Tuesday, 4 December 2012

WEDDING CAKE n CUPCAKES spesel for NURUL..:))

RAINBOW CAKE


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung yang sudi menjenguk2 ke sini...semoga dapat berkongsi resepi yang mengancam dan terancam dari blog asz yg x seberapa nie....semoga perkongsian ini amat bermakna buat semua...muaahhh..;)

Hari nie...masing2 terbakau dgn kes "MALWARE"....asz pun sibuk berdating ngan abg google ...kot kalau2 bole carik jalan penyelesaiannya...ramai jugak yg terkena...blog member asz  Zila Norazila salah satunya...kalau de sesape yang boleh tolong...harap2 dapat lah membantu yea...eishhh...menduga btl....





Raya Haji yang lepas asz dapat tempahan 2 kek dan cup cakes daripada Nurul Ckunz untuk perkahwinanannya... dapat jer tempahan masa tue ..terus jer terima..x pulak asz check harinya bila...bila tgk2 semula baru terperasankan tarikhnya sama ngan Raya Haji...hehe..rasa nak pecah pale gak pk risaukan mak marah..sebabnya ganggu kesibukan menyiapkan juadah raya haji...nasib baik la mak bagi green light...kalau x sape nak cover buat rendang n nasi impit...huhu....lap u mak,angah,alang n dek nor  :))

Nurul tempah Red Velvet kek untuk hantaran, Rainbow kek  dan 30 Moist Choc cup cakes untuk majlis potong kek pada keesokkan harinya....kek hantarannya asz xdapat nak update...sebabnya..picnya dalam camera adik...nnti yea...kemudiannya i settle...hehe...Alhamdulillah...dapat jugak la asz menyiapkan tempahan Nurul sebaiknya....Thanks Nurul...semoga ape yang terkurang harap dimaafkan...:))








RAINBOW CAKE

Bahan-bahannya:
  • 11/2 cwn tepung gandum
  • 2 sdk baking powder
  • Secubit garam garam
  • 1/2  cwn butter (suhu bilik)
  • 3/4 cwn gula castor (asz kurangkan)
  • 3 biji putih telor( suhu bilik ~ saiz B)
  • 1sdk esen vanila
  • 3/4 cawan susu segar (suhu bilik)


Cara-cara Penyediaannya:

  • Ayakkan tepung, baking powder dan  garam ~ ketepikan
  • Panaskan oven pada suhu 170 C
  • Sediakan paper cup putih secukupnya dan susun dalam muffin tray
  • Ayakkan tepung, baking pwder dan  garam ~ ketepikan
  • Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan  gebu atau butter bertukar warna putih .
  • Masukkan telur putih  dan pukul lagi sampai gebu dan ringan
  • Masukkan esen vanila
  • Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar
  • Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.
  • Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan
  • Letakkan pewarna dalam setiap bekas dan gaul rata
  • Bakar setiap kek yang bagi warna yang berlainan.
  • Buat hingga semua adunan habis
  • Lapiskan setiap lapisan dengan creamcheese dan hiaskan.

































MOIST CHOCLATE CUPCAKE

Bahan-Bahan:

  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 1/2 cwn gula
  • 1 cwn serbuk koko
  • 1 cwn susu cair
  • 1 cwn minyak jagung
  • 1 cwn air 
  • 2 biji telur
  • 2 sudu teh baking soda
  • 1/2 sudu teh baking powder


Cara-Cara Penyediaannya:

  • Panaskan oven 170c. Ayakkan tepung ,koko, baking soda dan baking powder.
  • Kacau rata kemudian masukkan gula dan kacau rata semula.
  • Masukkan satu persatu bahan-bahan yang lain dan kacau sehingga sebati.
  • Masukkan adunan ke dalam cup.
  • Kemudian bakar pada suhu 170c selama 20 minit.
  • Sebelum dikeluarkan dari oven pastikan kek masak sepenuhnya...caranya.. gunakan garpu atau lidi satay dan cucuk tengah-tengah kek jika tiada adunan yg melekat pada lidi tersebut maknanya kek telah masak sepenuhnya.
  • Hiaskan dgn buttercream atau cheese frosting...kali nie asz pilih buttercream dan cheese frosting dan hiaskan dgn bunga2 foundant...:))


















Selamat Pengantin Baru Nurul & Suami..semoga kekal bahagia ke akhirnya...thank u so much dear :))


Sunday, 2 December 2012

BUBUR NASI ORANG SIHAT...:))

BUBUR NASI BERLAUK


Assalammualaikum dan selamat berhujung minggu buat semua pengunjung tersayang....













