Monday, 9 April 2012

OREO CHEESE CAKE for Shima

OREO CHEESE CAKE 

Assalammualaikum dan selamat malam semua...












Sunyi je malam nie...berjauhan dgn anak2...tisya dan haziq tinggal di rumah neneknya seminggu...balik je kerja macam terdengar2 jer pulak suara mereka berdua....rinduuu..huhu, baru sehari tue...

Kek nie, order daripada shima,request oreo ciskek...cuma asz tambahkan topping choc ganache....mmg agak menyelerakan bagi peminat cheese...Alhamdulillah shima berpuas hati dengan hasilnya....thank you so much shima...:))








OREO CHEESECAKE 
by:K.Ummi 
resepi asal: CITARASAWAN (K.Wan)


Bahan Dasar: (asz guna loyang bulat 8 inci)


  • 200gm biskut oreo (di buang krimnya) 
  • 50gm mentega cair

Bahan-bahan Filing:


  • 500 gm keju krim
  • 110 gm gula kaster 
  • 1/2 tbsp esen vanila
  • 2 biji telur 
  • 200ml whipping krim 
  • 1 tbsp. lemon juice
  • 15 keping biskut oreo (di buang krimnya) 

*Acuan springform 4.5" @ 4 biji (Menghasilkan 4 biji mini cheese cake) atau acuan 8" menghasilkan satu biji.










Cara-cara Penyediaannya:


Base Kek :


  • Kisar halus biskut oreo dan gaul dengan mentega cair, tekan padat ke dalam acuan springform/loose base tin.
  • Kalau untuk loyang besar, masukkan kesemuanya dlm pan dan tekan. 
  • Bakar selama 5 minit pada suhu 150C. Angkat dan masukkan dalam freeze sementara filing siap..

Cara Penyediaan Bagi Filling: 

  • Pukul keju krim dan gula hingga sebati.
  • Masukkan esen vanila dan telur satu demi satu diikuti dengan whipping krim dan jus lemon. 
  • Putar hingga sebati.
  • Masukkan separuh aduanan filling, susunkan biskut oreo.
  • Kemudian masukkan aduanan yang selebihnya.
  • Bakar pada suhu 150C secara water bath selama 45-50 minit. 
  • Tutup suis oven dan renggangkan pintu oven biarkan kek sejuk di dalamnya selama 1 jam.
  • Longgarkan tepi kek dengan pisau tajam mengelilingi acuan. 
  • Biarkan sejuk, tutup dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman.
  • Keluarkan kek dari acuan dan hias mengikut suka















Sunday, 8 April 2012

BEN 10 BIRTHDAY CAKE for Ammar...

 BEN 10 CAKE 










Cake Ben 10 nie order daripada Kak Salwa sempena Birthday anak bongsunya Ammar Yaasin yang ke 4 tahun...Keknya asz buatkan coklat moist dan topping nya dgn fresh cream...Semoga Ammar "happy" dengan keknya...Happy Birthday to u boy....:))









CHOCOLATE MOIST CAKE

Bahan-Bahan:

  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 1/2 cwn gula
  • 1 cwn serbuk koko
  • 1 cwn susu cair
  • 1 cwn minyak jagung
  • 1 cwn air 
  • 2 biji telur
  • 2 sudu teh baking soda
  • 1/2 sudu teh baking powder








Cara-Cara Penyediaannya:

  • Panaskan oven 170c. Ayakkan tepung ,koko, baking soda dan baking powder.
  • Kacau rata kemudian masukkan gula dan kacau rata semula.
  • Masukkan satu persatu bahan-bahan yang lain dan kacau sehingga sebati.
  • Masukkan adunan ke dalam cup.
  • Kemudian bakar pada suhu 170c selama 20 minit.
  • Sebelum dikeluarkan dari oven pastikan kek masak sepenuhnya...caranya.. gunakan garpu atau lidi satay dan cucuk tengah-tengah kek jika tiada adunan yg melekat pada lidi tersebut maknanya kek telah masak sepenuhnya.
















Saturday, 7 April 2012

PUDING MANGGA COCKTAIL...

PUDING MANGGA

Assalamualaikum






Selamat malam semua.. ..N3 malam nie asz sharekan menu puding. Asz suka sgt tgk teksturnya yang lembik2 tue...laju je lalu ke dalam tekak...hehe...ermmmm sedap betul puding nie...dapat pulak ditambahkan pula dengan buah2an tin dan letak pulak dua tiga ketul ais....sedap2..lama tak makan...puding yang mudah dan simple,boleh lah mencubanya ;))











PUDING MANGGA BUAHAN KOKTEL


Bahan-Bahan:

  • 1 paket serbuk agar-agar (11 gm)
  • 4 cawan air
  • 1/2 tin susu cair 
  • 1 sudu besar pure mangga
  • 140 gm mangga kisar
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 1/2 sudu besar tepung jagung
  • Buah-buahan tin (asz letak longan,jagung tin dan kelapa madu)









Cara-Cara Penyediaannya:

  • Masak agar-agar dengan air dan gula hingga larut.
  • Sementara itu, campurkan tepung jagung dan air. Kacau rata dan ketepikan.
  • Bila campuran agar-agar telah larut, masukkan susu cair dan mangga kisar tadi, biarkan mendidih.
  • Masukkan tepung jagung.
  • Masukkan hirisan mangga dan kacau sebentar. Tutup api.
  • Tuangkan ke dalam loyang atau acuan pilihan yang telah dibasahkan terlebih dahulu.
  • Sejukkan dan hidangkan bersama buahan tin dan jagung tin.


















