Friday, 6 January 2012

AYAM GORENG BEREMPAH

AYAM GORENG BEREMPAH

Assalammualaikum....

Menu nie sgt sesuai untuk dimakan dgn nasi lemak atau pun nasi ayam...tapi hari nie asz mkn bersama sambal  udang petai td...




Bila di goreng...pastikan nyalaan apinya tidak terlalu bsr.....bkn ape,nnti ayam belum msk tp rempah2nya dah hangus dulu...hehe

AYAM GORENG BEREMPAH


Bahan-bahan:


  • 1 ekor ayam ~ dipotong kecil

  • 5 biji bawang merah ~ ditumbuk
  • 4 ulas bawang putih ~ ditumbuk
  • 1 inci halia ~ ditumbuk
  • 3 sudu besar serbuk cili
  • 2 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 2 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 3-4 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu serbuk kunyit
  • 1 biji telur
  • Garam secukup rasa
  • Minyak





Cara2 penyediaannya :


  • Satukan ayam dengan semua bahan hingga sebati. 
  • Perap ayam selama 2-3 jam.
  •  Goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing.

Bolehlah dihidangkan panas2 bau dia je dah 

tergoda...lebih2 lagi bila bulan puasa....

Selamat mencuba....;))







SAMBAL TUMIS UDANG BERPETAI....bau x tahan...

SAMBAL TUMIS UDANG BERPETAI

Assalammualaikum...

Salam Jumaat yg ditunggu2....al-maklum esok cuti...hehe...seronok jgk kalau keje 3 hari seminggu...dapat plak mngajar disini...jauh bezanya drp 3 buah negeri lain yg asz pnh mngajar... 

Baru2 sampai sini thn lepas...terkejut asz dgn budaya kerja disini...kepala x pnh tenang asyik fikirkan keje ape lg yg belum settle...tue blum termasuk dgn xtvt JPN atau pun Perbadanan Putrajaya..... fuhhhh..mencabar... Tapi lama-kelamaan dpt jgk sesuaikn diri...InsyaAllah

Masak ape yea hari nie???  menu pilihan asz hari nie ialah sambal udang dgn petai...petai yg ada pun stok yg asz simpan beku....petai yg tlh dikupas kulitnya dan simpan dlm ruang beku...InsyaAllah kalu x blackout thn lama petai tue...:))


SAMBAL UDANG BERPETAI



Bahan2nya  :

  • 3 papan petai - keluarkan isinya
  • 300 gm udang 
  • 5 biji bawang merah - hiris nipis - tumbuk 3 biji..hiris 2 biji
  • 1 batang serai - ketuk
  • 1 sudu makan gula pasir
  • 1 sudu teh garam
  • 50 ml air
  • 2 sudu makan minyak untuk menumis


Bahan kisar halus :

  • 10 tangkai cili kering - buang biji
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 cm belacan
  • 1 biji bawang besar 




Cara Memasak
  • Panaskan minyak, tumis bawang merah hingga layu, masukkan bahan kisar.
  • Kacau rata dan masak hingga naik minyak.
  • Masukkan udang, petai, gula pasir, air asam, garam dan air. 
  • Masak hingga mesra dan mendidih. 
  • Masukkan hirisan bawang dan kacau rata.
  • Tutup api dan boleh la dihidangkan.


Wednesday, 4 January 2012

SAMBAL IKAN

SAMBAL IKAN TENGGIRI

Assalammualaikum...

Sambil2 menyiapkan RPH utk esok....entri yg terakhir asz selitkan utk mlm nie...rasenye ramai dh pakar msk nie...:)) sj nak menyemakkn blog asz nie...


Bahan2nya :

3 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 6 tangkai cili merah keriting
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar gula pasir
  • 5 tangkai cili padi
  • 1 keping asam keping
  • 1 sudu besar belacan



Bahan untuk ikan :

  • 2 keping ikan tenggiri 
  • Bersihkan ikan basuh dan toskan. 
  • Letak garam dan serbuk kunyit dan goreng seperti biasa.




Cara2nya utk sambal  :

  • Panaskan sedikit minyak, goreng cili dan bawang.
  • Setelah semuanya hampir garing, masukkan belacan, Toskan semua bahan gorengan dan tumbuk lumat bersama gula pasir dan garam.
  •  Tumis semula bahan yang telah di tumbuk sehingga wangi dengan minyak jagung(minyak masak pun boleh) hingga garing.
  •  Masukkan garam, asam keping dan bila dah garing masukkan ikan goreng tadi. Kacau dan kemudian rasa.
  • Angkat dan makanlah dengan nasi putih.



DONUT GEBU WITH LOVE

DONUT GEBU WITH LOVE

Assalamualaikum....

Selamat malam semua...hari pertama persekolahan yg mengujakan..hehe....kecoh bilik guru hari nie...
Maklum la lm dh bercuti...byk tugas perlu dibereskan...Nazir pun pagi2 lg dh jenguk sekolah...

Hari nie nak sharekan satu menu fav anak2 asz.....DONUT....donut pelbagai rupa jdk pilihan...tisya minat yg bentuk love...adik minat yg bentuk bear...ummi nye nak xnak ikutkan je...hurmmm


Donut nie asz buat sekali byk...yg lbh tue asz frozenkan jer...supaya sng bile dia org teragak nk mkn asz gorengkan jer...bile abis jer stok..kn la asz ulikan lg donutnye...


