Tuesday 27 November 2012

PRINCESS DOLL CAKE for the Birthday Celebration at Tisya school

PRINCESS DOLL CAKE 2

 Assalammualaikum dan selamat petang buat semua yang tersayang...









Selamat bercuti semua buat guru2 seMalaysia....cuti nie la paling di nanti....hehehe..sbbnya nie cuti persekolahan yang plg lama.....Seminggu asz di kampung ingatkan dapat la bersenang senang...tapi yg x bestnya....huhu...dapat pulak call dr sekolahpagi tadi.... kena p kursus 3 hari di Hotel Pantai Puteri...nasib baik la kursusnya di Melaka...kalau x terpaksa gak menolak...dan sib baik ada anak2 buah asz si wanie dan mira boleh la dia org jage anak2...kalau x jenuh jugak la...thanks la syg yea...hehe











N3 hari nie adalah ....N3 yang tertangguh berabad lamanya...iaitu sebelum asz sibuk mengadap students asz menghadapi PMR...Pricess Doll Cake for besday Tisya...kali nie asz buat tuk sambutan Hari Jadi Tisya dan kawan2nya yang lahir dari bulan Jun hingga September...yang lepas asz buatkan bajunya kaler pink dan kali nie princessnya kaler purple...nanti kalau berkesempatan asz upgrade lg bajunya...hehehe





CHIFFON CHOCLATE CAKE

Bahan-Bahan Untuk Kek:
  • 200 gm gula,
  • 200 gm tepung gandum;
  • 5 biji telur
  • 15 gm serbuk koko
  • 1/4 cawan air sejuk
  • 1/2 cawan majerin
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara-Cara Penyediaannya:

  • Pukul gula pasir dan telur hingga cair.
  • Masukkan esen vanilla,tepung gandum,serbuk koko dan serbuk penaik.
  • Gaulkan adunan hingga sebati
  • Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sambil di gaul rata.
  • Tuangkan majerin cair dan gaulkan hingga adunan sebati.
  • Masukkan adunan ke dalam loyang segi empat. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 200'c selama 15 minit hingga masak. Sejukkan.




BUTTERCREAM 

Bahan-bahannya:
  • 80 gm butter
  • 250 gm creamwell
  • 1/2 cawan icing sugar
  • 1/4 cawan golden sirap

Cara-cara Penyediaannya:
  • Potong butter kiub. Satukan butter bersama cream wel dan pukul hingga kembang dan putih
  • Icing sugar di ayak. Masukkan icing sugar dan golden sirap ke dalam butter yg telah dipukul kembang tadi. Gaul rata semua bahan ini dengan menggunakan spatula aje hingga bercampur sebati.
  • Kemudian bolehlah di letakkan pewarna mengikut warna pilihan.
  • Masukkan butter cream dalam piping bag dengan nozel pilihan dan bolehlah paip kan pada kek.
  • Hiaskan kek mengikut kreativiti masing-masing.




Nie antara gambar2 semasa Majlis Sambutan Hari Lahir dan Sambutan Hari Raya...majlis yg meriah...diserikan lagi dgn acara potong kek dan penyampaian hadiah hari lahir dan hadiah kepada pelajar2 yang berpuasa penuh semasa di bulan Ramadhan..Alhamdulilah Batrisyia dapat pose penuh thn nie..:))












  






6 comments:

  1. salam syg asz,
    kembang btl skirt doll tue kan..bdak2 tue mmsaing attack kek asz..sbb cantik:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam zila cyg...:))
      thanks:)) tue la...msg2 ngadap..yg bestnya...yg laki pun sama xcited:))

      Delete
  2. cantiknya..kembang setaman gaun barbie tu...hehe..kemas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank QH...dan tqsm sgt2...bgkan tutor mcmne kalau picasa full...br dpt nak upload pic blk..:))

      Delete