Tuesday, 10 January 2012

RED VELVET CUP CAKE

                                       RED VELVET CUP CAKE

Assalammualaikum...

Selamat malam semua...skrg nie pastinya waktu rehat2kan badan yg letih setelah seharian bekerja...
Kalau ada anak buah asz ,mira...sure dpt mtk dia picit2kan kepala nie...hehe, btl x kakak...???kalu xde dia teha pun ok...:))

Malam nie asz sharekan N3 yg dah byk kali sebenarnya asz buat...kalu nak tgk klik di SINI... tp atas permintaaan adik syg...cik mal..asz postkan N3 RV cup cake...

Siape yg dh rase...mesti sedia maklum bagaimana hebatnya kek nie...slurrrppp....;))



Resepi Red Velvet Cake


Bahan-bahannya :


  • 2 1/2 cup ( 250gm ) tepung (asz gn tepng gandum jer )
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 sudu besar (15gm) serbuk koko
  • 1/2 cup (113gm) unsalted butter
  • 2 1/2 cup (300gm) gula (asz gn 250gm)
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 cup ( 240ml) buttermilk
  • 2 sudu besar pewarna merah @ merah jambu
  • 1 sudu teh cuka @ white distilled vinegar
  • 1 sudu teh baking soda
  • cup


* kalau takde buttermilk jangan susah-susah, ambil susu segar pada suhu bilik sebanyak 240ml kemudian tambahkan 1 sudu besar cuka @ lemon juice.. biarkan selama 5-10 minit.



Cream cheese frosting: 

  • 250gm cream cheese
  • 30gm butter
  • 1 sudu besar perahan lemon @ lime
  • 1 sudu besar esen vanilla
  • 1 sudu besar susu segar
  • 100gm gula ising



Cara membuatnya:  




panaskan oven: 175 c

  •  ayak serbuk koko dan tepung dalam satu bekas dan kacau.
  •  campurkan buttermilk dengan pewarna merah @ pink
  • dalam bekas lain, mix kan butter sampai kembang dan creamy, kemudian tambah gula dan pukul lagi sampai kembang dan sebati. Masukkan vanilla esen, mix. Masukkan telur satu persatu. Lepas satu biji telur, mix. Kemudian masukkan satu lagi telur dan mix lagi.
  • Kemudian masukkan tepung+koko yang sudah diayak secara berselang seli dengan buttermilk. masukkan tepung, mix.. then masukkan buttermilk mix sampai habis kesemuanya.
  •  Bila dah sebati, campurkan 1 sudu teh baking soda dan 1 sudu teh cuka sampai ada bubbles. Then cepat-cepat masukkan dalam batter yang dah di mix tadi ok! kemudian terus masukkan dalam cup...
  • Bagi memudahkan dan bersih ketika masukkn adunan dlm cup bleh la gnkan piping...Bakar selama 15 minit @ sehingga masak.
  • Sejukkan, kemudian bleh la deco cup cake mengikut kreativiti msg2 menggunakan cheese frosting td...
  • Sejukkan dan boleh lah dihidangkan.... Selamat Mencuba    :))




SOTO AYAM

SOTO AYAM

 Assalammualaikum... bertemu lg kita hari nie :))  Semoga mood hari nie lbh baik dr semalam.... Yang xde mood tue tenang2 kan hati k ...;)) 


Hari nie x boleh nak berceloteh panjang...asz kn siapkan modul math untuk kelas kecemerlangan pd ptg nie...Tahun nie asz sapu bersih ting 4 dan sapu 2 kelas ting 3...hehe..harap2 keMenjadian students asz thn nie lbh baik drp tahun lps..Amin..


N3 hari nie asz nak share satu resepi yg di kira fames juga untuk juadah hari raya selalunya...





SOTO AYAM



A. BAHAN2 UNTUK SUP


  • Satu ekor ayam, direbus di dalam 1.5 liter air dan diangkat, siatkan dagingnya dan masukkan semula tulang ke dalam stok (Note: Ada yang suka goreng dulu ayamnya selepas rebus, sebelum disiat)
  • Satu ekor ayam - rangkanya sahaja, direbus di dalam air yang sama, optional
  • 10 ulas bawang merah kecil, dikisar
  • 10 ulas bawang putih, ditumbuk
  • 2 inci halia muda, ditumbuk
  • 1 inci lengkuas, ditumbuk
  • 2 batang serai, dikisar bersama bawang
  • Satu peket rempah sup Adabi, dibuat pes
  • 20 biji lada hitam, dititik
  • 2 biji buah keras, kalau suka
  • 1.5 liter air, digunakan untuk membuat stok ayam - renih sekurang-kurangnya satu jam
  •  3 sudu makan minyak masak
  • Gula dan garam


CARA2 UNTUK PENYEDIAAN SUP :


