Friday 27 June 2014

CHOCOLATE SPONGE CAKE.... kek padang bola yang tidak pernah menjemukan Ammar Haziq :)






As salam....cepatnya masa berlalu...hari nie adalah Jumaat terakhir di bulan Syaaban...  Ramadhan pula berkunjung tiba...




"Marhaban Ya Ramadhan....Selamat datang bulan suci Ramadhan 1435 Hijrah/ 2014 Masihi...." Selamat menunaikan ibadah puasa buat semua...somoga semua amalan kita di bulan suci ini mendapat keberkatan dan lebih baik dari  tahun2 sebelumnya...amin

Semalam prasekolah haziq buat majlis sambutan hari lahir pelajar yang lahir dari bulan 1 hingga bulan 6... seperti biasa bila di tanya..sure nak kek padang bolanya saje... huhu... nak ikutkan badan dh xlarat dah semalam...sebabnya baru sampai dari kampung checkup kaki husband dgn pakar...tp siap pulak haziq n tisya sanggup nak menolong n meneman asz buat kek malam tue...heheh.. akhirnya ku gagahkan jua...demi anak2... :)  



Asz buat kek yang mudah dan cepat di masak jer..kek coklat span... dan hiaskan bentuk padang bola pada keknya...memang dia excited sangat dgn kek nie...biar pun dah banyak kali membuatnya...hehe




Majlis sambutan yang sangat meriah...siap dijemput badut...sure la budak2 happy sangat...terima kasih buat semua cikgu2 prasekolah yang berjaya melaksanakan majlis ini dan yang penting budak2 happy sangat...Terima kasih cikgu :)

Semoga ammar haziq menjadi anak penyejuk hati .... anugerah dan amanah Allah SWT buat ummi & ayah...se




Di sini asz kepilkan skali pic step2  buat kek nie...


CHOCOLATE SPONGE CAKE
Sumber : Kak Nina Sweetlily

Bahan-bahan:
  • 5 biji telur gred B
  • 170gm gula kaster
  • 1 camt ovalette (asz x letak)
  • 100gm tepung gandum
  • 1tsp baking powder 
  • 40gm serbuk koko
  • 70gm minyak jagung/minyak masak/butter yg di cairkan

Cara-cara Penyediaannya :
  • Pukul telur, gula dengan kelajuan maksimum hingga kembang dan bertanduk.
  • Masukkan tepung, baking powder & serbuk koko yg telah di ayak ke dalam adunan.
  • Kemudiannya minyak jagung dan kacau sebati dengan cara kaup balik dan kacau rata.
  • Isikan ke dalam loyang 8" dan bakar menggunakan api atas bawah selama 30-35 minit pada suhu 170'c.
  • Bila kek dah masak.keluar je dr oven, hentak2 skit dengan perlahan.
  • Lepas tu terus sejukkan kek di redai dan apabila dah sejuk baru lah dihiaskan mengikut kreativiti masing-masing.









kek yang telah siap di bakar...asz buat dua lapis....


Krim Mentega
Sumber: Azie Kitchen

Bahan bahan:

  • 150gm mentega
  • 350gm krimwell
  • 180gm sirap gula/susu krimer pekat manis
  • 3 sudu besar gula aising


Cara-caraPenyediaannya:

  • Pukul mentega dan krimwell hingga kembang dan gebu selama 10 minit.
  • Masukkan sirap gula/susu krimer manis dan gula aising.
  • Pukul lagi hingga sebati. Siap untuk digunakan untuk hiasan kek.



Nota: untuk 2 adunan kek, perlu 2 adunan krim mentega







pukul hingga betul2 kembang dan bertanduk




buatkan lapisan krim antara kek...








letakkan kek yang kedua di atas lapisan krim tadi


 sapu nipis krim di keliling kek terlebih dahulu sebelum dihiaskan dengan nozel rumput, supaya krimnya melekat antara kek dan krim...



