Monday 2 December 2013

NASI ARAB MANDHI





Assalammualaikum dan selamat petang buat semua pengunjung setia blog asz. Walaupun tuannya macam chips more...hehe sekejap ada sekejap hilang... bila dah cuti sekolah barulah asz berkesempatan nak mengupdate blog yang dah lama sangat bersawang... :)

Menu nie asz buat pada Khamis minggu lepas... adik dan mak datang singgah makan tengah hari sebelum mereka p bercuti...menu yang mudah cuma byk rempah ratus yang diperlukan dalam menu nie dan juga kebanyakan menu makanan arab yang lain...





Nie 1st time asz buat nasi arab..selalunya p makan di Marhabah (dpn MMU) atau di Saba' (Cyberjaya, order 2 set dah cukup untuk makan 4 orang...memang best nasi arabnya...boleh la p bila kelapangan...mmg x rugi, kalau ayam dalam rm8-10 dan kalau kambing dalam rm13-15.

Resepi nie asz ambil dari Blog Raidah, agak mudah cuma ada sukatan dan bahan yang asz tak gunakan.



NASI ARAB MANDHI
Sumber : Raidah

RESEPI AYAM
Bahan-bahannya:
  • 1 ekor ayam ~ dibelah 4 dan di cuci bersih
  • 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil serbuk kabsa ( asz gunakan rempah campuran - ada asz sertakan dibawah bahan2nya )
  • 2 biji bawang besar ~ dihiris bulat
  • 2 biji lemon ~ dihiris bulat
  • Garam
  • Sedikit pewarna kuning/ saffron (asz guna serbuk kunyit)
  • Aluminium foil.



Cara penyediaan ayam:
  • Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan serbuk kunyit(pewarna kuning). 
  • Perapkan dalam 15 minit.
  • Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
  • Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. 
  • Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1 jam. Pada 10 minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.

##Semasa ayam dibakar, ayam akan mengeluarkan air. Selepas 45 @ 50 minit, buka foil dan keluarkan air didalam ayam tersebut dan barulah bakar semula selama 10 minit atau sehingga ayam sedikit garing.








Resepi Nasi

Bahan-bahan nasi:
  • 4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
  • 3 camca besar minyak sapi
  • 4 1/2 cawan air atau secukupnya
  • 1 biji bawang besar ~ hiris halus
  • 3 ulas bawang putih ~ hiris halus
  • 1 inci halia ~ hiris halus 
  • 1/3 cwn kismis
  • Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
  • Sedikit pewarna kuning dan oren
  • Garam secukup rasa.







Cara penyediaan nasi:
  • Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu. 
  • Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
  • Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker.
  • Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
  • Bila nasi kering,titiskan 2-3 titik pewarna kuning dan oren, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.



Resepi Sos Salatah:

Bahan-bahan sos:
  • 1 biji tomato ~ hiris
  • 5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) 
  • 1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus
  • 1 biji bawang besar
  • Garam
  • Gula
  • Perahan lemon.




Cara penyediaan sos:
~ Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.




Sos Sadri Mayo

Bahan-bahan sos sadri:
  • 1 cawan mayonis
  • 3 batang daun sadri(dikerat pendek)
  • sedikit perahan lemon




Cara penyediaan sos sadri:

~ Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.





Homemade Rempah Kabsah 

Bahan-bahan rempah:
  • 1 sudu makan bunga cengkih 
  • 1 sudu makan lada hitam 
  • 1 sudu makan jintan manis 
  • 1 sudu makan jintan putih 
  • 2 sudu makan biji ketumbar 
  • 1 sudu makan buah pelaga 
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • 1 sudu teh kunyit


Cara penyediaan rempah:
  • Goreng tanpa minyak bahan2 tadi sehingga naik bau dan angkat.
  • Kemudian kisar semua bahan sehingga hancur.
  • Simpan rempah yg telah dikisar didalam bekas yg kedap udara.


**Serbuk rempah ini boleh juga digunakan pada semua masakan ala arab termasuklah ayam dan daging.




Ulam:

~ Boleh dimakan bersama hirisan timun, tomato, kubis putih serta ulam2 kampung.
~ sedap di mKn bersama sos sadri.