Friday, 6 April 2012

CHOCOLATE MOIST CAKE order from PRESANTH

CHOCOLATE MOIST CAKE

Assalamualaikum





Selamat pagi Sabtu semua....jam dah pukul 12 lebih...sambil menyiapkan pemprosesan SAPS sekolah....boleh la menyambil mengupdate blog...hehe


Kek nie order daripada Presanth...dia request choc moist cake yang ditabur dengan badam rangup...memang sedap..bila makan terasa berderap2 gigit badam tue... Alhamdulilah dia sangat berpuas hati dengan hasilnya...:))





CHOCOLATE MOIST CAKE

Bahan-Bahan:

  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 1/2 cwn gula
  • 1 cwn serbuk koko
  • 1 cwn susu cair
  • 1 cwn minyak jagung
  • 1 cwn air 
  • 2 biji telur
  • 2 sudu teh baking soda
  • 1/2 sudu teh baking powder






Cara-Cara Penyediaannya:

  • Panaskan oven 170c. Ayakkan tepung ,koko, baking soda dan baking powder.
  • Kacau rata kemudian masukkan gula dan kacau rata semula.
  • Masukkan satu persatu bahan-bahan yang lain dan kacau sehingga sebati.
  • Masukkan adunan ke dalam cup.
  • Kemudian bakar pada suhu 170c selama 20 minit.
  • Sebelum dikeluarkan dari oven pastikan kek masak sepenuhnya...caranya.. gunakan garpu atau lidi satay dan cucuk tengah-tengah kek jika tiada adunan yg melekat pada lidi tersebut maknanya kek telah masak sepenuhnya.










TQSM Presanth  :))

Thursday, 5 April 2012

OREO CHEESE CAKE order from MUNA

OREO CHEESE CAKE

Assalammualaikum






Selamat malam semua readers, sekejap je dah Khamis kan...rasa macam cepat sangat masa berlalu.Bagi students PMR asz tinggal beberapa bulan je lagi nak Xm...semoga segala urusan persediaan sebelum PMR dipermudahkan.

Malam nie asz dah tak boleh nak tido, lepas je maghrib tadi dalam baring tengok berita je dah terlelap sampai pukul 9 lebih....Nikmatnya tidurkan...dalam sekejap dah layan...hehe

N3 tengah malam nie ada ciskek yang di order oleh Muna.Resepinya asz ambil daripada K.Ummi,resepi yang mudah untuk readers mencuba..:))



OREO CHEESECAKE 
by:K.Ummi 
resepi asal: CITARASAWAN (K.Wan)

Bahan Dasar: (asz guna loyang bulat 8 inci)

  • 200gm biskut oreo (di buang krimnya) 
  • 50gm mentega cair

Bahan-bahan Filing:

  • 500 gm keju krim
  • 110 gm gula kaster 
  • 1/2 tbsp esen vanila
  • 2 biji telur 
  • 200ml whipping krim 
  • 1 tbsp. lemon juice
  • 15 keping biskut oreo (di buang krimnya) 

*Acuan springform 4.5" @ 4 biji (Menghasilkan 4 biji mini cheese cake) atau acuan 8" menghasilkan satu biji.








Cara-cara Penyediaannya:


Base Kek :

  • Kisar halus biskut oreo dan gaul dengan mentega cair, tekan padat ke dalam acuan springform/loose base tin.
  • Kalau untuk loyang besar, masukkan kesemuanya dlm pan dan tekan. 
  • Bakar selama 5 minit pada suhu 150C. Angkat dan masukkan dalam freeze sementara filing siap..

Cara Penyediaan Bagi Filling: 
  • Pukul keju krim dan gula hingga sebati.
  • Masukkan esen vanila dan telur satu demi satu diikuti dengan whipping krim dan jus lemon. 
  • Putar hingga sebati.
  • Masukkan separuh aduanan filling, susunkan biskut oreo.
  • Kemudian masukkan aduanan yang selebihnya.
  • Bakar pada suhu 150C secara water bath selama 45-50 minit. 
  • Tutup suis oven dan renggangkan pintu oven biarkan kek sejuk di dalamnya selama 1 jam.
  • Longgarkan tepi kek dengan pisau tajam mengelilingi acuan. 
  • Biarkan sejuk, tutup dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman.
  • Keluarkan kek dari acuan dan hias mengikut suka.