  • Panaskan minyak
  • Tumiskan bahan yang ditumbuk/dikisar sehingga terbit bau
  • Masukkan ketumbar dan lada hitam, biarkan sehingga pecah minyak
  • Masukkan pes sup, biarkan sehingga naik bau
  • Masukkan stok ayam (bersama tulang) dan buah keras
  • Didihkan dan sesuaikan gula dan garamnya







B. BAHAN2 UNTUK BERGEDIL

  •  5 biji kentang dihiris dan digoreng hingga empuk, tumbuk
  •  5 ulas bawang merah kecil, digoreng (jgn sampai garing)
  •  3 ulas bawang putih, digoreng (jgn sampai garing)
  •  4 biji cili merah, digoreng sehingga pecah kulit
  • 10 biji lada hitam, dititik
  • 5 tangkai daun saderi (sup) dan daun bawang (dicampur)
  •  Sesudu teh garam dan sesudu teh gula, secukup rasa
  • 2 biji telur, dipukul
  • 2 cawan minyak untuk menggoreng


CARA2 UNTUK PENYEDIAAN BERGEDIL:


  • Tumbuk udang kering bersama bawang merah, cili dan bawang putih
  • Masukkan ke dalam kentang yang telah ditumbuk
  • Masukkan  lada hitam, daun saderi (sup) dan bawang
  • Masukkan garam dan gula, gaul rata
  • Kepalkan adunan (anggaran dua sudu makan setiap satu), bulat dan leperkan.
  • Masukkan kedalam perti sejuk selama satu jam, untuk mengekalkan bentuknya supaya tidak mudah lerai bila digoreng.
  • Panaskan minyak
  • Salutkan pegedil dengan telur, sehingga rata litupnya dan goreng sehingga berwarna keperangan.







C. BAHAN2 UNTUK SAMBAL KICAP


  • 15 biji cili padi, goreng hingga pecah kulit
  • 6 ulas bawang putih, goreng bersama cili
  • ½ cawan kicap manis
  • 1 biji limau nipis/2 biji limau kasturi
  • 3 sudu makan gula


CARA2 UNTUK PENYEDIAAN SAMBAL KICAP :



  • Tumbuk cili dan bawang putih hingga lumat
  • Masukkan gula, hancurkan dengan anak lesung (jangan tumbuk nanti sambal akan jadi pijar)
  • Masukkan kicap dan perahkan limau
  • Kacau rata dan simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam sebelum dihidangkan.


D. BAHAN2 HIDANGAN

  • Nasi himpit, dipotong dadu
  • Daging ayam (yang direbus - A), disiat-siat
  • Taugeh, dicelur (atau boleh dibasuh sahaja)
  • Suhun, digoreng
  • Bawang goreng
  • Daun saderi (sup) dan daun bawang
  • Limau nipis, dipotong 

CARA PENYEDIAAN HIDANGAN :

  •  Letakkan nasi himpit, daging ayam, taugeh dan suhun
  • Curahkan sup
  • Taburkan bawang goreng dan daun
  • Letakkan pegedil dan sambal kicap
  • Perahkan sedikit limau nipis (jika suka)



SELAMAT MENCUBA :))

RED VELVET CUP CAKE

                                       RED VELVET CUP CAKE

Assalammualaikum...

Selamat malam semua...skrg nie pastinya waktu rehat2kan badan yg letih setelah seharian bekerja...
Kalau ada anak buah asz ,mira...sure dpt mtk dia picit2kan kepala nie...hehe, btl x kakak...???kalu xde dia teha pun ok...:))

Malam nie asz sharekan N3 yg dah byk kali sebenarnya asz buat...kalu nak tgk klik di SINI... tp atas permintaaan adik syg...cik mal..asz postkan N3 RV cup cake...

Siape yg dh rase...mesti sedia maklum bagaimana hebatnya kek nie...slurrrppp....;))



Resepi Red Velvet Cake


Bahan-bahannya :


  • 2 1/2 cup ( 250gm ) tepung (asz gn tepng gandum jer )
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 sudu besar (15gm) serbuk koko
  • 1/2 cup (113gm) unsalted butter
  • 2 1/2 cup (300gm) gula (asz gn 250gm)
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 cup ( 240ml) buttermilk
  • 2 sudu besar pewarna merah @ merah jambu
  • 1 sudu teh cuka @ white distilled vinegar
  • 1 sudu teh baking soda
  • cup




* kalau takde buttermilk jangan susah-susah, ambil susu segar pada suhu bilik sebanyak 240ml kemudian tambahkan 1 sudu besar cuka @ lemon juice.. biarkan selama 5-10 minit.



