Tuesday, 29 May 2012

RED VELVET CAKE for TEACHERS DAY

RED VELVET CAKE

Assalammualaikum dan selamat malam semua...







Apa khabar semua....asz harapkan semuanya baik2 belaka hendaknya...terima kasih di atas kunjungan anda ke dapur asam garam asz yg kejap "on" kejap "off" nie....:))

Sebenarnya banyak N3 yang nak asz updatekan.... tapi disebabkan masa yang sgt mencemburui asz.... apa kan daya...maka banyak lah N3 yang tertangguh... angah member baik asz pun dah tanye..x update blog ke???sabau yea ngah :))

So malam nie ku gagahkan jua mengupdate..heehee. 

RV kek nie di tempah khas oleh Badan Pengawas SMKPP11(2) sempena hari guru yang lepas...di order seberat 5 kg,asz buatkan 3 lapis dgn 3 tone kaler yang berbeza...manarik sgt...petama kali membuat tempahan seberat nie..al-maklum Mr-Oven asz comel lote jer...:))  ada rezeki nnti akan ku sambau yang besau....InsyaAllah



RED VELVET CAKE


Bahan-bahan Untuk Kek :

  • 2 1/2 cup ( 250gm ) tepung 
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 sudu besar (15gm) serbuk koko
  • 1/2 cup (113gm) unsalted butter
  • 2 1/2 cup (300gm) gula (asz gn 250gm)
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 cup ( 240ml) buttermilk
  • 2 sudu besar pewarna merah @ merah jambu
  • 1 sudu teh cuka @ white distilled vinegar
  • 1 sudu teh baking soda

* kalau takde buttermilk jangan susah-susah, ambil susu segar pada suhu bilik sebanyak 240ml kemudian tambahkan 1 sudu besar cuka @ lemon juice.. biarkan selama 5-10 minit.










Cream cheese frosting: 

  • 250gm cream cheese
  • 30gm butter
  • 1 sudu besar perahan lemon @ lime
  • 1 sudu besar esen vanilla
  • 1 sudu besar susu segar
  • 100gm gula ising


Cara-cara Penyediaan Cream Cheese Frosting :
  • gunakan electric mixer, mix cream cheese sampai creamy.
  •  Masukkan bahan-bahan lain.. butter + perahan limau + esen vanilla + susu segar + gula ising.

Cara-cara Penyediaan Kek:  


panaskan oven: 175 c
  • Ayak serbuk koko dan tepung dalam satu bekas dan kacau.
  • Campurkan buttermilk dengan pewarna merah @ pink
  • Dalam bekas lain, mix kan butter sampai kembang dan creamy, kemudian tambah gula dan pukul lagi sampai kembang dan sebati. 
  • Masukkan vanilla esen, mix. Masukkan telur satu persatu. Lepas satu biji telur, mix. Kemudian masukkan satu lagi telur dan mix lagi.
  • Kemudian masukkan tepung+koko yang sudah diayak secara berselang seli dengan buttermilk. masukkan tepung, mix.. then masukkan buttermilk mix sampai habis kesemuanya.
  • Bila dah sebati, campurkan 1 sudu teh baking soda dan 1 sudu teh cuka sampai ada bubbles. Then cepat-cepat masukkan dalam batter yang dah di mix tadi ok! kemudian terus masukkan dalam cup...
  • Bagi memudahkan dan bersih ketika masukkan adunan dlm cup bleh la gunakan piping beg...
  • Bakar selama 15 minit @ sehingga masak.
  • Sejukkan, kemudian bleh la deco kek mengikut kreativiti msg2 menggunakan cheese frosting td...
  • Sejukkan dan boleh lah dihidangkan....









Saturday, 19 May 2012

BUTTERFLY RAINBOW CUP CAKE...Hadiah Hari Guru buat Cikgu Tisya n Haziq dan Team Bola Jaring SMKPP11(2)...Thanks frens!!!

BUTTERFLY RAINBOW CUPCAKES


Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu semua...








 Apa khabar semua readers yang disayangi....terima kasih di atas kunjungan anda semua ke dapur Asam Garam yang sekali sekala berasap nie..hehehe....

