Thursday, 29 November 2018

Just Bento_AY

As salam...

Setelah sekian lama menyepi....rindu nk bersiaran menerpa...

Lama asz tak update resepi kannn....skrg asz lebih kepada berbento...

Mudah untuk kami anak beranak...



Ayam grill n ayam kebab nie menu ringkas buat kami...senang dan fav anak²...cm diperakan shj dengan bawang, halia,cajun seasoning, garam dan gula secukup rasa...











Thursday, 18 June 2015

Rendang Hijau Campuq Cik Kiah....





Assalammualaikum dan selamat pagi buat semua ... Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan...semoga Ramadhan kali ini memberi seribu pengertian buat asz dan family...Aminnn...

Alhamdulillah 2 minggu lepas asz diberi kesempatan mengerjakan umrah bersama-sama suami, mak, mak long , kakak dan abang ipar asz... 






13 hari perjalanan begitu sekejap rasanya...perjalanan bermula dari Madinah selama 4 hari dan di Mekah selebihnya sukar dilupakan...indah+seronok+sayu+tersentuh+bersyukur berkisar di dalam hati ini apabila melihatkan Masjid Nabi dan Baitullah... setelah sekian kalinya dapat asz kembali ke sini setelah 19 tahun meninggalkannya... 




Air mata tak tertahan lagi bila menziarahi pusara arwah abah di Saraya, Mekkah... rasa dekat dengannya...lama akak bersabar untuk ke sini...Alhamdulillah... akhirnya dengan izinNYA akak datang bah...




Inspirasi buat kami sekeluarga untuk selalu ke sini apabila jasad arwah abah disemadikan di tanah haram Mekkah... bertuahnya abah menjadi pilihanNYA...

16 NOV 2009...tarikh keramat buat kami semua...rindunya hanya Allah SWT yang tahu... mudah2an kami dipanggil menjadi tetamuNYA lagi... InsyaAllah...












Buat kesekian kalinya...asz gagahkan jua setelah sekian lamanya mood berblog kelaut...hehehe...

Tah macam mana arinie...boleh terjebak balik agaknya...rindu....memang rindu sangat nak berblog...huhuhu
Sempena 1 Ramadhan hari nie...asz redah jua agar boleh menjadi perkongsian bersama teman2 untuk menyediakan juadah berbuka...


Rendang hijau...perghhh ...dengar jer dah buat asz keliuq tau...nak2 kalau air tangan mak yang buat untuk kami sekeluarga...memang tak sabar nak tunggu kering selalunya...siap dah sepinggan nasi masing2...hehehe.



Mak kalau buat rendang nie..memang buat campuq daging + paru + hati = RENDANG HIJAU CAMPUQ.....memang mabeles habaq ang.. buat pulak cili api hijau kasi lebey....fuhhhh berasap sedap...kena try...asz buat daging dan paru aje tau...en.suami x berapa makan hati sangat....hehe...bahan2nya  mudah xyah nak tumis2 bagai...campak2....kacau2... siap...hehehe



RENDANG HIJAU CAMPUQ...
Sumber : Mak (Hjh Askiah Muhit)

Bahan-bahannya:
  • 1kg daging batang pinang(xde pun xpe tp lama skit masak k)~ potong kecil
  • 1 kg paru~ rebus sekejap dan potong kecil
  • 1 kg santan pekat
  • 3 batang serai ~diketuk
  • 3 inci halia ~ diketuk
  • 2 inci lengkuas ~ diketuk
  • 4 buku bawang besar~diracit nipis
  • 4 ulas bawang putih~ diracit nipis
  • 2 cawan air
  • 3 sudu kerisik
  • 2 keping asam gelugor
  • 2 helai daun kunyit (Racit halus / siat2kan jer)
  • garam dan gula secukup rasa















