Sunday 3 June 2012

BIRTHDAY CAKE for MARSYA

BIRTHDAY CAKE


Assalammualaikum









Selamat petang dan selamat berhujung minggu semua...cuaca yang agak terik hari nie...asz pun x ke mana hari nie setelah keletihan menyediakan juadah2 sempena meraikan Ulang Tahun Kelahiran anak bujang asz Haziq semalam yang sama tarikhnya dengan anak buah asz Faiz....nnti asz masukkan N3nya kemudian yea...:))


Kek nie di tempah oleh K.Yati sempena Ulang Tahun Kelahiran anak sulungnya Marsya yang ke-4... "Happy Besday Marsya ". 


K.Yati request kaler pink sebab anak daranya suka sgt kaler tue....al-maklum pompuan....sama la macam tisya anak dara asz tue....dan kek di dalamnya asz buatkan choc moist cake.... terima kasih banyak2 K.Yati di atas tempahan dan kepercayaannya....:))









CHOCOLATE MOIST CAKE

Bahan-Bahan:

  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 1/2 cwn gula
  • 1 cwn serbuk koko
  • 1 cwn susu cair
  • 1 cwn minyak jagung
  • 1 cwn air 
  • 2 biji telur
  • 2 sudu teh baking soda
  • 1/2 sudu teh baking powder










Cara-Cara Penyediaannya:

  • Panaskan oven 170c. Ayakkan tepung ,koko, baking soda dan baking powder.
  • Kacau rata kemudian masukkan gula dan kacau rata semula.
  • Masukkan satu persatu bahan-bahan yang lain dan kacau sehingga sebati.
  • Masukkan adunan ke dalam cup.
  • Kemudian bakar pada suhu 170c selama 20 minit.
  • Sebelum dikeluarkan dari oven pastikan kek masak sepenuhnya...caranya.. gunakan garpu atau lidi satay dan cucuk tengah-tengah kek jika tiada adunan yg melekat pada lidi tersebut maknanya kek telah masak sepenuhnya.
































10 comments:

  1. hepi besday haziq!canteknye kek!pinky!
    kak na pun dah pandai buat kek skang ni heeehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks tie...:)) k.na pun dah pandai sng la nnti, leh order kek..:))

      Delete
  2. Cantiknya kek tu....warna2 pelangi.Happy birthday Haziq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks NH....haziq pun ckp terima kasih kat auntie Norzie :))

      Delete
  3. Slmt hujung minggu Asz.menarik dan ceria kek...dihias dg pelangi....cantik!.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hujung minggu juga mama....thanks a lot...asz pun suka sgt tgk kek nie :))

      Delete
  4. salam As
    cantiknya kek tu pandai dan kreatif kalau akak buat tak tau apa yg jadi heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm k.nor...terima kasih kak,blehnye k.nor pun kreatip jugak...:))

      Delete
  5. salam asz..wahhh rajinya mama dia nie buat kek..he hhee asz ada lg x nie..kecur zila tgok tau..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm zila cyg..
      tue la terlebih plak rajinnyaa...habis pulun perah idea nak buat..haha,
      nnti kalau buat lg aku hantar sepotong...:))

      Delete