Hari nie asz dah kembali semula ke Putrajaya...setelah seminggu berada di Melaka....bawak balik skali anak2 buah asz...malam nie baru mama n ayahnya balik dr US setelah 9 hari di sana....rindu sangat dah afiq pada ayah dan mamanya....

Hari nie juga hari ulang tahun kelahiran en.husben yang ke-35....tua dah abg...hehe...semoga beroleh keberkatan dan kekal menjadi suami serta ayah yang terbaik buat kami sekeluarga....hadiah???? nanti kita cari sama2 yea...bukan boleh suprise2 nie...ada yang x luak hadiah tue nanti..nak beli kena bawak dia skali...

Menu hari nie...asz hidangkan bubur orang sihat...hehe..nape yea bubur org sihat....???? sebab selalunya bubur nasi selalu dibuat time org demam ataupun xde selera makan....tapi bubur asz nie.... cube try tgk lauk2nya...bukan macam org sakit makan...macam2 lauk asz sertakan dlm bubur nasi nie...mmg xpadan la kalau org sakit yang makan.... asz buatkan sambal ikan bilis,ayam goreng kunyit bersayur, telur asin, ikan tenggiri masin,ikan tenggiri goreng dan daun sup serta bawang goreng....memang menyelerakan lah kalau skali skala buat menu mcm nie...




BUBUR NASI BERLAUK

BUBUR NASI

Bahan-bahannya
  • 1 cawan beras
  • 9 cawan air 
  • garam secukup rasa

Cara-cara Penyediaannya:
  • Masukkan air, biarkan mendidih.
  • Masukkan beras, kacau dan didihkan sekali lagi dgn api sederhana.
  • Masakkan bubur dgn api sederhana/kecil hingga kelihatan pekat & kembang.
  • Tambah air jika tekstur beras kelihatan seperti nasi.
  • hidangkan dan sertakan skali dengan lauk-lauk yang lain...telur asin direbus dan ikan tenggiri masin dan ikan tenggiri goreng




SAMBAL GORENG IKAN BILIS

Bahan-bahannya
  • 100 gm ikan bilis
  • 2 biji bawang besar 
  • 2 senduk kecil lada mesin 
  • sekeping asam keping
  • 5 ulas bawang merah 
  • Gula dan garam secukup rasa. 
  • secawan air
  • Minyak untuk menggoreng. 


Cara-cara Penyediaannya:
  • Bawang ditumbuk lumat dan ditumis bersama lada kering dan ikan bilis sehingga garing. 
  • Masukkan air dan asam keping serta gula dan garam secukup rasa.
  • Masak sehingga sambal garing dengan api sederhana.















AYAM GORENG KUNYIT BERSAYUR

Bahan-bahannya

  • daging ayam (asz guna 5 ketul dan dipotong kecil)
  • 2 inci carot (dipotong dadu)
  • sebiji kentang (di potong dadu dan gorengkan terlebih dahulu)
  • daun saderi (dipotong kecil)
  • kunyit, lada hitam dan garam secukup rasa 
Cara-cara Penyediaannya:

  • lumurkan kunyit,lada hitam dan garam pada ayam dan gorengkan sehingga masak sepenuhnya
  • masukkan carot,kentang dan daun saderi, kacau sebati.
  • tutup api dan taburkan dau sup/bawang serta bawang goreng dan hidangkan. 

























Tuesday, 27 November 2012

PRINCESS DOLL CAKE for the Birthday Celebration at Tisya school

PRINCESS DOLL CAKE 2

 Assalammualaikum dan selamat petang buat semua yang tersayang...









Selamat bercuti semua buat guru2 seMalaysia....cuti nie la paling di nanti....hehehe..sbbnya nie cuti persekolahan yang plg lama.....Seminggu asz di kampung ingatkan dapat la bersenang senang...tapi yg x bestnya....huhu...dapat pulak call dr sekolahpagi tadi.... kena p kursus 3 hari di Hotel Pantai Puteri...nasib baik la kursusnya di Melaka...kalau x terpaksa gak menolak...dan sib baik ada anak2 buah asz si wanie dan mira boleh la dia org jage anak2...kalau x jenuh jugak la...thanks la syg yea...hehe











N3 hari nie adalah ....N3 yang tertangguh berabad lamanya...iaitu sebelum asz sibuk mengadap students asz menghadapi PMR...Pricess Doll Cake for besday Tisya...kali nie asz buat tuk sambutan Hari Jadi Tisya dan kawan2nya yang lahir dari bulan Jun hingga September...yang lepas asz buatkan bajunya kaler pink dan kali nie princessnya kaler purple...nanti kalau berkesempatan asz upgrade lg bajunya...hehehe





