Sunday 1 April 2012

RED VELVET CUP CAKE order from Form 4 Students...

RED VELVET CUP CAKE

Assalammualaikum dan salam petang kepada semua readers





RV CC nie order daripada form 4 students asz iaitu syafiqah n friends to celebrate amy,mira n hebad birthday...Happy Besday 2 u gurls... :))





RED VELVET CUP CAKE

Bahan-bahan Untuk Kek :
  • 2 1/2 cup ( 250gm ) tepung 
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 sudu besar (15gm) serbuk koko
  • 1/2 cup (113gm) unsalted butter
  • 2 1/2 cup (300gm) gula (asz gn 250gm)
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 cup ( 240ml) buttermilk
  • 2 sudu besar pewarna merah @ merah jambu
  • 1 sudu teh cuka @ white distilled vinegar
  • 1 sudu teh baking soda
  • cup


* kalau takde buttermilk jangan susah-susah, ambil susu segar pada suhu bilik sebanyak 240ml kemudian tambahkan 1 sudu besar cuka @ lemon juice.. biarkan selama 5-10 minit.







Cream cheese frosting: 
  • 250gm cream cheese
  • 30gm butter
  • 1 sudu besar perahan lemon @ lime
  • 1 sudu besar esen vanilla
  • 1 sudu besar susu segar
  • 100gm gula ising

Cara-cara Penyediaan Cream Cheese Frosting :
  • gunakan electric mixer, mix cream cheese sampai creamy.
  •  Masukkan bahan-bahan lain.. butter + perahan limau + esen vanilla + susu segar + gula ising.

Cara-cara Penyediaan Cup Cake:  

panaskan oven: 175 c
  • Ayak serbuk koko dan tepung dalam satu bekas dan kacau.
  • Campurkan buttermilk dengan pewarna merah @ pink
  • Dalam bekas lain, mix kan butter sampai kembang dan creamy, kemudian tambah gula dan pukul lagi sampai kembang dan sebati. 
  • Masukkan vanilla esen, mix. Masukkan telur satu persatu. Lepas satu biji telur, mix. Kemudian masukkan satu lagi telur dan mix lagi.
  • Kemudian masukkan tepung+koko yang sudah diayak secara berselang seli dengan buttermilk. masukkan tepung, mix.. then masukkan buttermilk mix sampai habis kesemuanya.
  • Bila dah sebati, campurkan 1 sudu teh baking soda dan 1 sudu teh cuka sampai ada bubbles. Then cepat-cepat masukkan dalam batter yang dah di mix tadi ok! kemudian terus masukkan dalam cup...
  • Bagi memudahkan dan bersih ketika masukkan adunan dlm cup bleh la gunakan piping beg...
  • Bakar selama 15 minit @ sehingga masak.
  • Sejukkan, kemudian bleh la deco cup cake mengikut kreativiti msg2 menggunakan cheese frosting td...
  • Sejukkan dan boleh lah dihidangkan.... Selamat Mencuba    :))














TQSM dear...:))



7 comments:

  1. Assallamualaikum Asmah.
    Asmah cikgu yer? Untung anak murid boleh tempah kek dari cikgunya sendiri.. Cayalah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm kak.Naz..
      Ha'ah...asz cikgu..hehe,mana yang termampu buat je kak...:))

      Delete
  2. salam asz.
    amboii chumil2 ...x semua cikgu rajin mcm asz nie tau...suka tgok pic tue..menyelerakan jer..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm Zila...alhmdllh mana yg terlarat je Zila..hehe,thanks Zila..pic awk pun hot jgk...bleh bikin kecur air liar...;))

      Delete
  3. salam asz...
    berseri2 RV dok dlm bekas belang2 merah putih tu... memang cun lah! sesuai sgt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walk kak madiha...terima kasih kak,kebetulan tue je cup yg de tinggal kat umah...kena pupal dgn RV cc...;))

      Delete
  4. As salam. Nak tanya Asmah guna resepi ni menggunakan sukatan cawan atau timbangan. Saya punya cawan, hanya 200ml.

    ReplyDelete