Saturday 19 May 2012

BUTTERFLY RAINBOW CUP CAKE...Hadiah Hari Guru buat Cikgu Tisya n Haziq dan Team Bola Jaring SMKPP11(2)...Thanks frens!!!

BUTTERFLY RAINBOW CUPCAKES


Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu semua...








 Apa khabar semua readers yang disayangi....terima kasih di atas kunjungan anda semua ke dapur Asam Garam yang sekali sekala berasap nie..hehehe....

Semalam asz ke Sekolah Seri Bintang Selatan KL...ada nettball game sempena Hari Guru peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur + Putrajaya...Asz daripada team Putrajaya hantar 3 group...Alhamdulilah group asz berjaya ke final dan mendapat Naib Johan Wilayah...InsyaAllah hadiah RM 300 dan medal akan disampaikan pada Majlis Makan Malam sambutan Hari Guru Wilayah di KL pada hari Selasa malam... Alhamdulilah berkat main suka n no stress...kami berjaya...:))


Panjang lebau sangat bercerita pasal bola jaringkan...hehe..Cuba tengok cupcakes asz hari nie??? cantik n cute tak???cantik kan...hehe (angkat bakul pulak!!!!)  asz suka sangat..1st time kat blog K.Ita terus jatuh hati termimpi2...hehehe 


Asz buatkan untuk semua cikgu2 Prasekolah Tisya dan cikgu2 Tadika Permata Haziq....terima kasih di atas jasa cikgu2 yang mengajar mereka selama ini...terima kasih sangat2...walaupun asz cikgu,tapi asz rasa tugas guru-guru yang mengajar di peringkat awal kanak2 lebih mencabar..terutamanya di peringkat kanak2 untuk mengenali dan menguasai 3M (Membaca,Menulis,Mengira).....


Cupcakes nie jugaasz buatkan untuk semua geng2 pemain Bola Jaring team SMK11(2) sempena Hari Guru peringkat Putrajaya,kami berjaya mendapat Naib Johan...Thank You So Much di atas kerjasama semua...n Tahniah!!!!  :))


"Terima Kasih Cikgu"....sedihkan ayat tue...bila anak2 murid ucapkan rasa terharu sangat...pejam celik dah 11 tahun asz mengajar...Inilah permintaan arwah abah...hendakan semua anak2 perempuannya menjadi cikgu...katanya senang bila cuti sekolah kami dapat berkumpul adik beradik...ermmmm...rindu abah..:((


Alhamdulilah sebanyak 4 buah sekolah asz telah mengajar dalam 11 tahun nie...semuanya ada cerita dan pengalamannya tersendiri...kasih sayang teacher buat semua pelajar2 teacher xpernah hilang....terima kasih di ats kerjasama kamu semua...ingat kata2 teacher..." Kejayaan kamu adalah kepuasan dan kejayaan teacher"...dan bagi yang tidak berjaya InsyaAllah rezeki kamu ada bahagiannya masing2 kelak...Salam sayang untuk semua teman2 seperjuangan dan pelajar2...Miss u all...SMK Dato' Penggawa Barat Pontian, SMK Rahmat Melaka, SMK Bandar Bukit Kayu Hitam Kedah, SMK Putrajaya Presint 11(2) Putrajaya....

















BUTTERFLY RAINBOW CUPCAKES


Resepi asal dari RAINBOW CAKE 


By : Whisk Kid
The Martha Stewardt Show, April 2010
Sumber: K.Ita Masam Manis


Bahan-bahannya:

  • 11/2 cwn tepung gandum
  • 2 sdk baking powder
  • Secubit garam garam
  • 1/2  cwn butter (suhu bilik)
  • 3/4 cwn gula castor (asz kurangkan)
  • 3 biji putih telor( suhu bilik ~ saiz B)
  • 1sdk esen vanila
  • 3/4 cawan susu segar (suhu bilik)



