Saturday 23 June 2012

CHEESE CUPCAKES with ROSE FOUNDANT

CHEESE CUPCAKES
with ROSE FOUNDANT 


Assalammualaikum dan Selamat Pagi kepada semua readers yang dirindui.... semoga semua ceria di pagi Sabtu nie...al-maklum cutikan hari nie...hehe









2-3 minggu nie kesihatan mak dan kakak asz x berapa baik...tue yang sekejap ke Salak Tinggi dan hujung minggu balik kampung... dalam masa yang sama nak kena hadap SAPS....masa berbloging pun terpaksa dihadkan....doakan la kesihatan mereka bertambah baik.






Cheess cup cakes nie order daripada K.Yati untuk pertunangan adiknya Non hari nie...asz mula kenal Non time dia sama2 join team Bola Jaring sekolah asz,kiranya dia import player laa...:)) K.Yati minta asz buatkan CC bertemakan kaler biru n krim...dan diletakkan dalam bekas souvenir berbentuk hemisfera...asz buatkan rose foundant berkaler biru,putih dan kuning. Semoga Non berpuas hati dgn  CC nya...dan k.asz ucapkan "Selamat Bertunang" semoga kekal ke akhirnya.Aminnnn :))






















CHEESE CUPCAKES

Bahan-bahan ( 12-15 biji )
  • 200 g tepung gandum 
  • 150 g mentega 
  • 150 g gula kastor/halus 
  • 2 biji telur 
  • 2 sk baking powder
  • 60 g cream cheese


Cara-cara Penyediaannya:

  • Ayak tepung dan baking powder dan ketepikan.
  • Pukul mentega dan gula hingga kembang lalu masukkan telur sedikit2 sambil dipukul terus.
  • Masukkan pula campuran tepung sedikit2 sambil dikacau dengan senduk hingga rata.
  • Sediakan mangkuk kertas beralas acuan dan isi adunan kek 1/2 penuh,isi 1/2 sudu kecil cream cheese dan tutup lagi dgn adunan kek.
  • Bakar dalam oven yg telah dipanaskan dulu selama 20-30 min. pada suhu 180C atau ikut kepanasan suhu oven masing2.
  • Cream cheese boleh jugak diganti cheddar cheese atau cheese slice yg dipotong kecil,ikut selera.
  • Kemudian boleh lah dihiaskan mengikut kreativiti masing2.
  • Asz hiaskan dengan lapisan Buttercream dan bunga Ros foundant.






















Friday 8 June 2012

RAINBOW CAKE for HAZIQ n FAIZ BESDAY

RAINBOW CAKE

Assalammualaikum

















RAINBOW CAKE

Bahan-bahannya:

  • 11/2 cwn tepung gandum
  • 2 sdk baking powder
  • Secubit garam garam
  • 1/2  cwn butter (suhu bilik)
  • 3/4 cwn gula castor (asz kurangkan)
  • 3 biji putih telor( suhu bilik ~ saiz B)
  • 1sdk esen vanila
  • 3/4 cawan susu segar (suhu bilik)


Cara-cara Penyediaannya:


  • Ayakkan tepung, baking powder dan  garam ~ ketepikan
  • Panaskan oven pada suhu 170 C
  • Sediakan paper cup putih secukupnya dan susun dalam muffin tray
  • Ayakkan tepung, baking pwder dan  garam ~ ketepikan
  • Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan  gebu atau butter bertukar warna putih .
  • Masukkan telur putih  dan pukul lagi sampai gebu dan ringan
  • Masukkan esen vanila
  • Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar
  • Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.
  • Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan

  • Letakkan pewarna dalam setiap bekas dan gaul rata
  • Bakar setiap kek yang bagi warna yang berlainan.
  • Buat hingga semua adunan habis
  • Lapiskan setiap lapisan dengan Buttercream dan hiaskan.













BUTTERCREAM



Bahan-bahannya:


  • 80 gm butter
  • 250 gm creamwell
  • 1/2 cawan icing sugar
  • 1/4 cawan golden sirap


Cara-cara Penyediaannya:


  • Potong butter kiub. Satukan butter bersama cream wel dan pukul hingga kembang dan putih
  • Icing sugar di ayak. Masukkan icing sugar dan golden sirap ke dalam butter yg telah dipukul kembang tadi. Gaul rata semua bahan ini dengan menggunakan spatula aje hingga bercampur sebati.
  • Kemudian bolehlah di letakkan pewarna mengikut warna pilihan.
  • Masukkan butter cream dalam piping bag dengan nozel pilihan dan bolehlah paip kan pada kek.
  • Hiaskan kek mengikut kreativiti masing-masing.


Asz buatkan juga bleuberry ciskek,al maklum ramai yg gerun nak makan kek topping buttercream tue...budak2nya jer yang minat....yang lain semuanya makan ciskek aje....demand!!!!hehe




Asz masukkan sekali beberapa keping gambar semasa Besday Haziq dan Faiz....Besday boynya yang baju merah besar tue Faiz anak K.lang dan anak bujang asz haziq yang kecik baju merah hitam tue...


















Sunday 3 June 2012

BIRTHDAY CAKE for MARSYA

BIRTHDAY CAKE


Assalammualaikum









Selamat petang dan selamat berhujung minggu semua...cuaca yang agak terik hari nie...asz pun x ke mana hari nie setelah keletihan menyediakan juadah2 sempena meraikan Ulang Tahun Kelahiran anak bujang asz Haziq semalam yang sama tarikhnya dengan anak buah asz Faiz....nnti asz masukkan N3nya kemudian yea...:))


Kek nie di tempah oleh K.Yati sempena Ulang Tahun Kelahiran anak sulungnya Marsya yang ke-4... "Happy Besday Marsya ". 


K.Yati request kaler pink sebab anak daranya suka sgt kaler tue....al-maklum pompuan....sama la macam tisya anak dara asz tue....dan kek di dalamnya asz buatkan choc moist cake.... terima kasih banyak2 K.Yati di atas tempahan dan kepercayaannya....:))









CHOCOLATE MOIST CAKE

Bahan-Bahan:

  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 1/2 cwn gula
  • 1 cwn serbuk koko
  • 1 cwn susu cair
  • 1 cwn minyak jagung
  • 1 cwn air 
  • 2 biji telur
  • 2 sudu teh baking soda
  • 1/2 sudu teh baking powder










Cara-Cara Penyediaannya:

  • Panaskan oven 170c. Ayakkan tepung ,koko, baking soda dan baking powder.
  • Kacau rata kemudian masukkan gula dan kacau rata semula.
  • Masukkan satu persatu bahan-bahan yang lain dan kacau sehingga sebati.
  • Masukkan adunan ke dalam cup.
  • Kemudian bakar pada suhu 170c selama 20 minit.
  • Sebelum dikeluarkan dari oven pastikan kek masak sepenuhnya...caranya.. gunakan garpu atau lidi satay dan cucuk tengah-tengah kek jika tiada adunan yg melekat pada lidi tersebut maknanya kek telah masak sepenuhnya.