Tuesday, 21 February 2012

KUEY TEOW KERANG

KUEY TEOW KERANG

Assalammualaikum





Selamat pagi semua....sarapan ape hari nie????asz semalam teragak nak makan kuey teow, tue yang ke kedai  Pak Aji Presint 8 beli kerang dan kuey teow. 1st time ke kedai Pak Aji hari tue, kagum jugak tengok kedai runcit modennya. Hiasan dalaman kedai yang menarik dan barang2nya juga pelbagai, ada barang dapur basah dan kering. 




Memang sebelum nie agak sukar juga warga Putrajaya nak dapatkan kedai runcit macam kat kampung, yang semua macam barang ada.Tue yang bila ada kedai Pak Aji nie senang la skit, bila asz teragak nak masak ape esoknya... malam2 lepas maghrib pun boleh nak p beli barang basah.




Kuey Teow kerang nie macam biasa la bekalan asz dan en.asben ke tempat kerja. Mudah bawa bekal nie tak yah la asz tergesa2 nak ke kantin sekolah asz yang agak jauh juga dari bilik guru. Dalam masa yang sama boleh buat kerja sambil makan bekal. Kerja??? banyak.....Sape yang mengajar di Putrajaya saje yang tau macam mana penangannya mengajar di Putrajaya. Jauh bezanya bila asz mengajar di Johor, Melaka dan Kedah.




Kuey Teow nie asz suka letak kerang lebih, baru terasa skit sedapnya. Dapat pula anak bujang asz asyik mencari kerang je, kuey teow nya makan skit2 jer...sampaikan stok ummi dan ayah pun dia minta...huhu
Kuey teow ni kalau buat basah2 pun sedap, tapi macam lembik2 gitu...hehe


KUEY TEOW KERANG

Bahan-bahannya:
  • 1 paket Kuey Teow 
  • kerang (1/2 cawan) 
  • 2 ulas bawang putih 
  • 3 ulas bawang merah 
  • 3 sudu cili mesin / boh 
  • sos tiram 
  • kicap manis 
  • kicap pekat 
  • telur 2 biji 
  • 1 mangkuk kecil taugeh 
  • 1/2 mangkuk kecil kucai 


Cara-cara Penyediaannya:
  • Panaskan minyak, goreng hancur telur ketepikan.
  • Tambah minyak di tgh kuali gorengkan kerang 
    setengah masak, tumis bawang putih, merah & cili mesin sehingga cili masak. 
  •  Gaulkan bersama kerang & telur tadi. 
  • Masukkan kuey teow. Bubuh kicap pekat,kicap manis & sos tiram. Gaul rata & rasakan garamnya. 
  • Akhir sekali masukkan taugeh & kucai. Hidangkan bersama cili hijau jeruk.






No comments:

Post a Comment