Tuesday, 27 December 2011

IKAN TENGGIRI MASAK ASAM PEDAS MELAKA

ASAM PEDAS MELAKA

Assalamualaikum.....

Selamat petang semua.....lama dah x bersiaran disini...agak sibuk melayan mak,adik n anak-anak buah yg datang bercuti di rumah asz selama 3 hari 2 malam...Penat tapi sangat seronok bila dia orang datang...

Asz berasal dr Melaka ...kalau sebut Melaka sure ramai yg dah sedia maklum masakannya yang terkenal....iaitu Asam Pedas....so hari nie asz kongsikan bersama resepi asam pedas melaka...


ASAM PEDAS MELAKA


Bahan ini dikisar:  
  • 1 labu bawang besar 
  • 5 biji bawang merah 
  • 25 tangkai cili kering 
  • 1 inci halia 
  • 1 sd besar jintan manis 
  • ½ sd teh lada hitam 
  • 1 inci kunyit hidup 
  • 3 ulas bawang putih 






Bahan tumis : 


  • 1 labu bawang besar dihiris halus 
  • ½ sd teh halba 
  • 5 tangkai daun kari (leraikan) 
Bahan-bahan lain:
  • 5 keping ikan tenggiri atau ikan parang atau 1 ekor ikan terubuk (dibersihkan) 
  • 2/3 cawan minyak masak
  • 3 sd besar asam jawa campurkan dengan ¾ cawan air 
  • 1.5 liter air 
  • 2 biji tomato - potong 4 
  • 1 batang terung - potong 
  • 10 biji bendi 
  • 2 tangkai bunga kantan - dipecahkan 
  • 1 sd besar garam 
  • 1 mangkuk lada mesin/cili boh




Cara Membuatnya:
  • Panaskan belanga dan masukkan minyak. Tumis bawang hiris hingga kuning dan masukkan bahan tumis yg lain, biarkan naik bau. 
  • Masukkan bahan kisar dan garam, tumis hingga pecah minyak. 
  • Masukkan air asam jawan dan kacau sebentar hingga naik minyak. Masukkan ikan dan sebatikan bersama bunga kantan. 
  • Masukkan air,  bendi dan bahan lain kecuali tomato. 
  •  Tutup dan biar renih pada api kecil hingga mula pekat dan masukkan tomato. Biarkan 5 minit baru diangkat.




Tambahan

Jika suka boleh masukkan 1 sd besar gula.
Belacan juga boleh ditambah dengan bahan kisar. Untuk menyedapkannya goreng belacan dengan sedikit minyak terlebih dahulu. Gunakan 1 sd besar untuk resipi ini. Boleh juga dimasukkan daun kesum



1 comment:

  1. meleleh air sy hehehe
    jemput ke blog sy
    http://umiadamfaris.blogspot.com/

    ReplyDelete