Cara-cara Penyediaannya:

  • Ayakkan tepung, baking powder dan  garam ~ ketepikan
  • Panaskan oven pada suhu 170 C
  • Sediakan paper cup putih secukupnya dan susun dalam muffin tray
  • Ayakkan tepung, baking pwder dan  garam ~ ketepikan
  • Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan  gebu atau butter bertukar warna putih .
  • Masukkan telur putih  dan pukul lagi sampai gebu dan ringan
  • Masukkan esen vanila
  • Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar
  • Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.
  • Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan

  • Letakkan pewarna dalam setiap bekas dan gaul rata
  • Tompokkan setompok setompok warna berlainan warna dan berselang seli dalam paper cup
  • Buat hingga semua adunan habis
* untuk mudah masukkan adunan dalam plastik bag atau pipping bag
  • Gunakan lidi bersih dan buatkan satu putaran pada permukaan kek
  • Bakar dalam oven selama 25 minit atau sehingga kek masak sempurna.

Cara membuat rama-rama
  • Potong permukaan cupcake dengan pisau
  • Permukaan kek yang dah di potong tu kita potong pula pada 2 bahagian ~ rujuk gambar di atas
  • Paipkan cream atau buttercream atas permukaan kek yang telah di potong
  • Kemudian susunkan permukaan kek untuk membentuk rama-rama
  • Letakkan manik sebagai badan rerama

Untuk Cream kalau nak buat yang tahan lama macam kita nak buat hantaran dan tak mau dia cepat cair dalam perjalanan asz cadangkan cuba resepi ni








































BUTTERCREAM




Bahan-bahannya:

  • 80 gm butter
  • 250 gm creamwell
  • 1/2 cawan icing sugar
  • 1/4 cawan golden sirap

Cara-cara Penyediaannya:

  • Potong butter kiub. Satukan butter bersama cream wel dan pukul hingga kembang dan putih
  • Icing sugar di ayak. Masukkan icing sugar dan golden sirap ke dalam butter yg telah dipukul kembang tadi. Gaul rata semua bahan ini dengan menggunakan spatula aje hingga bercampur sebati.
  • Kemudian bolehlah di letakkan pewarna mengikut warna pilihan.
  • Masukkan butter cream dalam piping bag dengan nozel pilihan dan bolehlah paip kan pada kek.












FRESH CREAM FROSTING 

By: Wilton
Rujukan : Kak Cek

Bahan-bahannya:
  • 2 cawan Non Dairy Whip Topping ~ pastikan dari peti ais
  • 1/2 cawan gula icing
  • 1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara Penyediannya:
  • Menggunakan Stand @ hand mixer....whisker....pukul whip topping sehingga agak kental...
  • Masukkan gula icing ,vanila esen dan pukul lagi hingga frosting fresh cream betul2 'stiff '
  • Siap dah,boleh gunakan utk deco cupcake tadi...
  • Decoration ikut citarasa dan kreativiti masing2..








Asz gunakan cream cheese frosting untuk hiasan...

CREAM CHEESE FROSTING

Bahan-bahannya:

  • 250gm cream cheese
  • 30gm butter
  • 1 sudu besar perahan lemon @ lime
  • 1 sudu besar esen vanilla
  • 1 sudu besar susu segar
  • 100gm gula ising


Cara-cara Penyediaannya:

  • gunakan electric mixer, mix cream cheese sampai creamy.
  •  Masukkan bahan-bahan lain.. butter + perahan limau + esen vanilla + susu segar + gula ising.
  • Decoration ikut citarasa atau kreativiti masing2...:))








Cupcakesnya asz masukna dalam kotak2 yang comel2 nie....menarik sangat kan????hehehe..."Terima Kasih Cikgu"











15 comments:

  1. sy pun dah cuba dah..anak2 mmg suka...
    teruja mereka tgk ada b/fly plak...hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tue la syifa..mmg teruja sgt bila tgk k.ita buat...kreativ sgt...:)) ank2 pun xcited...tue yg buat tuk hadiah cikgu2 dia org :))

