 hingga bulan 6... seperti biasa bila di tanya..sure nak kek padang bolanya saje... huhu... nak ikutkan badan dh xlarat dah semalam...sebabnya baru sampai dari kampung checkup kaki husband dgn pakar...tp siap pulak haziq n tisya sanggup nak menolong n meneman asz buat kek malam tue...heheh.. akhirnya ku gagahkan jua...demi anak2... :)  



Asz buat kek yang mudah dan cepat di masak jer..kek coklat span... dan hiaskan bentuk padang bola pada keknya...memang dia excited sangat dgn kek nie...biar pun dah banyak kali membuatnya...hehe




Majlis sambutan yang sangat meriah...siap dijemput badut...sure la budak2 happy sangat...terima kasih buat semua cikgu2 prasekolah yang berjaya melaksanakan majlis ini dan yang penting budak2 happy sangat...Terima kasih cikgu :)

Semoga ammar haziq menjadi anak penyejuk hati .... anugerah dan amanah Allah SWT buat ummi & ayah...se




Di sini asz kepilkan skali pic step2  buat kek nie...


CHOCOLATE SPONGE CAKE
Sumber : Kak Nina Sweetlily

Bahan-bahan:
  • 5 biji telur gred B
  • 170gm gula kaster
  • 1 camt ovalette (asz x letak)
  • 100gm tepung gandum
  • 1tsp baking powder 
  • 40gm serbuk koko
  • 70gm minyak jagung/minyak masak/butter yg di cairkan

Cara-cara Penyediaannya :
  • Pukul telur, gula dengan kelajuan maksimum hingga kembang dan bertanduk.
  • Masukkan tepung, baking powder & serbuk koko yg telah di ayak ke dalam adunan.
  • Kemudiannya minyak jagung dan kacau sebati dengan cara kaup balik dan kacau rata.
  • Isikan ke dalam loyang 8" dan bakar menggunakan api atas bawah selama 30-35 minit pada suhu 170'c.
  • Bila kek dah masak.keluar je dr oven, hentak2 skit dengan perlahan.
  • Lepas tu terus sejukkan kek di redai dan apabila dah sejuk baru lah dihiaskan mengikut kreativiti masing-masing.









kek yang telah siap di bakar...asz buat dua lapis....


Krim Mentega
Sumber: Azie Kitchen

Bahan bahan:

  • 150gm mentega
  • 350gm krimwell
  • 180gm sirap gula/susu krimer pekat manis
  • 3 sudu besar gula aising


Cara-caraPenyediaannya:

  • Pukul mentega dan krimwell hingga kembang dan gebu selama 10 minit.
  • Masukkan sirap gula/susu krimer manis dan gula aising.
  • Pukul lagi hingga sebati. Siap untuk digunakan untuk hiasan kek.



Nota: untuk 2 adunan kek, perlu 2 adunan krim mentega







pukul hingga betul2 kembang dan bertanduk




buatkan lapisan krim antara kek...








letakkan kek yang kedua di atas lapisan krim tadi


 sapu nipis krim di keliling kek terlebih dahulu sebelum dihiaskan dengan nozel rumput, supaya krimnya melekat antara kek dan krim...



Ini kek yang telah selamat di hias...nak cepat dah time nie...hehe