PATIN MASAK TEMPOYAK
Assalammualaikum dan selamat petang semua readers yang dirindui....
Lama sangat dah tak berasap dapur asam garam.... minggu lepas demam panas menyerang...lepas jer training bola jaring, mandi terus terbaring lemah...malam tue jugak p Klinik di Sri Kembangan n dapat MC sehari...asz nie jarang2 demam tapi kalau sekali kena...memang seram sejuk jer badan dan mengigil2...alhamdulilah semakin sembuh...
Esok bermulanya Kejohanan Bola Jaring Peringkat Negeri iaitu Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur, doakan yea... mudah2an 4 team Putrajaya mencapai kejayaan yang membanggakan tahun nie,hasil penat lelah kami semua selama 2 bulan berlatih...aminnnn
Ikan Patin nie k.lang yang bagi,dia belikan asz 2 ekor ikan Patin sangkar siap dengan bunga kantan + daun kesum,dia beli di Temerloh,balik dari Genting Ahad lepas dia ke sana,asz x dapat nak join sebabnya en.asben ada kelas hari tue...petang tue juga asz masak,letakkan daun kesum,bunga kantan dan timun....baunya jer dah semerbak....fuhhh memang sedap!!!.. lama x makan...;))
PATIN MASAK TEMPOYAK
- Satu ekor ikan Patin (patin sangkar)
- 2 ulas kunyit hidup (ditumbuk halus)
- 20 biji cili api (ditumbuk halus)
- 2 senduk tempoyak (agak2, nak pekat letak lebih lagi)
- 1 biji timun (dipotong serong)
- 1 ikat daun kesum
- 1 kuntum bunga kantan
- 3 cawan air (ikut kepekatan)
- garam (ikut rasa)
- gula (kalau agak terlalu pedas)
Cara-cara Peyediaannya:
- Ikan dibersihkan dan diperapkan dengan asam jawa dan limau nipis untuk menghilangkan bau hanyir.
- Kunyit hidup dan cili api ditumbuk halus dan digaulkan dengan tempoyak tadi masukkan ke dalam periuk yang diletakkan air gaul sehingga rata masukkan juga asam keping,
- Masak dan kacau selama 3 minit baru masukkan ikan yang terlebih dahulu dibersihkan, masukan bunga kantan, daun kesum dan timun cina.
- Masukkan garam, jangan terlampau masin, kalau agak2 pedas sangat masukkan gula sikit.