Thursday 5 April 2012

OREO CHEESE CAKE order from MUNA

OREO CHEESE CAKE

Assalammualaikum






Selamat malam semua readers, sekejap je dah Khamis kan...rasa macam cepat sangat masa berlalu.Bagi students PMR asz tinggal beberapa bulan je lagi nak Xm...semoga segala urusan persediaan sebelum PMR dipermudahkan.

Malam nie asz dah tak boleh nak tido, lepas je maghrib tadi dalam baring tengok berita je dah terlelap sampai pukul 9 lebih....Nikmatnya tidurkan...dalam sekejap dah layan...hehe

N3 tengah malam nie ada ciskek yang di order oleh Muna.Resepinya asz ambil daripada K.Ummi,resepi yang mudah untuk readers mencuba..:))



OREO CHEESECAKE 
by:K.Ummi 
resepi asal: CITARASAWAN (K.Wan)

Bahan Dasar: (asz guna loyang bulat 8 inci)

  • 200gm biskut oreo (di buang krimnya) 
  • 50gm mentega cair

Bahan-bahan Filing:

  • 500 gm keju krim
  • 110 gm gula kaster 
  • 1/2 tbsp esen vanila
  • 2 biji telur 
  • 200ml whipping krim 
  • 1 tbsp. lemon juice
  • 15 keping biskut oreo (di buang krimnya) 

*Acuan springform 4.5" @ 4 biji (Menghasilkan 4 biji mini cheese cake) atau acuan 8" menghasilkan satu biji.








Cara-cara Penyediaannya:


Base Kek :

  • Kisar halus biskut oreo dan gaul dengan mentega cair, tekan padat ke dalam acuan springform/loose base tin.
  • Kalau untuk loyang besar, masukkan kesemuanya dlm pan dan tekan. 
  • Bakar selama 5 minit pada suhu 150C. Angkat dan masukkan dalam freeze sementara filing siap..

Cara Penyediaan Bagi Filling: 
  • Pukul keju krim dan gula hingga sebati.
  • Masukkan esen vanila dan telur satu demi satu diikuti dengan whipping krim dan jus lemon. 
  • Putar hingga sebati.
  • Masukkan separuh aduanan filling, susunkan biskut oreo.
  • Kemudian masukkan aduanan yang selebihnya.
  • Bakar pada suhu 150C secara water bath selama 45-50 minit. 
  • Tutup suis oven dan renggangkan pintu oven biarkan kek sejuk di dalamnya selama 1 jam.
  • Longgarkan tepi kek dengan pisau tajam mengelilingi acuan. 
  • Biarkan sejuk, tutup dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman.
  • Keluarkan kek dari acuan dan hias mengikut suka. 










10 comments:

  1. As'salam Asmah

    sedapnya tengok oreo cheesecake ni, makin bertambah sedap aklau dimakan sejuk2 nikmat terasa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm kak CT...mmg pun lazat di makan sejuk2,mkn pulak skit2 ...nikmatnya kak :))

      Delete
  2. salam asz..
    dah lama x buat nie..semenjak badan dh naik..he hee sedapnya..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm zila..

      sama la ngan asz...takut nk mkn...tapi sedap kan...buat pun kalau ada request..tapi ada gak yg terlepas masuk mulut ..hehe :))

      Delete
  3. Salam Asmah.tergoda tengok cheesecake tu....dah lama tak buat kek ni.smlm intai juga cheese kat minimarket tak da stok pula..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mama..tq..hehe, asz aritue tertangguh sehari,sebabnya cheese abis gak...ada stok nnti leh la mama buat :))

      Delete
  4. Very tempting, my son will love this for sure :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tqsm love...i'm sure u can baked dis weekend love..;))

      Delete
  5. Asmah, tak moh kata apa dah.. Cuma nk minta tisu barang sehelai dua nak buat lap air liur yg mencuri keluar dari celah bibir ni..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..pecah perut gelak..nnti asz bg tisu sekotak k..;))

      Delete