Semalam asz ke Sekolah Seri Bintang Selatan KL...ada nettball game sempena Hari Guru peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur + Putrajaya...Asz daripada team Putrajaya hantar 3 group...Alhamdulilah group asz berjaya ke final dan mendapat Naib Johan Wilayah...InsyaAllah hadiah RM 300 dan medal akan disampaikan pada Majlis Makan Malam sambutan Hari Guru Wilayah di KL pada hari Selasa malam... Alhamdulilah berkat main suka n no stress...kami berjaya...:))


Panjang lebau sangat bercerita pasal bola jaringkan...hehe..Cuba tengok cupcakes asz hari nie??? cantik n cute tak???cantik kan...hehe (angkat bakul pulak!!!!)  asz suka sangat..1st time kat blog K.Ita terus jatuh hati termimpi2...hehehe 


Asz buatkan untuk semua cikgu2 Prasekolah Tisya dan cikgu2 Tadika Permata Haziq....terima kasih di atas jasa cikgu2 yang mengajar mereka selama ini...terima kasih sangat2...walaupun asz cikgu,tapi asz rasa tugas guru-guru yang mengajar di peringkat awal kanak2 lebih mencabar..terutamanya di peringkat kanak2 untuk mengenali dan menguasai 3M (Membaca,Menulis,Mengira).....


Cupcakes nie jugaasz buatkan untuk semua geng2 pemain Bola Jaring team SMK11(2) sempena Hari Guru peringkat Putrajaya,kami berjaya mendapat Naib Johan...Thank You So Much di atas kerjasama semua...n Tahniah!!!!  :))


"Terima Kasih Cikgu"....sedihkan ayat tue...bila anak2 murid ucapkan rasa terharu sangat...pejam celik dah 11 tahun asz mengajar...Inilah permintaan arwah abah...hendakan semua anak2 perempuannya menjadi cikgu...katanya senang bila cuti sekolah kami dapat berkumpul adik beradik...ermmmm...rindu abah..:((


Alhamdulilah sebanyak 4 buah sekolah asz telah mengajar dalam 11 tahun nie...semuanya ada cerita dan pengalamannya tersendiri...kasih sayang teacher buat semua pelajar2 teacher xpernah hilang....terima kasih di ats kerjasama kamu semua...ingat kata2 teacher..." Kejayaan kamu adalah kepuasan dan kejayaan teacher"...dan bagi yang tidak berjaya InsyaAllah rezeki kamu ada bahagiannya masing2 kelak...Salam sayang untuk semua teman2 seperjuangan dan pelajar2...Miss u all...SMK Dato' Penggawa Barat Pontian, SMK Rahmat Melaka, SMK Bandar Bukit Kayu Hitam Kedah, SMK Putrajaya Presint 11(2) Putrajaya....

















BUTTERFLY RAINBOW CUPCAKES


Resepi asal dari RAINBOW CAKE 


By : Whisk Kid
The Martha Stewardt Show, April 2010
Sumber: K.Ita Masam Manis


Bahan-bahannya:

  • 11/2 cwn tepung gandum
  • 2 sdk baking powder
  • Secubit garam garam
  • 1/2  cwn butter (suhu bilik)
  • 3/4 cwn gula castor (asz kurangkan)
  • 3 biji putih telor( suhu bilik ~ saiz B)
  • 1sdk esen vanila
  • 3/4 cawan susu segar (suhu bilik)



Cara-cara Penyediaannya:

  • Ayakkan tepung, baking powder dan  garam ~ ketepikan
  • Panaskan oven pada suhu 170 C
  • Sediakan paper cup putih secukupnya dan susun dalam muffin tray
  • Ayakkan tepung, baking pwder dan  garam ~ ketepikan
  • Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan  gebu atau butter bertukar warna putih .
  • Masukkan telur putih  dan pukul lagi sampai gebu dan ringan
  • Masukkan esen vanila
  • Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar
  • Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.
  • Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan

  • Letakkan pewarna dalam setiap bekas dan gaul rata
  • Tompokkan setompok setompok warna berlainan warna dan berselang seli dalam paper cup
  • Buat hingga semua adunan habis
* untuk mudah masukkan adunan dalam plastik bag atau pipping bag
  • Gunakan lidi bersih dan buatkan satu putaran pada permukaan kek
  • Bakar dalam oven selama 25 minit atau sehingga kek masak sempurna.

