Monday, 17 June 2013

FRESH STRAWBERRY RED VELVET CAKE
















"Cobaan.....cobaannn.....hehe...lame bebenau teman x mengupdate blog teman nie hah....dah mcm anak tiri lain mak lain bapak dah nie....hehe...bizi memanjang....sampai nak jenguk blog lain pun jarang2 dapat kesempatan..... maafkan teman yea... :)

Menu nie pun menu tertangguh yg baru jer asz dapat postkan di blog.... fresh strawberinya asz beli di Cameron Highlands semasa kami buat  "Kem Kecemerlangan Sukan" bagi pelajar yang mendapat  tempat Johan dan Naib Johan dalam acara sukan dan permainan peringkat negeri.Memang heaven kat sana...best!!!

Geram punya pasal...borong sampai 3 pek besar.....bila balik kampung .... terus buat RV kek dengan lambakan strawberinya..fuhhhh...puas ati makan....hehe










RED VELVET CAKE

Bahan-bahan Untuk Kek :

  • 2 1/2 cup ( 250gm ) tepung 
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 sudu besar (15gm) serbuk koko
  • 1/2 cup (113gm) unsalted butter
  • 2 1/2 cup (300gm) gula (asz gn 250gm)
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 cup ( 240ml) buttermilk
  • 2 sudu besar pewarna merah @ merah jambu
  • 1 sudu teh cuka @ white distilled vinegar
  • 1 sudu teh baking soda


* kalau takde buttermilk jangan susah-susah, ambil susu segar pada suhu bilik sebanyak 240ml kemudian tambahkan 1 sudu besar cuka @ lemon juice.. biarkan selama 5-10 minit.





Cream cheese frosting: 
  • 250gm cream cheese
  • 30gm butter
  • 1 sudu besar perahan lemon @ lime
  • 1 sudu besar esen vanilla
  • 1 sudu besar susu segar
  • 100gm gula ising

Cara-cara Penyediaan Cream Cheese Frosting :
  • gunakan  mixer, mix cream cheese sampai creamy.
  •  Masukkan bahan-bahan lain.. butter + perahan limau + esen vanilla + susu segar + gula ising.




Cara-cara Penyediaan  Kek:  

panaskan oven: 175 c
  • Ayak serbuk koko dan tepung dalam satu bekas dan kacau.
  • Campurkan buttermilk dengan pewarna merah @ pink
  • Dalam bekas lain, mix kan butter sampai kembang dan creamy, kemudian tambah gula dan pukul lagi sampai kembang dan sebati. 
  • Masukkan vanilla esen, mix. Masukkan telur satu persatu. Lepas satu biji telur, mix. Kemudian masukkan satu lagi telur dan mix lagi.
  • Kemudian masukkan tepung+koko yang sudah diayak secara berselang seli dengan buttermilk. masukkan tepung, mix.. ,masukkan buttermilk mix sampai habis kesemuanya.
  • Bila dah sebati, campurkan 1 sudu teh baking soda dan 1 sudu teh cuka sampai ada bubbles. Kemudian cepat-cepat masukkan dalam batter yang dah di mix tadi ok! .. kemudian terus masukkan dalam loyang pembakar...
  • Bakar selama 45 minit @ sehingga masak.
  • Sejukkan, kemudian bleh la deco kek mengikut kreativiti msg2 menggunakan cheese frosting td...
  • Sejukkan dan boleh lah dihidangkan.... 























8 comments:

  1. hai..

    salam kenal dr SRC..

    saya datang sini dan follow..nice blog..suka macam2 ada kat sini..singgah sini ya, www.dapurjirankuberasap.blogspot.com.tq

    ReplyDelete
  2. assalam
    terliur tgk merahnya strawbery2 tu emmm sedapppp
    rvc dah sedap tambah buah lg sedap kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul mama....mmg sedap bila dpt mkn ngan buah...masam manis gituuu....hehe

      Delete
  3. salam kenal asmah..trima kasih sudi dtg dn komen di blog sy...
    mmg romatik la kek ni...ada stoberi... double the romantika!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal juga ummi....terima kasihbjuga kerana sudi jejak ke sini. ....tqsm. ;)

      Delete
  4. mmg mgancam habis tgk rvc ngn stoberi tu asz..mewah!!

    ReplyDelete