Bahan-bahan Kisar:
  • 40 tangkai cili api hijau
  • 10 tangkai lada hijau 




Cara-cara Menyediakannya:
  • Rebus paru dlm 3 minit dan dipotong kecil
  • Daging dipotong kecil 
  • Basuh bersih paru dan daging
  • Masukkan ke dalam kuali besar/periuk
  • Masukkan kesemua bahan2, masak dalam api sederhana dan kacau sehingga agak kering.
  • Boleh lah dihidangkan

















Add caption

Monday, 22 September 2014

NASI ARAB KABSAH






Asslammualaikum & selamat malam buat semua...
Alhamdulillah diberi kesempatan berblog lagi....terima kasih bagi pengunjung2 setia blog asz yang dah lama benar tak berasapnya....tapi dapur umah masih lagi meriah tau...cuma kesempatan berblog sahaja ke laut....hehe

Tetiba hari nie kerajinan pula...nie pun curi2 masa jer nie...lepas nie kena sambung study balik...ingat senang ke nak jadik student selepas 13 tahun meninggalkan zaman U...buat asignment pun still banyak kena blajar...inikan pula Tesis...huhu...doakan asz semoga dipermudahkan yea... :)




Tetiba teragak nak makan nasi arab arinie... Beras basmathi lebihan raya hari tue masih berbaki...cuma p pasar beli ayam dan sayur2annya sahaja....

Tak paham ape yang mahal sangat nasi arab nie kan...sepinggan sampai RM10 yang kambing pula sampai Rm18 pada hal bukan ada kuah bagai...cuma sos salatah...sos yogurt...kuah rempah kering yang ada pada ayam...huhu...kalau yang suka makan berkuah banjir nie...memang xpandang sangat nasi arab nie...Tercekik...haha




Tapi kalau kemalasan melanda...senang beli je la kan...apa nak kata...bila nafsu menguasai...hehe

Resepinya ada yang asz olah skit bagi kaw skit rasenya...





NASI ARAB KABSAH

Nasi Kabsah

Bahan-bahannya:
  • 500gm beras Basmati, direndam 30 minit dan ditos
  • 750ml air rebusan ayam
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar
  • 3 sudu makan sos tomato
  • 1 inci halia dimayang halus
  • 1 labu bawang besar di potong dadu
  • 3 sudu makan minyak jagung
  • saffron/pewarna kuning (asz gn pewarna kuning)
  • 2 tangkai daun ketumbar










Cara-cara penyediannya:
  • Panaskan minyak dan tumis kesemua bahan tadi kecuali daun ketumbar hingga naik bau.
  • Masukkan air rebusan air dan biarkan hingga didih.
  • Masukkan beras yang telah di basuh dan ditoskan. 
  • Kacau dan masukkan daun ketumbar biar hingga masak.
  • Apabila nasi benar2 kering masukkan saffron atau pewarna kuning (jangan dikacau.. biarkan dan tutup semula tudung periuknya)
  • Sebelum dihidangkan barulah kacau nasi itu tadi agar warnanya naik rata dan nasinya tidak patah jika dikacau keika masih lembab.




Ayam Kabsah Beryogurt

Bahan-bahannya:
  • 1 ekor ayam dibelah 2
  • 250 ml yogurt
  • 1 batang serai~blend halus
  • 1 labu bawang besar~blend halus
  • 1/2 sdu bsr rempah kabsa*
  • 2 sudu rempah kurma
  • sedikit garam
  • sedikit serbuk kunyit
  • 1 biji kentang ~di potong 6
  • 2 biji terung ~ di potong kecil








Cara-cara Penyediaannya:
  • Satukan ayam bersama kesemua bahan dan perap selama 1 hingga 2 jam.
  • Bungkus ayam, kentang dan terung dengan aluminium foil.
  • Bakar selama 30 minit pada suhu 140c
**Disebabkan malas nak buat asing sos salatah dan soso yogurt asz terus satukan yogurt ke dalam bahan salatah...rasenya mmg sodap!!! Tapi kalau nak gak tengok macamno sos salatah dan soso yogurt yang lain boleh la tengok kat sini









Sos Yogurt

Bahan-bahannya:
  • 3 biji tomato
  • 6 tangkai cili padi
  • 4 sudu neutral yogurt
  • sedikit perahan lemon
Cara penyediaannya:
  • Blend kesemuanya bahan dan hidangkan.