Ini kek yang telah selamat di hias...nak cepat dah time nie...hehe

Tuesday 24 June 2014

SIPUT SEDUT MASAK LEMAK CILI API kena ada KELADI BARU TERANGKAT :)







Sroooot....sroooootttttt.... hehe..ngajar anak2 yang 1st time makan siput sedut...n baru nak blajar cara menyedutnya...excited ya amat masing2...hehehe

Bila duk Putrajaya nie..jarang2 dapat siput nie....kalau kampung mmg selalu ada...sebab dekat dgn pantai kuala...


Kebetulan p pasar tani Dengkil minggu lepas ternampak pulak org jual siput nie...terus la asz membelinya..elok pulak ada jual keladi skali...apa lagi mmg patner dia la... otw balik macam2 pertanyan anak yang nak kena jawab...namanya la...dia makan ape...siput tinggal kat mana...macam mana nak makan...dll....huhu...x terjawab rasenya...

Sampai jer rumah terus diajak ayahnya siang siput tue...selagi x diikutkan...selagi tue...mcm2 soalan... mmg ngadap la dua org tue...tgk ayahnya menyiang siput sedut...hehehe



Bila potong ujung siput...kn potong betul2..salah potong mmg xleh sedut la jawabnya...nanti asz tunjukkan panjang mane potongan yang betul k... :)

Gambar kat bawah nie saiz panjang yang sebaiknya bila siput di potong...




Bila masak siput nie asz mmg patnerkannya dengan keladi...baru lengkap rasenya....tapi berhati2 kalau membeli keladi...takut bila makan abis gatal mulut nanti.....

Petua dari mak asz bila beli keladi...kerat skit hujungnya...dan sapukan pada kulit tangan...kalau keladi tue gatal bila kita sapu kat kulit...maknanya bila masak n makan nanti keladi tue x gatal....tapi sebaliknya bila sapu pada kulit x gatal...maknnya ...bila masak n makan nanti gatal.....dia terbalik pulak sifatnya kannn...

Alhamdulillah lah...rasenya betul la ape yang mak kate tue...mmg selama nie x pernah pulak asz terkantoi masak keladi yang bila makan gatal mulut... so bleh la cube petua nie nanti  :)




Sebelum masak uruskan kedainya terlebih dahulu...kerat pendek dan buangkan skit kulit2 luarnya sebelum di celur... Ada petua juga bila celur keladi... supaya getah keladi dan warna keladi cantik serta x lebam...letakkan sdikt minyak dan letakkan asam keping dlm 2 keping semasa mencelur keladi... jangan di celur lama sangat nanti hancur n lembik sangat keladinya bila dima sukkan dalam lauk...lepas tue baru la di campur ke dalam masakan masak lemak tadi...














SIPUT SEDUT MASAK LEMAK CILI API dengan KELADI

Bahan-bahannya :

  • 1kg Siput Sedut - kerat pada bahagian belakang yang muncung tue dan dibersihkan
  • 3 cwn santan pekat
  • 2 batang serai - dititik
  • 2 keping asam keping 
  • Garam secukup rasa
  • 1 cawan air
Bahan-bahan yang diblender :
  • 20 tangkai cili api (kalau nak pedas tambahkan lagi )
  • 1 inci kunyit hidup


Cara-cara Penyediaannya :
  • Masukkan siput, serai,air, asam keping, garam dan bahan yang diblender ke dalam periuk.
  • Dengan api yang sederhana besarnya, biarkan sekejap dan kacau sebati
  • Masukkan santan pekat dan kacau perlahan-lahan agar tidak pecah minyak
  • Masukkan keladi yang telah di celur tadi
  • Biarkan sampai mendidih dan betul2 masak santannya.
  • Rasakan masam dan masinnya kemudian tutup api dan bolehlah dihidangkan.


























Monday 16 June 2014

FRESH BLUBERRY CHEESE CAKE sempena HARI BAPA...












As salam dan selamat bertemu kembali...setelah lama menyepi...
           
             "SELAMAT HARI BAPA"

Buat semua bapa@ayah@abah@daddy... juga buat yang dirindui arwah abah...kejap masa berlalu hampir 4 tahun arwah abah meninggalkan kami...hanya doa yang dapat kami kirimkan...