Cream cheese frosting: 

  • 250gm cream cheese
  • 30gm butter
  • 1 sudu besar perahan lemon @ lime
  • 1 sudu besar esen vanilla
  • 1 sudu besar susu segar
  • 100gm gula ising



Cara membuatnya:  

panaskan oven: 175 c

  •  ayak serbuk koko dan tepung dalam satu bekas dan kacau.
  •  campurkan buttermilk dengan pewarna merah @ pink
  • dalam bekas lain, mix kan butter sampai kembang dan creamy, kemudian tambah gula dan pukul lagi sampai kembang dan sebati. Masukkan vanilla esen, mix. Masukkan telur satu persatu. Lepas satu biji telur, mix. Kemudian masukkan satu lagi telur dan mix lagi.
  • Kemudian masukkan tepung+koko yang sudah diayak secara berselang seli dengan buttermilk. masukkan tepung, mix.. then masukkan buttermilk mix sampai habis kesemuanya.
  •  Bila dah sebati, campurkan 1 sudu teh baking soda dan 1 sudu teh cuka sampai ada bubbles. Then cepat-cepat masukkan dalam batter yang dah di mix tadi ok! kemudian terus masukkan dalam cup...
  • Bagi memudahkan dan bersih ketika masukkn adunan dlm cup bleh la gnkan piping...Bakar selama 15 minit @ sehingga masak.
  • Sejukkan, kemudian bleh la deco cup cake mengikut kreativiti msg2 menggunakan cheese frosting td...
  • Sejukkan dan boleh lah dihidangkan.... Selamat Mencuba    :))




Monday, 9 January 2012

AGaR-AgaR KIWI

AGAR-AGAR KIWI

Semalam penat sgt...blk dr rumah kakak di Salak Tinggi trs lelap...asz br ingt nak post 1 N3 mlm td... bila umur makin meningkat...buat keje lebih skit dah mudah letih skrg...

Mcmne la nak mngajar sampai umur 60 tahun nie...hehe, jgn plak akan dtg kerajaan smbng lg umur perkhidmatan smpi 65 tahun...x terjangkau nak fikir...mcmne la kesihatan kite bl dah cecah 65 tahun nnti....jgn nnti ade yg p sekolah pakai tongkat.... fuhhh minta dijauhkan la .... mudah2 Allah SWT berikan kekuatan, kesihatan yg baik dan panjang umur agar dpt memberi ilmu kpd ank2 didik asz dan anak2 asz jgk nanti....Amin

Panjang lbr berceloteh...hihi..balik pd N3 hari nie....mmg best puding nie...ade rase masam2 manis...n x la manis sgt...kira ok la bg asz...kalu nk manis..lbh kan skit je gulanya nanti k...bile mkn lps disejukkn lagi la sodap...:))



AGAR-AGAR KIWI

Lapis A

  • 13 gm serbuk agar-agar(1 bungkus)
  • 1 liter air ( 1000 ml)
  • 3 biji buah kiwi (dipotong nipis)
  • 175 gm gula





Lapis B

  • 750 ml air
  • 150 gm gula
  • 13 gm serbuk agar-agar(1 bungkus)
  • 200 ml susu cair


Cara Membuat Bahan A:

  • Campurkan semua kecuali buah kiwi.
  • Kacau atas api sehingga mendidih dan gula larut.
  • Setelah itu tuangkan ke dalam acuan yg di sukai.
  • Susunkan hirisan buah kiwi mengikut kreativiti masing2...
  • Sejukkan dalam 15 minit.

Cara Membuat Lapisan B

  • Masak agar-agar bersama gula dan air hingga mendidih.
  • Masukkan susu dan kacau hingga sebati.
  • Biarkan sebentar dlm 5 minit.
  • Tuangkan di atas lapisan A tadi.
  • Kemudian boleh la disejukkan dlm fridge dlm 1 jam.
  • Lepas tue boleh lah dihidangkan....
Selamat Mencuba...:))



Sunday, 8 January 2012

Kuah Kacang macam nak raya pulak!!!

KUAH KACANG

Assalammualaikum...

Kuah kacang nie kebiasaannya di buat time raya... tp skrg x kira mase...teragak jer asz buat ... nie fav husband...mungkin x sehebat mak mentua asz nye rase... tp bleh la di makan tuk melepaskan ngidam...nyumm...nyumm...hehe...

Asz buat pun x byk jus gn sekilo kacang... Nie pun sbb tgk ade lg sebungkus nasi impit dlm laci...kebetulan mak dtg, so ape lg...mengoreng kacang la asz lps tue...


