BERIANI AYAM
Assalammualaikum
Lama tak masak lauk nie, kebetulan adik asz ,imah ada beli sekilo rempah beriani kirim kawannya orang Batu Pahat. Batu Pahat kan memang terkenal dengan nasi Beriani dan lauk-pauk Beriani...Boleh je ubah-ubah guna daging lembu atau daging kambing.
Adik asz kata dia ingatkan skit je sekilo, tapi bila dah dapat...hah!!! amik kau sepalastik besau...mak pun bising macam nak mandi rempah jer gamaknya...hehe
Lauk nie asz saingkan dengan nasi putih je, untuk bekal kami bertiga semalam. Asz pernah juga try masak Beriani sebelum nie...tapi rempah yang dari Batu Pahat nie memang agak berbeza rasanya...aromanya...mengancam!!!! hehe.
Patut lah Kak Fatibah,kakak di sekolah Rahmat dulu cakap rempah Beriani Batu Pahat lagi sedap. So sesiapa teringin untuk mencuba lauk nie...boleh la tanya2kan dan kirim sesiapa yang duduk di Batu Pahat...tapi kalau dah xde tue,rempah Beriani biasa pun ok :))
AYAM MASAK BERIANI
Bahan-bahan untuk tumis:
- Bawang putih (blend)
- Bawang merah (blend)
- Halia (blend)
- Cili kering (blend)
- Bunga lawang, cengkih, kayu manis dan buah keras
Bahan-bahan lain:
- Santan 1 biji kelapa
- Ayam 1/2 ekor (diperap dgn rempah beriani 1/2 jam)
- Tomato puri 2 sudu
- Rempah beriani 3 sudu
- Daun sup dan daun saderi dipotong2 kecil
- Lada besar warna hijau
- Sedikit kismis
Cara-cara Penyediaannya:
- Tumis bahan2 yang diblend bersama dengan rempah ratus.
- Kemudian masukkan rempah beriani
- Apabila pecah minyak, masukkan ayam yang telah diperap dengan rempah.
- Masukkan sedikit air dan masak sampai kering sedikit.
- Kemudian masukkan santan dan masak sampai ayam betul-betul empuk dan hampir kering.
- Apabila dah hampir kering, masukkan daun sup, daun saderi, kismis dan tomato puri beserta lada hijau.
- Biarkan seketika dan naik bau.
- Siap dan boleh dihidangkan
No comments:
Post a Comment