BEGEDIL DAGING SPESEL
Assalammualaikum
Apa khabar semua readers...???asz tak berapa sihat...lama sangat dah batuk dan selsema...ada tak petua2 yang boleh legakan cepat batuk dan selsema nie....penat asik kohkohkoh...:))
N3 malam nie asz hidangkan menu simple tapi menyelerakan....satay begedil ...saje untuk menarik minat anak2 makan....asz selangkan dgn lada capsicum dan tomato ceri...berselera makan dengan sup tom yam bercendawan.
Bahan-bahan:
- 1 kilo kentang (dikupas kulit)
- 400 gram daging (direbus dan dicincang halus, juga boleh ditukar dengan ayam jika mahu)
- 50 gram daun bawang (dipotong halus)
- 50 gram bawang goreng
- 2 tangkai cili dipotong halus
- 1 sudu lada sulah
- 5 sudu tepung serbaguna
- 3 biji telur (dipukul)
- sedikit garam.
- Minyak masak untuk menggoreng.
- Beberapa potong capsicum
- 10 biji tomato ceri
- 10 batang lidi satay
Cara-cara Penyediaannya:
- Rebus kentang sehingga empuk. Kemudian toskan dan lenyekkan.
- Campurkan kentang yang telah siap tadi dengan daging, daun bawang, bawang goreng, cili, lada sulah, garam dan tepung serbaguna. Gaulkan sehingga sebati dan menjadi doh.
- Bentukkan doh tadi menjadi doh bulat yang lebih kecil.
- Panaskan minyak menggoreng.
- Celup doh yang telah dibentuk tadi ke dalam telur dan goreng sehingga kuning keemasan. Tidak perlu menggoreng lama kerana bahan-bahan tadi telah pun dimasak terlebih dahulu.
- Angkat dan cucukkan dengan lidi satay berselang dengan capsicum dan tomato ceri,siap dihidang.













asslm Asz...lama myepi...hihihi..sedap tgk satay begedil tu...xkelip mata ni tgk...gambo la terang2...lg tliur dibuatnya...QH nk 3 cucuk yer
ReplyDeleteWslm QH...
Deleteberehat berblog dkt berminggu...asz bz dgn training bola jaring team putrajaya...lps tue seminggu demam...hehe, nie br dpt mengaktif semula...tq, nnti asz pskan 3 cucuk k..:))
As salam Asmah...
ReplyDeletebalas kunjungan...n 4lo skali...tq sudi tandang 'umh' kecik kita....:)
Wslm syifa....asz pun nak ucapkan tqsm sudi singgah cnie jugak..:))
DeleteSalam kenal as. Tergoda bundo tengok begedil daging tu. Macam nak angkut bawa balik je..
ReplyDeleteWslm bundo....trima kasih sudi singgah cnie...leh ja,nnti as siapkn tapaunya...hihi...
Deletegambar gambar.. guna kamera apa ye?
ReplyDeletenampak menyelerakan sungguh
saya dh la hantu bergedil..
nanti lya cuba resepi ni ye