Cara membuat rama-rama
  • Potong permukaan cupcake dengan pisau
  • Permukaan kek yang dah di potong tu kita potong pula pada 2 bahagian ~ rujuk gambar di atas
  • Paipkan cream atau buttercream atas permukaan kek yang telah di potong
  • Kemudian susunkan permukaan kek untuk membentuk rama-rama
  • Letakkan manik sebagai badan rerama

Untuk Cream kalau nak buat yang tahan lama macam kita nak buat hantaran dan tak mau dia cepat cair dalam perjalanan asz cadangkan cuba resepi ni








































BUTTERCREAM




Bahan-bahannya:

  • 80 gm butter
  • 250 gm creamwell
  • 1/2 cawan icing sugar
  • 1/4 cawan golden sirap

Cara-cara Penyediaannya:

  • Potong butter kiub. Satukan butter bersama cream wel dan pukul hingga kembang dan putih
  • Icing sugar di ayak. Masukkan icing sugar dan golden sirap ke dalam butter yg telah dipukul kembang tadi. Gaul rata semua bahan ini dengan menggunakan spatula aje hingga bercampur sebati.
  • Kemudian bolehlah di letakkan pewarna mengikut warna pilihan.
  • Masukkan butter cream dalam piping bag dengan nozel pilihan dan bolehlah paip kan pada kek.












FRESH CREAM FROSTING 

By: Wilton
Rujukan : Kak Cek

Bahan-bahannya:
  • 2 cawan Non Dairy Whip Topping ~ pastikan dari peti ais
  • 1/2 cawan gula icing
  • 1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara Penyediannya:
  • Menggunakan Stand @ hand mixer....whisker....pukul whip topping sehingga agak kental...
  • Masukkan gula icing ,vanila esen dan pukul lagi hingga frosting fresh cream betul2 'stiff '
  • Siap dah,boleh gunakan utk deco cupcake tadi...
  • Decoration ikut citarasa dan kreativiti masing2..








Asz gunakan cream cheese frosting untuk hiasan...

CREAM CHEESE FROSTING

Bahan-bahannya:

  • 250gm cream cheese
  • 30gm butter
  • 1 sudu besar perahan lemon @ lime
  • 1 sudu besar esen vanilla
  • 1 sudu besar susu segar
  • 100gm gula ising


Cara-cara Penyediaannya:

  • gunakan electric mixer, mix cream cheese sampai creamy.
  •  Masukkan bahan-bahan lain.. butter + perahan limau + esen vanilla + susu segar + gula ising.
  • Decoration ikut citarasa atau kreativiti masing2...:))








Cupcakesnya asz masukna dalam kotak2 yang comel2 nie....menarik sangat kan????hehehe..."Terima Kasih Cikgu"











Friday, 11 May 2012

RED VELVET CUP CAKE lagi...hmmm

RED VELVET CUP CAKE


Assalammualaikum dan selamat pagi semua...







Selamat hari ibu buat semua ibu2 dan bakal2 ibu .... balik dari sekolah tadi, asz dapat dua hadiah hari ibu drp tisya n haziq....hand made fridge magnet card dan choc cup cake daripada tisya...xcited sgt suruh asz makan kek yg dia n cikgunya buat di sekolah...balik jer rumah trs lekatkan di fridge hasil kerja tangannya tadi...n haziq pulak buatkan kad hari ibu...cute,bentuk bulat....hmmm....sekejap dah besar anak2 ummi....Thanks sayang...Ummi Loves u too...3,4,5,...


Esok asz ada game sempena Hari Guru next week...pertandingan bola jaring guru2 Putrajaya... team main redah jer sape yg ada...sekolah kecik,guru x ramai mana...cukup2 7 pemain jer...huhu...bak kata member2...ada yang sakit lutut main takde simpanan...apa2 pun esok yang mendatang...semoga dipermudahkan...doakan la kejayaan kami yea...hehehe








RV CC nie asz buatkan sempena hari ibu....lama pulak tak buat...sekali sekala buat untuk makan sendiri sedap jugak..."Selamat Hari IBU"





RED VELVET CUP CAKE

Bahan-bahan Untuk Kek :
  • 2 1/2 cup ( 250gm ) tepung 
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 sudu besar (15gm) serbuk koko
  • 1/2 cup (113gm) unsalted butter
  • 2 1/2 cup (300gm) gula (asz gn 250gm)
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 cup ( 240ml) buttermilk
  • 2 sudu besar pewarna merah @ merah jambu
  • 1 sudu teh cuka @ white distilled vinegar
  • 1 sudu teh baking soda
  • cup


* kalau takde buttermilk jangan susah-susah, ambil susu segar pada suhu bilik sebanyak 240ml kemudian tambahkan 1 sudu besar cuka @ lemon juice.. biarkan selama 5-10 minit.

















