ROTI KULIT KAYU MANIS
(CINNAMON ROLLS)
Assalamualaikum ...
Selamat malam semua...lm dah x bersiaran...agk bz dgn kerja2 sekolah...Al-maklum..tggl beberapa hari je lg nak bukak sekolah...segala benda kn disiapkan termasuklah persiapan tuk anak2.
Semoga thn hadapan segala urusan kerja dan anak2 dimudahkan..amin...:))
Kesempatan ini asz nak sharekan 2 resepi roti ..asz gunakan doh yg sama tapi doh tersebut dibahagi 2 tuk menghasilkan 2 jenis roti yg berlainan...
Bkn saje nk menyusahkan diri... tp disebabkan yg dewasa x sukakan sosej yg kanak2 pulak sibuk sgt request nak sosej rolls...tue yg nak xnak turutkan jgk la...alahaiii
ROTI KULIT KAYU MANIS
(CINNAMON ROLLS)
Resepi : sualeen
Rujukan : Ratuhati
Bahan-bahan:
- 400 g tepung roti
- 20 g susu tepung
- 70 g gula kastor
- 1/4 sudu teh garam
- 11 g yis segera (sepeket)
- 40 g lemak sayuran
- 1 sudu besar pelembut roti
- 1 biji telur (pukul sedikit)
- 250 ml air
- Tepung gandum untuk menguli
|
ROTI GULUNG SOSEJ ( SAUSAGE BUN ROLL ) |
Bagi roti gulung sosej pula, doh yang sama digunakan cuma penambahan bahan...
- sosej
- bijan
- kuning telur
- majerin
Caranya :
- Bahagikan adunan pada 60 gm setiap dan buatkan bulat2. Ketepikan.
- Ambil 1 doh dan gelek supaya menjadi panjang (macam kopok lekor) dan lilitkan dikeliling sosej
- Perapkan sehingga saiz roti naik sekali ganda.
- Sapukan dengan kuning telur dan taburkan sedikit bijan.
- Bakar dalam suhu 200'C selama 20 -25 minit atau sehingga kuning keemasan.
- Keluarkan dan sapukan majerin untuk kelihatan berkilat dan menarik.
- Keluarkan dan sapukan majerin pada roti yg telah masak.
No comments:
Post a Comment