Saturday, 14 July 2012

ANGRY BIRD CUPCAKES order from KAK MAZNAH

ANGRY BIRD CUPCAKES

Assalammualaikum dan selamat pagi semua.... 
Apa khabar semua hari nie???semoga kalian sihat2 belaka...amin..;))Hari nie hujung menggu terakhir sebelum kita menyambut bulan Ramadhan minggu depan...ramai asz dengar yang sibuk keluar membeli-belah pakaian raya di Jln TAR hari nie... 
Selamat bershopping sakan ..:))

Salam Ramadhan daripada asz buat  rakan-rakan blog  dan readers tersayang.....semoga menu2 di dalam blog "Asam Garam" yang x seberapa nie dapat memberi inspirasi dan ilham member2 asz dalam menyediakan juadah2 berbuka dan bersahur nanti..:)) "Selamat Berpuasa "  InsyaAllah akan di updatekan menu2 asz di bulan Ramadhan nanti....hehehe....








Hari nie asz sekeluarga ke sukaneka haziq....gelak tengok gelagat kanak-kanak pagi2 nie...ada yang kanak2 4 tahun masuk acara siap hisap botol susu sambil berlari...ada yang menangis2 xnak join n mintak dukung...jenuh jugak la cikgu2 tadika mengawalnya....fuhhhh mencabar jugak bila jadi cikgu tadika nie kan...menjadi kita lebih sabar...berbanding mengajar pelajar sekolah menengah macam asz nie...






Cc angry bird nie di order oleh Kak Maznah sempena Birthday anak2 perempuannya "Izah n Yaya"... Happy Birthday drp auntie...:))






CHOCOLATE MOIST CAKE

Bahan-Bahan:

  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 1/2 cwn gula
  • 1 cwn serbuk koko
  • 1 cwn susu cair
  • 1 cwn minyak jagung
  • 1 cwn air 
  • 2 biji telur
  • 2 sudu teh baking soda
  • 1/2 sudu teh baking powder



Cara-Cara Penyediaannya:

  • Panaskan oven 170c. Ayakkan tepung ,koko, baking soda dan baking powder.
  • Kacau rata kemudian masukkan gula dan kacau rata semula.
  • Masukkan satu persatu bahan-bahan yang lain dan kacau sehingga sebati.
  • Masukkan adunan ke dalam cup.
  • Kemudian bakar pada suhu 170c selama 20 minit.
  • Sebelum dikeluarkan dari oven pastikan kek masak sepenuhnya...caranya.. gunakan garpu atau lidi satay dan cucuk tengah-tengah kek jika tiada adunan yg melekat pada lidi tersebut maknanya kek telah masak sepenuhnya.
















2 comments:

  1. Slmt berhujung minggu As.comeinya cc angry bird versi girl..siap pakai riben....padan pula dg casing angry bird .angry bird ni As buat guna fondant ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks mama....:)) hehehe...saje pakaikan reben sbb besday girl punye..haa'ah asz gn fndnt...

      Delete