Bahan - bahan

  • 2 batang serai
  • 1 kg kacang tanah 
  • 1 inci halia &lengkuas-ambil airnya 
  • 3 senduk gula atau ikut suka 
  • 1 mangkuk air asam jawa-bancuh cair 
  • 20 tangkai cili kering
  • 1/3 belacan 
  • 20 ulas bawang merah kecil
  • 3 senduk minyak masak 
  • sedikit garam


Cara-cara

  • Goreng kacang dengan minyak hingga kuning angkat toskan.
  • Goreng cili kering, baw.merah,belacan hingga naik bau jgn lama sgt
  • Serai, lengkuas, halia di mesin ambik airnya sahaja.
  • Kesemua bahan ini di mesin dan disatukan dlm satu mangkuk.
  • Air asam jawa dibancuh cair masukan ke dlm mangkuk tadi dan di gaul hingga sebati.
  • Masukkan minyak tunggu hingga minyak panas dan masukkan bahan tadi kacau hingga pecah minyak. perlahankan api.
  • Masukkan gula dan garam ikut suka. kalau boleh biarlah rasanya manis2 buah!!!



Kalau org Johor...kuah kacang nie jgk di makan dgn lontong...mn2 pun boleh... Selamat mencuba :))



Saturday, 7 January 2012

Sup Sayur Park Choy Bercendawan

SUP SAYUR PARK CHOY BERCENDAWAN

Assalammualaikum...

Selamat petang dan selamat beristirehat di hujung minggu...esok dah bekerja semula...minggu ke-2 persekolahan...

Pada petang nie asz nak sharekan beberapa resepi... resepi yang mudah dan antara yg selalunya ada dlm setiap hidangan...iaitu hidangan sayur-sayuran...



SUP SAYUR PARK CHOY BERCENDAWAN

Bahan-bahannya

  • 2 ikat Park Choy- sawi Jepun (dipotong)
  • sebungkus cendawan (di belah 3)
  • 2 inci lobak merah (dipotong)
  • 1 biji tomato (dibelah empat)
  • 1 ulas bwg putih (dihiris)
  • 2 ulas bawang merah ( dihiris)
  • sedikit ikan bilis ( ditumbuk )
  • garam secukup rasa
  • 2 cawan air
  • 1 sudu kecil minyak untuk menumis




Cara-caranya :
  •  Panaskan minyak di dalam kuali.
  •  Kemudian tumiskan bawang putih dan bawang merah yang dihiris sehingga naik bau.
  •  Masukkan air dan biar sehingga mendidih.
  •  Masukkan garam, dan biar seketika.
  •  Kemudian masukkan lobak merah dan sawi ke dalam periuk.
  •  Last sekali masukkan tomato dan tutup api. Siap untuk dihidang dan dimakan.



AYAM MASAK KURMA

AYAM MASAK KURMA

Assalammualaikum...

Lewat bersiaran asz hari nie....agak sibuk sedikit hari nie ...mak,adik asz n suaminya datang tidur semalam di rumah...adik n suaminya ada majlis kahwin member sekolahnya dolu2 di Dewan Puspanita Presint 10 esok...

Pagi lg asz dah keluar ke pasar beli ape yg dirancang untuk juadah  mereka nanti... Antara menu yg berjaya menjadi pilihan hati asz hari ini ialah...Ayam masak Kurma, ikan Patin goreng, sup sayur Park Choy bercendawan, puding Kiwi dan nasi Himpit bersama Kuah Kacang... 

Untuk entri yg nie asz sharekan resepi Ayam Masak Kurma, resepi yang lain nanti asz masukkan lg k...:))




AYAM MASAK KURMA

Bahan-bahannya :

  • 1 ekor ayam ( dipotong2 dan di bersihkan 
  • 2 paket rempah kurma
  • 1 labu bawang besar ( hiris )
  • 3-4 biji bawang merah ( hiris )
  • 3 ulas bawang putih ( tumbuk )
  • 1 1/2 inci halia ( tumbuk )
  • 4 biji kentang ( kupas kulit dan potong 4 )
  • 200 g santan pekat
  • 1-2 keping asam gelugur
  • rempah 3 sekawan ( kayu manis, bunga lawang, pelaga )
  • garam, serbuk perasa
  • air secukupnya untuk kuah
  • daun ketumbar – hiasan
  • Cili padi – letak sebiji2 – hiasan
  • Lobak merah - tambahan




Cara2nya :
  •  Tumis bahan hiris, bahan tumbuk dan rempah 3 sekawan hingga wangi dan naik minyak.
  •  Masukkan serbuk kurma yang telah dicampur dengan sedikit air.
  •  Masukkan ayam, kacau seketika.
  • Kemudian masukkan air dan kentang.
  • Tutup periuk dan masak hingga ayam 3/4 empuk.
  • Masukkan santan pekat, asam gelugur, cili padi. kacau selalu…
  •  Bila ayam empuk sesuaikan rasa dan bolehlah dihidangkan… dan tabur daun ketumbar dan bawang goreng sebelum dihidangkan...




Resepi nie sgt sesuai kalau di makan dgn nasi Beriayani @ nasi Minyak ataupun seangkatan dgn nye... tapi  asz lbh suka kan nasi putih...tapi bile teringin buat jgk... Selamat mencuba yea...;))