DONUT GEBU WITH LOVE


Bahan2nya :

  • 1 kilo tepung gandum
  • 1 paket yeast ( jenama Mauripan)
  • 1 1/2 mug air suam
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu  besar susu tepung
  • 5 sudu besar planta
  • gula halus/gula icing



Cara-cara

  • Bancuh yis dengan air suam dan gula.
  • Kacau sampai berbuih dan ketepikan sebentar hingga yis mengembang
  • Gaul tepung, susu tepung dan planta hingga berderai (jd ala-ala breadcrumbs)
  • Masukkan bancuhan yis tadi.
  • Gaul / uli hingga sebati. Mula-mula adunan akan melekat skit kt tangan, tp teruskan menguli hingga dah x melekat lagi.
  • Biarkan doh naik sebentar baru canai untuk diterap guna acuan donut.
  • Biar naik lagi, then baru goreng.
  • Bila warna donut tu cantik, perang skit, baru angkat dan toskan minyak.
  • Gaul dengan gula atau tuang coklat.


Selamat mencuba :))


Monday, 2 January 2012

PUDING ROTI MARBLE

PUDING ROTI MARBLE

Assalamualaikum....

Semoga hari nie lbh baik dr semalam...smlm lps Asar asz p melawat sedara dan jiran lama di HUKM... kedua2nya baru lps pembedahan...semoga mereka diberikan kesihatan yg lebih baik dan berpanjangan...dan cepat sembuh...InsyaAllah.

Untuk N3 hari nie.....,malam semalam suami asz bg tau kawan lama dia nak dtg rumah, tue yang lps subuh trs jenguk dapur tgk ape yg ade tuk di masak...

Asz tgk roti ada lg beberapa keping..so tue yg buat puding roti sebagai pencuci mulut...tapi tau x??? dah siap je puding roti ....suami plak bg tau member dia x jdk dtg...ada hal last minit...hmmm...mmg rezeki kwn2 asz kat sekolah la Rabu nie...:))


PUDING ROTI MARBLE


Sumber : Pn Hana Kanazawa

Bahan-bahan


  • 4 keping roti
  • 2 biji telur (asz x ltk)
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 8gram serbuk agar2
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkan
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air 
  • 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)
  • pewarna pink


Cara-cara

  • Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
  • Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan baki air tadi (1/2 cwn).
  • Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
  • Masukkan butter dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
  • Bahagi kepada 3. satu adunan biarkan warna asal.  
  • Satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco dan satu lagi masukkan pewarna pink 2 titik. kacau cepat2!



  • Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis!
  • Ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.


  • Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. 
  • Boleh la dihidangkan.Enak dmakan ketika sejuk..
Selamat mencuba..:))




Sunday, 1 January 2012

Senja di Bagan Lalang, Sepang

SENJA DI BAGAN LALANG

Ptg semalam asz n kiddos follow husband jumpe mmbr lamanya di usm dulu di Bagan Lalang...Kira mcm mini reunion jgk la....Tujuan utamanya nak shoot pic senja di sana...so nie antara pic yg di ambil...
.....














Mee Bandung Muar...

MEE BANDUNG MUAR

Assalammualaikum....

Selamat pagi semua...berkobar2 hari kedua di tahun baru nampaknya...:)) asz plak semakin lemah semangat...sebabnya tggl sehari je lg cuti sekolah...huhu...eisyhh2 ape nak jdk la asz niekan...
Tahun nie asz mengajar Tingkatan 1,3,4 dan 5... bersilat semula la asz jawabnya thn nie...:))

Banyak urusan perlu diselesaikan....urusan tadika Haziq kena dibereskan hari ini...esok adalah hari pertama dia belajar di Tadika Permata,Presint 5...
Semoga anak bujang ummi dapat menyesuaikan diri di tempat baru...


Pertama kali asz jenguk tadika tersebut di Putrajaya, terkejut asz melihatkan kelengkapan yang ada...jauh berbeza dgn taska yg asz hantar sebelum ini...dr kelengkapan,taman permainan,menu2 makanan selama sebulan dan bilik2 khas seperti bilik tidur,kelas belajar, modul belajar dan lain2 tersedia...sebab tu lah agaknya...bajet belanjawan pada tahun lepas, PERMATA antaranya yg mendapat bajet yg tertinggi..Alhamdulilah semoga urusan belajar dan transit Haziq disini sehingga jam 5 pm dimudahkan....

Panjang meleret asz bercerita...kita balik pada tujuan asal iaitu asz nak kongsikan bersama menu sarapan asz n family pd pagi ini iaitu Mee Bandung Muar...



Resepi nie asz lihat dari dapur Rozliani..dari Anjung web...sebenarnya banyak lagi resepi Mee Bandung yg terpapar di mana2 blog skrg ..bleh jer pilih yg mn 1 menawan hati k...:))



MEE BANDUNG MUAR
By : Rozliani
Bahan : Anjung Web


Bahan -bahan:
500 gram mee kuning 
10 tangkai cili kering (boleh ditambah jika mahu lebih pedas)
5 ulas bawang puting
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang besar
50 gram udang kering (direndam dan ditumbuk halus)
100 gram udang biasa
200 gram tulang lembu (direbus, air rebusan juga digunakan sebagai kuah )
100 gram sawi (dipotong sekitar 1 inci )
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara Memasak:
Kisar cili kering, bawang dan udang kering sehingga halus.
Tumis bahan yang dikisar tadi sehingga naik bau .
Masukkan tulang lembu beserta air rebusan. Biarkan sehingga mendidih.
Kemudian masukkan sawi dan udang tadi.
Tambahkan gula dan garam secukup rasa.
Boleh ditambah dengan telur untuk setiap pinggan hidangan.