Monday 18 February 2013

SOMTAM BETIK ala2 Thai gitu ....

Assalammualaikum dan selamat malam buat semua....  






Agak capek hari nie.....lelah setelah seminggu bercuti.....


Puas rasenya cuti kali nie...dugaan Allah SWT yang menimpa memberi peluang kepada kami sekeluarga bercuti di Taiping disebabkan kereta rosak dlm perjalanan ke Pendang ,Kedah.. sementara menunggu kereta siap dibaiki...asz dan suami pun mengambil keputusan bercuti di Taiping dari Jumaat hingga  Ahad.....ari tue asyik menyebut sibuk sangat nak ke Taiping.... akhirnya dimakbulkan juga.....tapi dgn tidak dirancang.... Alhamdulillah....sampai juga ke Taiping buat kesekian kalinya....






Puas  dok meronda2 ke tempat2 lama di area SERATAS...tengok pagar pun dah rindu kenangan lama...banyak kali nak p tapi asyik tertangguh... akhirnya  dapat juga ke sana tapi dalam percutian yang tidak dirancang la kannn... dan dalam keadaan suami dan anak dara yang demam agak terhad juga percutian kali ini...tapi cukup untuk mengamit kembali kenangan dan rindu semasa belajar disana....chewahhh...hehe

Banyak yang dah berubah...bak kata Alfie...boleh sesat bila p sana balik....memang pun....bandar Taiping pun dah jauh berbeza...puas round crk laksa bawah fajar lama....tapi xjumpa...yg jumpa KFC tmpt kelas Zuhrah buat jamuan akhir tahun....rindu kannnn....akhirnya asz ke Kuala Sepetang makan mee udang...hehe..sedap..nnti sape2 p sana leh try...banyak gerai2nya...pilih je lah mana yang berkenan :))





Menu malam nie adalah N3 tertangguh yang asz buat semasa di kampung...asz rembat betik muda yang mak dapat daripada cik piah....elok pulak kulitnya hijau tapi isi dalamnya dah mula masak tapi still rangup ketika mengunyahnya....apalagi buat somtam la...

Time duduk Bukit Kayu Hitam dulu selalu gak try beli...mula2 ingatkan makanan ape...nama pun ala2 siam gitu....bila try ....fuhhh mmg cukup rasa kat tekak nie..sedap!!!!


















SOMTAM BETIK

Bahan-bahannya:
  • betik muda ( di sagat atau potong memanjang)
  • karot ( di potong memanjang)
  • kacang panjang/buncis (di potong pendek)
  • seikat kecil daun selom (diracit halus)
  • 1 biji bawang putih
  • 1 ulas bawang merah (diracit halus)
  • 2-6 biji cili padi ( ikut kepedasan yang diingini)
  • 2 sudu makan udang kering
  • 2 sudu makan kacang goreng
  • 3 sudu besar jus limau nipis
  • 3 sudu makan sos ikan
  • 3 sudu makan gula
















Cara-caranya Penyediaannya:

  • Tumbuk bawang putih dan cili padi menggunakan lesung batu (orang utara guna lesung kayu yang besar tue)
  • Kemudian masukkan gula, sos ikan, udang kering jus limau. Tumbuk kasar baru masukkan sayur-sayuran.
  • Akhir sekali masukkan kacang, tumbuk kasar bersama-sama sayur-sayuran.
  • Kacau sebati dan suaikan rasanya, keluarkan dan hidangkan.
















Tuesday 5 February 2013

VANILLA ALMOND CUPCAKE with CHOC

Assalammualaikum









Salam sayang buat semua....lama dah asz tak bersiarankannn... hari nie br berkesempatan mengupdate....

N3 hari nie adalah CC yang asz buatkan khas untuk students form 3 yang dapat A untuk subjek Matematik PMR tahun lepas dan guru-guru yang mengajar mereka iaitu Kak Norani Ahmad, Kak Intan, Kak Siti Hajjar Sidek dan Siti Hajar Johari. 

Terima kasih di atas kerjasama daripada semua pihak iaitu daripada  pentadbir, guru-guru panitia dan pelajar-pelajar... semoga ini menjadi sebagai satu motivasi dan semangat kepada pelajar-pelajar tingkatan 3 tahun ini...iaitu PMR yang terakhir...untuk lebih cemerlang dan bilangan A yang lebih ramai...InsyaAllah.







VANILLA ALMOND CUPCAKE


Bahan-bahannya:
  • 220 g tpg gandum
  • 180 g mentega 
  • 140 g gula halus
  • 2 biji telur
  • 80 ml susu segar
  • 50gm serbuk badam
  • 25 gm kepingan badam
  • 2 cmt esen vanilla
  • 2cmt baking powder
Cara-cara Penyediaannya:

  • Putar mentega dan gula sampai kembang, masukkan telur satu persatu.
  • Apabila sebati tambahkan esen vanilla dan masukkan tepung + baking powder(yg diayak bersama tepung) berselang dgn susu segar kacau perlahan.
  • Masukkan serbuk badam dan kacau sebati
  • Masukkan adunan ke dalam cup dan taburkan kepingan badam diatasnya dan bakar selama 20 minit pada suhu 180 c
  • Selepas siap di bakar, sejukkan dan letakkan coklat glaze kemudian hiaskan mengikut kreativiti masing-masing.
















CHOCOLATE GLAZE 

Bahan-bahannya:
  • 300 gm coklat masakan gelap
  • 370 gm Heavy cream
  • Untuk chocolate glaze, resepi mencadangkan menggunakan Dark Couverture Chocolate atau coklat masakan gelap kalau tak ada boleh juga gunakan coklat masakan susu.

*Untuk heavy cream tue asz gantikan dgn whipping cream atau pun susu cair tapi kurangkan skit jumlah nya...

Cara-cara Penyediaannya:
  • Caranya panaskan cream atas dapur hingga suam.
  • Masukkan coklat masakan gelap yang telah di potong atau di hiris kecil.
  • Kacau rata sehingga semua coklat melarut.Kemudian tapis.
  • Biarkan ia sejuk sepenuhnya.
  • Laetakan ke atas cup cake dan hiaskan mengikut kreativiti masing2....