Tuesday 5 February 2013

VANILLA ALMOND CUPCAKE with CHOC

Assalammualaikum









Salam sayang buat semua....lama dah asz tak bersiarankannn... hari nie br berkesempatan mengupdate....

N3 hari nie adalah CC yang asz buatkan khas untuk students form 3 yang dapat A untuk subjek Matematik PMR tahun lepas dan guru-guru yang mengajar mereka iaitu Kak Norani Ahmad, Kak Intan, Kak Siti Hajjar Sidek dan Siti Hajar Johari. 

Terima kasih di atas kerjasama daripada semua pihak iaitu daripada  pentadbir, guru-guru panitia dan pelajar-pelajar... semoga ini menjadi sebagai satu motivasi dan semangat kepada pelajar-pelajar tingkatan 3 tahun ini...iaitu PMR yang terakhir...untuk lebih cemerlang dan bilangan A yang lebih ramai...InsyaAllah.







VANILLA ALMOND CUPCAKE


Bahan-bahannya:
  • 220 g tpg gandum
  • 180 g mentega 
  • 140 g gula halus
  • 2 biji telur
  • 80 ml susu segar
  • 50gm serbuk badam
  • 25 gm kepingan badam
  • 2 cmt esen vanilla
  • 2cmt baking powder
Cara-cara Penyediaannya:

  • Putar mentega dan gula sampai kembang, masukkan telur satu persatu.
  • Apabila sebati tambahkan esen vanilla dan masukkan tepung + baking powder(yg diayak bersama tepung) berselang dgn susu segar kacau perlahan.
  • Masukkan serbuk badam dan kacau sebati
  • Masukkan adunan ke dalam cup dan taburkan kepingan badam diatasnya dan bakar selama 20 minit pada suhu 180 c
  • Selepas siap di bakar, sejukkan dan letakkan coklat glaze kemudian hiaskan mengikut kreativiti masing-masing.
















CHOCOLATE GLAZE 

Bahan-bahannya:
  • 300 gm coklat masakan gelap
  • 370 gm Heavy cream
  • Untuk chocolate glaze, resepi mencadangkan menggunakan Dark Couverture Chocolate atau coklat masakan gelap kalau tak ada boleh juga gunakan coklat masakan susu.

*Untuk heavy cream tue asz gantikan dgn whipping cream atau pun susu cair tapi kurangkan skit jumlah nya...

Cara-cara Penyediaannya:
  • Caranya panaskan cream atas dapur hingga suam.
  • Masukkan coklat masakan gelap yang telah di potong atau di hiris kecil.
  • Kacau rata sehingga semua coklat melarut.Kemudian tapis.
  • Biarkan ia sejuk sepenuhnya.
  • Laetakan ke atas cup cake dan hiaskan mengikut kreativiti masing2....

































10 comments:

  1. geramnya tengok coklat tu meleleh kat tepi tepi cc tu...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...xterthn chocnye mori...ingt xnk bg meleleh....leleh jgk ;)

      Delete
  2. Aslmkum Asz
    meleleh topping choc itu yg buat tak tahan tengok...yummm
    congrat buat semua student dan juga cikgu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm mama...nnti mama thnkn tau...tqsm insyaAllah

      Delete
  3. assalam As
    sedap dgn limpahan coklat dan coklat rice warna warni, tambah sedap ada strawbery tu

    ReplyDelete
  4. wah sedap nya nampak yg meleleh2 tu macam nak jilat kasi bersih heeee

    ReplyDelete
  5. salam asz,
    wahhh lelehan tue yg x tahan tgok..sedapp..congrt utk semua stdnt :)

    ReplyDelete
  6. nampak pun dah tahu sedap nie....tq untuk resepi nie ye.....

    ReplyDelete