Cream cheese frosting: 
  • 250gm cream cheese
  • 30gm butter
  • 1 sudu besar perahan lemon @ lime
  • 1 sudu besar esen vanilla
  • 1 sudu besar susu segar
  • 100gm gula ising

Cara-cara Penyediaan Cream Cheese Frosting :
  • gunakan electric mixer, mix cream cheese sampai creamy.
  •  Masukkan bahan-bahan lain.. butter + perahan limau + esen vanilla + susu segar + gula ising.

Cara-cara Penyediaan Cup Cake:  

panaskan oven: 175 c
  • Ayak serbuk koko dan tepung dalam satu bekas dan kacau.
  • Campurkan buttermilk dengan pewarna merah @ pink
  • Dalam bekas lain, mix kan butter sampai kembang dan creamy, kemudian tambah gula dan pukul lagi sampai kembang dan sebati. 
  • Masukkan vanilla esen, mix. Masukkan telur satu persatu. Lepas satu biji telur, mix. Kemudian masukkan satu lagi telur dan mix lagi.
  • Kemudian masukkan tepung+koko yang sudah diayak secara berselang seli dengan buttermilk. masukkan tepung, mix.. then masukkan buttermilk mix sampai habis kesemuanya.
  • Bila dah sebati, campurkan 1 sudu teh baking soda dan 1 sudu teh cuka sampai ada bubbles. Then cepat-cepat masukkan dalam batter yang dah di mix tadi ok! kemudian terus masukkan dalam cup...
  • Bagi memudahkan dan bersih ketika masukkan adunan dlm cup bleh la gunakan piping beg...
  • Bakar selama 15 minit @ sehingga masak.
  • Sejukkan, kemudian bleh la deco cup cake mengikut kreativiti msg2 menggunakan cheese frosting td...
  • Sejukkan dan boleh lah dihidangkan....














Tuesday, 1 May 2012

BUBUR NASI BERDAGING buat org yg x berapa nak sihat nie....

BUBUR NASI LETAK DAGING


Fuhhhh...fuhhhhh....banyak sangat sawang dah blog asz nie...lama sangat dah x berasap dapur asam garam...hehe. Last week asz sibuk mengadap kejohanan bola jaring peringkat negeri seminggu di KL... Alhamdulilah team under 12 mendapat johan dan naib johan negeri, dan under 18 mendapat naib johan negeri...

Lepas jer nett ball...badan pun dah semacam jer....diserang demam panas dan batuk teruk...nie pun lemah jer rasanya..nak xnak esok kena gak ke Pusat Kesihatan Presint 3 buat pemeriksaan darah...risau pulak bila demam x jugak kebah2..asik seram sejuk jer badan nie....









N3 malam nie,menu sempoi jer, khas buat insan2 yang x berapa nak sihat nie...hehe....bubur nasi + daging...menu nie jer yg selera...laju skit menelannya....kalau x sangkut2 je kat tekak nie...:))



BUBUR NASI LETAK DAGING

Bahan-bahannya

  • 1 cawan beras
  • 9 cawan air 
  • semangkuk kecil daging  (dihiris kecil)
  • 1 labu bwg besar ( dihiris)
  • 2 ulas bwg putih (dihiris)
  • 1 mangkuk kecil carot (dipotong kecil)
  • 1 mangkuk kecil saderi (dipotong kecil)
  • garam secukup rasa



Cara-cara Penyediaannya:

  • Masukkan air, biarkan mendidih.
  • Masukkan beras,daging kacau dan didihkan sekali lagi dgn api besar.
  • Masakkan bubur dgn api sederhana/kecil hingga kelihatan pekat & kembang.
  • Tambah air jika tekstur beras kelihatan seperti nasi. 
  • Masukkan carot, dan kacau sekali-sekala.
  • Di dalam kuali lain, tumiskan bahan2 hiris hingga naik bau.
  • Masukkan bahan yang dah ditumis ke dalam bubur nasi tadi dan saderi serta kacau hingga sebati.
  • Hidangkan ( asz taburkan daun sup + daun bawang dan bawang goreng)