Wednesday, 4 April 2012

CENCARU BAKAR BERLADA pun boleh....BERSAMBAL pun bolehhh...

CENCARU BAKAR BERSAMBAL


Assalammualaikum 









Lama dah tak postkan N3 masakan...asik kek je kan...:))so N3 malam nie asz buatkan menu simple je iaitu cencaru bakar bersambal...bersayurkan salad...hehe


Sedap jugak sekali sekala ikan bakar bergabung dgn sambal,selalunya kita goreng je ikan tue dulu...ada juga yang belahkan ikannya dan sumbatkan sambalnya dlm belahan tadi... cara asz, cuma bakar ikannya terlebih dulu kemudian curahkan sambal berladanya atas ikan td...asz buatkan juga kuah kicap asamnya...untuk dicicah dengan ikannya...ermmm sedap...try la nanti k  :))









CENCARU BAKAR BERLADA



Bahan-bahannya:


  • 3 ekor ikan cencaru saiz sederhana besar
  • 1 senduk cili kering dikisar
  • 3 biji cili merah saiz besar 
  • 5 biji bawang merah 
  • 1 biji bawang putih 
  • 1/2 inci halia 
  • sedikit belacan 
  • air asam jawa secukupnya 
  • garam dan gula secukupnya


















Cara-cara Penyediaannya:


  • Ikan cencaru disiang dan dicuci bersih. Lumurkan dengan sedikit garam dan bakar sehingga masak.
  • Kisar bahan-bahan iaitu bawang,halia dan belacan dengan air asam jawa secukupnya.
  • Tumiskan cili kering kisar diikuti dengan bahan-bahan lain yang dikisar hingga masak dan terbit minyak.
  • Masukkan garam dan gula secukupnya.
  • Setelah sebati, curahkan sambal tadi di atas ikan yang dibakar tadi.
  • Hidangkan.




























1 comment:

  1. salam kenal asmah..ini menu peberet sy..mmg sedap dimasak sumbat sambal @ curah sambal gini.. :)

    ReplyDelete