      Delete
  2. salam cikgu asmah cyg...
    wahhh ada buttrfly terbang kt sini...byk tul pic..puas merenung..sampai jatuh hati nengok..he heheee ..meh ler bttrfly tu trbang kt sini pulak:)..slamat hari guru..smoga mnjadi guru yg cemerlang dan gemilang yer..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm zila cyg mucyuk...hehe
      nnti kita tgkp sekor bg kat awk tau!!!!hehehe....asz pun teruja sgt ambil gamba rase mcm semua gmbr upload...:)) tqsm zila,InsyaAllah...semoga segala urusan dipermudahkan..:))

      Delete
  3. Dik Asz.. cak cak.. Apa khabar dik? harap dik sekeluarga sihat.. Adik.. akak teruja terpesona tgk cupcakes tu.. oh ya masih tak terlewat kan Kak Ani nak ucap kan Selamat Hari Guru.. Moga dik berjaya dunia akhirat.. Aminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baaaacak.....!!!!akak...alhmdllh asz sefamily sihat,cuma batuk n selsema belum reda lg...thanks kak...cantik sgt CC nie...asz pun teruja sggh bila 1st time tgk dlm blog k.ita...tue yg terpikir nak buat hadiah untuk cikgu ank2 asz...thanks kak..Aminn...InsyaAllah :))

      Delete
  4. Salam Asz.slmt hari guru dan tahniah team bolajaring dpt 2nd place.moga terus berjaya. alahai comeinya cc butterly tu...warna-warni ceria....mcm dok hinggap atas cc tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm mama...tqsm :))) Amin..InsyaAllah...mmg pun mula2 tgk di blog k.ita geram tgk Bttrflynya tue...mcm nak tngkp2 jer..:))

      Delete
  5. Assalammualaikum asz....pepagi buta akk terjah blog...hehe....pagi cikgu! Cantik cupcake tu, apa tak sukanya bebudak tu, cikgu lg la....tahniah menang. Hubby akk pun aktif sukan, baru ni mng kriket n bangga sgt dgn anak murid dia.
    Asz mengajar sk dato penggawa barat ke...bekas guru? Akk dulu sek sana....cikgu2 dah pencen agaknya...ye la...anak murid pun dah tua2:-) rindu gak sk tu...puluh tahun x tgk.A

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam kak zana..
      Selamat pagi even skrg dh malam...thanks kak..mmg kak..dh lm x aktif main nett ball...slalu jd juruletih jer..hehe
      ha'ah..asz bekas guru di Dato' penggawa Barat..1st posting asz kat sana dr 2003-2006, akakpun pernah mengajar sn jugak??mmg pun kalau asz nie pun ank murid pun ramai yg dh kerja n baru abis blajau...nikan akak...:))

      Delete
  6. Assalammualaikum... datang lewat dan selalu terlepas pandang.. kali ni nak jugak buh komen... komen pun kontot aje.. CANTIK!!!!!!!!!!!!!! DAN TERBAIKKKKKKK!!! suka i you..:)))

    ReplyDelete
    Replies
    1. WSlm kak..xpe..awal atau lewat xde masalah....sentiasa dialu2kan kak :)) thanks kak :))

      Delete
  7. wow cantiknya..cuppies..ber colorful pulak....cantik n cool mata memandang..cikgu -cikgu mesti seronok ;)hehe..frst time visit blog kak...cool mata memandang kek - kek...nanti mesti nak try kek kek ini...glad to follow u!
    visit me @http://subhieskitchen.blogspot.co.uk/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Subhie...tqsm :)) thanks sudi jenguk n4low di sini ;)) kn try mmg mengujakan cc nie :)

      Delete
  8. salam Kak, nak order 100 biji berapa ye?

    ReplyDelete