Ya ALLAH.. Sampaikanlah seumpama pahala bacaanKu kepada roh ayahku dan bapa mertuaku... Hj Md Yusof bin Ahmad & Hj Ab Aziz bin Isa. Ya ALLAH ampuni dosanya kasihani dan sejahterakan dia, maafkanlah kesalahannya, muliakanlah kedatangannya, lapangkan kuburnya dengan rahmat-Mu, wahai Tuhan yang Maha Pengasih.


Buat suamiku tersayang...Noor Azlan Bin Ab Aziz...semoga terus mencapai impian seorang ayah dalam mendidik anak-anak kita menjadi insan terpilih dunia & akhirat. Terima kasih kerana memberikan asz,tisya & haziq kasih sayang...

Tidak lupa juga buat abang2 dan adik ipar ku along, bancik, b.mie,b.mat,sopi(bakal ayah), dan ipar2 ku along zahan, b.bidi, b.tam, b.ni, wan n fadhli(bakal ayah) "Selamat Hari Bapa" semoga menjadi ayah yang hebat buat anak2 mu di dunia & akhirat...InsyaAllah :)





FRESH BLUEBERRY CHEESECAKE


Base Kek Span Coklat
Resepi:Noraini Zakaria


Bahan-bahan:
  • 100g tepung kek/tepung superfine
  • 90g gula kaster
  • 55ml minyak masak
  • 50ml susu segar
  • 20g serbuk coklat
  • 10g ovallet
  • 3biji telur gred A
  • 1/2 st baking powder
  • 1/2 st esen vanila



Cara-cara Penyediannya:
  • Panaskan oven.Griskan acuan.Alas dasar acuan dg baking paper.
  • Pukul telur,gula,ovallet,tepung s'fine,BP sehingga kembang dan gebu selama 5 minit.
  • Perlahankan mixer,masukkan susu cair,esen vanilla,serbuk coklat.Teruskan lagi memukul selama 5 minit.Tuangkan minyak,gaul sebati.
  • Tuang ke dalam acuan.Bakar selama 20 minit atau hingga masak.











Bahan-bahan Untuk Cheese Filling:
  • 500g / 2 buku Cream cheese
  • 30g Butter
  • 120g Gula Kastor
  • 1 sudu perahan lemon atau perisa vanila
  • 30g Tepung jagung - ayak
  • 200-300ml whipping cream 
  • 3 biji Telur - pukul sedikit
  • fresh bluberry


Cara-cara Penyediaannya:

  • Pukul cream cheese & butter sehingga smooth. 
  • Campurkan gula, parutan & jus lemon (atau perisa vanila) dan tepung jagung. 
  • Pukul lagi sehingga smooth.
  • Campurkan cream & pukul lagi sehingga pekat. 
  • Akhir sekali masukkan telur yg telah di pukul sedikit. 
  • Pukul sehingga cukup sebati, jgn pukul terlalu lama dan masukkan fresh blueberry ke dalam adunan dan kacau.
  • Tuangkan adunan ke atas base span kek tadi. 
  • Bakar dlm "water bath" dgn oven yg telah di panaskan terlebih dahulu 150 celcius selama 1 jam. 
  • Sejukkan kek pada suhu bilik. (Biarkan sekejap di dalam oven supaya tidak merekah) 
  • Sejukkan sekurang2 nya 6 jam untuk di sapukan dengan cream cheese frosting.




Cream cheese frosting 



Bahan-bahannya:

  • 250gm cream cheese
  • 30gm butter
  • 1 sudu besar perahan lemon @ lime
  • 1 sudu besar esen vanilla
  • 1 sudu besar susu segar
  • 100gm gula ising


Cara-cara Penyediaan Cream Cheese Frosting :
  • Gunakan electric mixer, mix cream cheese sampai creamy.
  • Masukkan bahan-bahan lain.. butter + perahan limau + esen vanilla + susu segar + gula ising.
  • Hias kek dan sejukkan semula sebelum di potong.