BLUEBERRY CHEESETART
Assalammualaikum dan selamat petang semua....
Hari nie ....hari pertama anak2 murid asz Tingkatan 3 menduduki PMR....pelajar yang ambil exam cikgunya yang Dup....Dap...Dup....Dap.... tue belum hari paper asz lg, dah risau.....bila tiba hari paper Math nanti mcmne lah pulak degup2 nya....semoga Allah SWT permudahkan dan bukakan pintu hati, minda dan diterangkan hati mereka ketika menjawab. Bagi lah meraka ketenangan dan kelancaran menjawab soalan ketika dalam dewan peperiksaan.....Aminnnn....
Menu petang nie asz sajikan....cistart edisi khas raya hari tue...asz buat semasa family asz dtg beraya....asz buatkan dua jenis,iaitu yang berperisa oren dan berperisa blueberry...yang blueberry asz letakkan sedikit pewarna ungu.Asz buat xbanyak mana..dalam 40 ketul..alhamdulilah bolehlah dibuat bekal untuk along,kakak dan mak
CHEESE TART
by : Azita
Tart Crust @ Shell
Bahan-bahan :
- 170gm marjerin
- 50gm gula aising
- 1 biji telur Gred C
- 290gm tepung gandum
- 1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara Penyediaan :
- Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
- Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
- Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
- Bakar pada suhu 170 C sehingga masak.
Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.
Cream Cheese Filling
Bahan-bahan :
- 250gm cream cheese
- 50gm gula kastor / gula halus
- 1 biji telur Saiz B
- ½ sudu teh esen vanilla / esen lemon
- sedikit badam (dibakar)
- sedikit pewarna ungu dan oren
Cara-cara Penyediaan:
- Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
- Masukkan telur,pewarna ungu/oren dan esen vanilla. Putar lagi.
- Masukkan filling ke dalam kulit tat.
- Tuang cream cheese ke atasnya dan asz taburkan badam diatasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170C.
- Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
Filling :
Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll.