Sunday 22 April 2012

PATIN TEMERLOH MASAK TEMPOYAK

PATIN MASAK TEMPOYAK

Assalammualaikum dan selamat petang semua readers yang dirindui....









Lama sangat dah tak berasap dapur asam garam.... minggu lepas demam panas menyerang...lepas jer training bola jaring, mandi terus terbaring lemah...malam tue jugak p Klinik di Sri Kembangan n dapat MC sehari...asz nie jarang2 demam tapi kalau sekali kena...memang seram sejuk jer badan dan mengigil2...alhamdulilah semakin sembuh...


Esok bermulanya Kejohanan Bola Jaring Peringkat Negeri iaitu Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur, doakan yea... mudah2an 4 team Putrajaya mencapai kejayaan yang membanggakan tahun nie,hasil penat lelah kami semua selama 2 bulan berlatih...aminnnn


Ikan Patin nie k.lang yang bagi,dia belikan asz 2 ekor  ikan Patin sangkar siap dengan bunga kantan + daun kesum,dia beli di Temerloh,balik dari Genting Ahad lepas dia ke sana,asz x dapat nak join sebabnya en.asben ada kelas hari tue...petang tue juga asz masak,letakkan daun kesum,bunga kantan dan timun....baunya jer dah semerbak....fuhhh memang sedap!!!.. lama x makan...;))












PATIN MASAK TEMPOYAK


Bahan-Bahannya:
  • Satu ekor ikan Patin (patin sangkar) 
  • 2 ulas kunyit hidup (ditumbuk halus) 
  • 20 biji cili api (ditumbuk halus) 
  • 2 senduk tempoyak (agak2, nak pekat letak lebih lagi) 
  • 1 biji timun  (dipotong serong) 
  • 1 ikat daun kesum 
  • 1 kuntum bunga kantan 
  • 2 keping asam keping 
  • 3 cawan air (ikut kepekatan) 
  • garam (ikut rasa) 
  • gula (kalau agak terlalu pedas) 






Cara-cara Peyediaannya:
  • Ikan dibersihkan dan diperapkan dengan asam jawa dan limau nipis untuk menghilangkan bau hanyir. 
  • Kunyit hidup dan cili api ditumbuk halus dan digaulkan dengan tempoyak tadi masukkan ke dalam periuk yang diletakkan air gaul sehingga rata masukkan juga asam keping,
  • Masak dan kacau selama 3 minit baru masukkan ikan yang terlebih dahulu dibersihkan, masukan bunga kantan, daun kesum dan timun cina.
  • Masukkan garam, jangan terlampau masin, kalau agak2 pedas sangat masukkan gula sikit.






















Sunday 15 April 2012

KEK BATIK ARORA yang meriah kalernya...

KEK BATIK ARORA

Assalammualaikum dan selamat berhujung minggu kepada semua readers....















"ARORA"....bak kata pencipta resepinya "Arora" bermaksud ARoma dan auRA warnanya, tue yang jadi la namanya "Arora"..unikkan????hehe


Kek nie memang femes dikalangan bloger2 masakan...asz ambil resepinya di blog Cida...nie jer yang baru berkesempatan buat...kebetulan buat kek coklat lembab tempahan nisa untuk birthday ibunya dan kek Marble tempahan kak Akbal, asz pun sambil menunggu kek2 tue masak, mengodek2 buat la kek nie...


Alhamdulilah ramai la juga yang dapat merasa kek nie...asz bawa untuk bekal ke genting semalam bersama family K.lang dan bagi sepiring buat jiran asz Azera...siap pulak Azera postkan di fbnya....tqsm Azera :))


Kalau di lihat,keknya sama je macam kek Marble biasa...cuma ada sedikit perbezaan dari segi warna-warnanya yang mengancam mata dan rasanya yang unik,disebabkan pelbagai perisa yang digabungkan...best kn try!!!










KEK BATIK ARORA
Resepi: denuanza


Bahan-bahannya:

  • 250 g mentega
  • 100 gram gula castor
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 250 g tepung gandum
  • 6 biji telur
  • 2 sudu teh baking powder
  • 5 jenis pewarna dan perisa ikut kesukaan masing2









Cara-Cara Penyediaannya:
  • Griskan loyang.
  • Pukul mentega bersama gula sampai kembang memutih.
  • Masukkan susu pekat manis dan pukul sebati.
  • Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi hingga sebati.
  • Sementera itu, ayak tepung bersama baking powder, kemudian masukkan kedalam adunan dan pukul lagi sampai adunan sebati (guna speed sederhana perlahan)
  • Bahagikan adunan kepada 5 bahagian dan warnakan atau perisakan ikut kesukaan masing2.
  • Tompok-tompokkan setiap warna dlm loyang sampai habis atau ikut kreativiti masing-masing 
  • Bakar kek ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 165 darjah celsius selama 55 minit.




















Thursday 12 April 2012

MOIST CHOC CUP CAKE for cikgu Tisya...

MOIST CHOC CUP CAKE 




Assalammualaikum









Selamat malam semua ....malam nie lepak2 umah k.lang selepas bershopping di pasar malam...hehe. Shopping  ikan n sayur...Malam nie ramai sangat orang,tue yang pilihan ikan yang tinggal pun dah tak banyak mana.


Selalunya asz beli ikan bila balik kampung di Pasar Teluk Gong,Kuala Sg.Baru.Ikan di sana lagi fresh,memang puas hati kalau membelinya. 
Kalau kuahnya pula xyah cakap la..memang beza kalau masak asam pedas ataupun lemak cili padi iakn baru...rasa kuahnya lebih manis dan sedap.

CC nie order daripada cikgu Tisya untuk jamuan makan semua pelajar2 prasekolahnya....Xcited sangat dia orang tengok cup angry bird...hehe,tue la kanak2 kan...mana fikir apa...hati senang jer,kadang2 nangis...tue pun sebab merajuk atau kena kacau dengan kawan2...100 MC CC dan 25 RV CC...Thank you so much kak Azira...:))












CHOCOLATE MOIST CAKE

Bahan-Bahan:

  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 1/2 cwn gula
  • 1 cwn serbuk koko
  • 1 cwn susu cair
  • 1 cwn minyak jagung
  • 1 cwn air 
  • 2 biji telur
  • 2 sudu teh baking soda
  • 1/2 sudu teh baking powder








Cara-Cara Penyediaannya:

  • Panaskan oven 170c. Ayakkan tepung ,koko, baking soda dan baking powder.
  • Kacau rata kemudian masukkan gula dan kacau rata semula.
  • Masukkan satu persatu bahan-bahan yang lain dan kacau sehingga sebati.
  • Masukkan adunan ke dalam cup.
  • Kemudian bakar pada suhu 170c selama 20 minit.
  • Sebelum dikeluarkan dari oven pastikan kek masak sepenuhnya...caranya.. gunakan garpu atau lidi satay dan cucuk tengah-tengah kek jika tiada adunan yg melekat pada lidi tersebut maknanya kek telah masak sepenuhnya.









                                          

Wednesday 11 April 2012

ROTI PITA rich in...

ROTI PITA

Assalammualaikum





Ngantuknya pulak petang2 nie....kalau baring nie sure zZzzzZZZzzz....hehe...sekejap lagi nak ke Sk8(1) turun train bola jaring...xtau la sampai rumah pukul brape pulak hari nie...nie lah rutin harian ,selagi belum gamenya pada 23hb nie di UM...tugasan guru sekarang lebih banyak tugas lain daripada mengajar...nak xnak turut kan juga tangunjawab yang diberikan...bak kata mak banyak sangat mengeluh x dapat pahala..:))


N3 petang nie asz selitkan menu bekalan asz dan en.asben ke tempat kerja ...menu yang mudah dan mengenyangkan...asz suka pilih roti yang whole meal...wangi bau biji-bijiannya...asz penuhkan intinya dengan perapan daging kisar dan telur hancur serta sayur-sayurannya.Baru nampak menyelerakan sebelum makan.









ROTI PITA


Bahan-bahan ( 2-3 orang )

  • 3 ulas bawang putih dipotong kecil
  • 1 bawang besar dipotong kecil
  • 200g daging (atau ayam) kisar
  • 3 sudu besar Sos BBQ Heinz
  • 2 sudu besar Sos Tomato
  • 2 sudu besar mayonis
  • 1/2 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air
  • 2 biji telur(goreng dan hancurkan)
  • Cabbage purple,carot dan tomato (yang dihiris kecil-kecil)
  • Serbuk lada secukup rasa
  • 4 roti pita



Cara-cara Penyediaannya:

  • Bilas bersih daging kisar,perapkan sebentar dengan hirisan bawang merah,bawang putih,sedikit garam dan serbuk lada hitam.
  • Panaskan sedikit minyak atau mentega dalam kuali dan tumis daging yang diperap tadi,goreng sehingga masak.
  • Masukkan sos BBQ,mayonis, sos tomato dan air. Goreng sehingga sebati.
  • Potong roti pita kepada dua. Potong tengahnya. Sapukan mentega pada bahagian dalam roti pita tersebut.
  • Bakar di dalam oven kecil selama 10-15 minit sehingga ia rangup.
  • Masukkan daging,telur dan sayur ke dalam roti pita tersebut. Pastikan tak mengoyak roti pita itu.
  • Hidangkan...