CHIFFON CHOCLATE CAKE

Bahan-Bahan Untuk Kek:
  • 200 gm gula,
  • 200 gm tepung gandum;
  • 5 biji telur
  • 15 gm serbuk koko
  • 1/4 cawan air sejuk
  • 1/2 cawan majerin
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara-Cara Penyediaannya:

  • Pukul gula pasir dan telur hingga cair.
  • Masukkan esen vanilla,tepung gandum,serbuk koko dan serbuk penaik.
  • Gaulkan adunan hingga sebati
  • Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sambil di gaul rata.
  • Tuangkan majerin cair dan gaulkan hingga adunan sebati.
  • Masukkan adunan ke dalam loyang segi empat. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 200'c selama 15 minit hingga masak. Sejukkan.




BUTTERCREAM 

Bahan-bahannya:
  • 80 gm butter
  • 250 gm creamwell
  • 1/2 cawan icing sugar
  • 1/4 cawan golden sirap

Cara-cara Penyediaannya:
  • Potong butter kiub. Satukan butter bersama cream wel dan pukul hingga kembang dan putih
  • Icing sugar di ayak. Masukkan icing sugar dan golden sirap ke dalam butter yg telah dipukul kembang tadi. Gaul rata semua bahan ini dengan menggunakan spatula aje hingga bercampur sebati.
  • Kemudian bolehlah di letakkan pewarna mengikut warna pilihan.
  • Masukkan butter cream dalam piping bag dengan nozel pilihan dan bolehlah paip kan pada kek.
  • Hiaskan kek mengikut kreativiti masing-masing.




Nie antara gambar2 semasa Majlis Sambutan Hari Lahir dan Sambutan Hari Raya...majlis yg meriah...diserikan lagi dgn acara potong kek dan penyampaian hadiah hari lahir dan hadiah kepada pelajar2 yang berpuasa penuh semasa di bulan Ramadhan..Alhamdulilah Batrisyia dapat pose penuh thn nie..:))












  






Monday, 12 November 2012

MOIST CHOC Cuppies with Cheese...

MOIST CHOC CUPCAKE with CHEESE

Assalammualaikum dan selamat tengah hari semua....








Lama bangat rasenya asz x bersiaran....tiap hari rindu memendam rase jer....hari nie baru berkesempatan nak berdating bersama asam garam....al-maklumlah....minggu nie dah bermulanya cuti persekolahan hujung tahun....



Menu hari nie asz sajikan moist choc cuppies bertopingkan cheese....nak mkn ...kn la mkn skit2...paham2 je la kombinasi choc n cheese agak memuakkan kalau mkn berlebihan....asz taburkan skali chip choclate di atasnya...




MOIST CHOCLATE CUPCAKE

Bahan-Bahan:

  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 1/2 cwn gula
  • 1 cwn serbuk koko
  • 1 cwn susu cair
  • 1 cwn minyak jagung
  • 1 cwn air 
  • 2 biji telur
  • 2 sudu teh baking soda
  • 1/2 sudu teh baking powder



Cara-Cara Penyediaannya:

  • Panaskan oven 170c. Ayakkan tepung ,koko, baking soda dan baking powder.
  • Kacau rata kemudian masukkan gula dan kacau rata semula.
  • Masukkan satu persatu bahan-bahan yang lain dan kacau sehingga sebati.
  • Masukkan adunan ke dalam cup.
  • Kemudian bakar pada suhu 170c selama 20 minit.
  • Sebelum dikeluarkan dari oven pastikan kek masak sepenuhnya...caranya.. gunakan garpu atau lidi satay dan cucuk tengah-tengah kek jika tiada adunan yg melekat pada lidi tersebut maknanya kek telah masak sepenuhnya.
  • Hiaskan dgn buttercream atau cheese frosting...kali nie asz pilih cheese frosting dan taburkan dgn chips choc....









Cream cheese frosting: 

  • 250gm cream cheese
  • 30gm butter
  • 1 sudu besar perahan lemon @ lime
  • 1 sudu besar esen vanilla
  • 1 sudu besar susu segar
  • 100gm gula ising

Cara-cara Penyediaan Cream Cheese Frosting :
  • gunakan electric mixer, mix cream cheese sampai creamy.
  •  Masukkan bahan-bahan lain.. butter + perahan limau + esen vanilla + susu segar + gula ising.
  • Decokan ikut kreativiti masing2...