SALAD

Bahan-bahannya:

  • sedikit hirisan kobis ungu
  • sedikit hirisan lobak merah
  • 1 batang timun jepun dipotong dadu
  • 2 biji tomato dipotong dadu
  • sedikit perahan lemon
  • 1/2 sudu serbuk lada hitam



Cara Penyediaannya:
  • Gaul rata kesemua bahan dan hidangkan




Tuesday, 12 August 2014

MEE KARI kerang lebih....






As salam dan selamat tengah hari buat semua.....tak terlambat juga rasanya asz nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA buat semua pengunjung setia blog asz yang macam "chips more" nie...hehe

Kebizian melanda beberapa hari nie...menyiapkan juadah raya bagi tetamu yang datang ke rumah asz pada hujung minggu lepas...seronok melayan tetamu hilang rase penat... nak2 bila melihat mereka berselera menikmati juadah yang disediakan walaupun xseberapa nak hebat sgt.... :)

Hujung mnggu lepas...menu western jadi pilihan asz untuk tetamu yang datang iaitu pokcu dan keluarganya dari Jasin, wett & family dan abg chik asz & family mentuanya...maaf jika ada kekurangan :)

InsyaAllah buat tetamu pada hari jumaat nie iaitu rakan2 sekerja en hasben dan teman2 rapat asz... asz hidangkan pula nasi bermenukan lauk2 kampung pula...harap2 berselera lah deme nanti yea... :)




Hari nie asz nak sharekan mee kari spesel asz...mmg keliur sgt pagi tue...apa lagi lepas hantar anak dan en hasben ke sekolah dan ke tempat kerja... asz pun p la pasau cari kerang dan bahan2 yang lain...ambik ko 2 kg kerang i sapu...hehe...puas ati buat bila tedapatnya lambakan kerang dalam mee kari i....hehe
Memang terangkat...licin semangkuk penuh en hasben, tisya & haziq masing2 makan...jom kita tgk resepinya yang terangkat tue :)

MEE KARI kerang lebih...

Bahan-bahan Kuah Kari:

  • 2 kg kerang
  • 2 batang serai
  • 3 sd rempah kari daging (BABAS)
  • 3 sd rempah kari ikan (BABAS)
  • 3 sd lada mesin
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 keping asam keping
  • 1 ikat sawi
  • fish ball,fish cake,tauhu ~ dipotong kecil
  • minyak masak
  • air secukupnya
  • garam & gula secukup rasa





Bahan-bahan kisar:
  • 2 ulas bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • sedikit lengkuas
  • 2 sd udang kering

Bahan-bahan tumis:

  • 1 btg kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 batang serai - ketuk






Bahan untuk Mee dan Hiasan :

  • 1 kg mee kuning~celurkan
  • 5 keping tauhu nipis~goreng & potong nipis 
  • 3 biji telur~rebus dan belah 2
  • 2 biji limau nipis~ belah 4 
  • Daun bawang dan daun sup~dihiris
  • Cili merah/cili hijau~dihiris
  • Sawi~dicelur dan tos
  • Taugeh kering~ basuh bersih
  • Bawang goreng








Cara-cara Penyediaannya:

  • Satukan bahan kisar dengan rempah kari dan lada mesin dan secawan air, kacau sebati.
  • Panaskan minyak, tumis bahan-bahan tumis, masukkan pula bahan bahan kisar dan tumis.
  • Kacau sehingga naik bau dan lada benar-benar garing.
  • Masukkan 2 cawan air, dan bahan2 lain dan biarkan mendidih. 
  • Masukkan santan pekat, garam, gula dan kacau sebati.
  • Masukkan kerang dan jangan dibiar lama bagi mengelakkan kerang liat.
  • Hidangkan mee bersama hiasan-hiasnya yang lain.