Saturday, 31 December 2011

SELAMAT TINGGAL 2011...

FRESH FRUIT TART

Assalammualaikum.....

Selamat bersantai di hari terakhir tahun 2011... banyak kenangan suka duka yg ditempuhi...seribu kemaafan drp asz....insan biasa  yg pasti ada salah & silapnya...semoga tahun 2012 mnjadi tahun yg lbh baik dan diberkati InsyaAllah...buat sahabat dan teman2...asz doakan dr kejauhan semoga  kalian terus dilimpahi dgn kerahmatan & kebahagiaan...


Semoga tahun baru  mendatangkan nafas bermakna buat kita semua sebagai hamba, di sisi Allah SWT...
Amin...



Petang nie mari kt jamah mata  sekejap...asz ada buatkan minum ptg  buat family tersayang... kebetulan ramai yg blk rumah mak minggu nie...
sekali-sekala berkumpul..abis lah bergelak sakan la jwbnya...ada je gurauan abg ipar asz buat....hehe.. Alhamdulilah semoga kebahagiaan ini kekal buat selamanya...InsyaAllah


FRESH FRUIT TART


sumber :  Rasa online

Bahan A (Pastri):
  • 250gm tepung gandum
  • 110gm mentega
  • 75gm gula aising




Bahan B:



1 biji telur




Bahan hiasan:

100gm coklat masakan
50gm aprikot glaze
Buah aprikot secukupnya
Strawberi secukupnya
Beri secukupnya




Bahan A (Inti kastard):

50gm tepung jagung
120gm gula kastor
120ml susu segar
250ml air
2 biji telur
40gm susu tepung
1/8 sudu teh perasa vanilla
Pewarna kuning secukupnya

Bahan B:25gm mentega



Cara memasak:

1. Inti: Satukan kesemua bahan (A) ke dalam periuk, masak menggunakan api sederhana sehingga pekat.
2. Tutup api, masukkan mentega dan sejukkan sekejap sebelum dijadikan inti.
3. Bahan pastri: Satukan kesemua bahan (A) ke dalam mangkuk adunan, adun sehingga sebati dan masukkan telur.
4. Adun sehingga menjadi doh dan rehatkan doh selama 20 minit.
5. Canai, terap dan masukkan ke dalam acuan. Bakar pada suhu 180ºC selama 15 minit atau sehingga masak.
6. Sejukkan sekejap, cairkan coklat masakan dan sapukan ke dalam permukaannya.
7. Masukkan inti kastard, susun buah-buahan, sapu apricot glaze dan hidangkan.


Selamat mencuba   ;))

Friday, 30 December 2011

Cendol 1 Mamak!!!!!

AGAR-AGAR CENDOL

Assalammualaikum.....


Lama dh asz jenguk2 resepi nie...tp x jugak buat2...kebetulan Ahad lps asz p pasar Presint 8...ternampak plak cendol...trs beli...RM 2 sebungkus...Balik sggh kedai runcit di rumah beli gula Melaka plak...


Agar-agar nie mmg mudah saje membuatnya...kalu disejukkn lagi la sodap!!!  laju je masuk dlm tekak nieh...hehe..




Resepi nie asz tinjau dr blog  kak am... cantik sgt rupa parasnya.....asz pun tumpang share yea kak...:))



Resepi : kak hanieliza
Sumber :  Am-Flora


Bahan2nya...
  • 10gm serbuk agar2
  • 4 cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • 2 cawan cendol
  • 1 cawan gula merah



Caranya...
  • agar2, air dan gula ddidihkan
  • bahagi adunan kpd 3 bahagian
  • satu bahagian dipanaskan dan masukkan gula merah, kacau rata hingga mendidih
  • masukkan sedikit dlm acuan dan biarkan agak keras(tetapi jgn terlalu keras bg mengelakkan adunan tak melekat)

  • dua bahagian lg dimasukkan susu cair dan cendol
  • kacau rata dan masukkan pelahan-lahan diatas adunan gula merah td
  • sejukkan dan simpan dlm fridge selama 4 jam dan boleh lah di hidangkan...
Selamat mencuba  :))




ROTI....ROTI....

ROTI KULIT KAYU MANIS
(CINNAMON ROLLS)

Assalamualaikum ...

Selamat malam semua...lm dah x bersiaran...agk bz  dgn kerja2 sekolah...Al-maklum..tggl beberapa hari je lg nak bukak sekolah...segala benda kn disiapkan termasuklah persiapan tuk anak2.

Semoga thn hadapan segala urusan kerja dan anak2 dimudahkan..amin...:))

Kesempatan ini asz nak sharekan 2 resepi roti  ..asz gunakan doh yg sama tapi doh tersebut dibahagi 2 tuk menghasilkan 2 jenis roti yg berlainan...



Bkn saje nk menyusahkan diri... tp disebabkan yg dewasa x sukakan sosej yg kanak2 pulak sibuk sgt request nak sosej rolls...tue yg nak xnak turutkan jgk la...alahaiii


ROTI KULIT KAYU MANIS
(CINNAMON ROLLS)


Resepi : sualeen
Rujukan : Ratuhati

Bahan-bahan:
  • 400 g tepung roti
  • 20 g susu tepung
  • 70 g gula kastor
  • 1/4 sudu teh garam
  • 11 g yis segera (sepeket)
  • 40 g lemak sayuran
  • 1 sudu besar pelembut roti
  • 1 biji telur (pukul sedikit)
  • 250 ml air
  • Tepung gandum untuk menguli





Bahan inti:
  • 3 sudu besar mentega cair
  • 40 g gula perang
  • 1/2 sudu teh serbuk kulit kayu manis
  • 80 g kismis

Bahan glis:

1 biji telur + 2 sudu besar susu segar/sejat



Cara membuatnya:

  • Satukan susu tepung dan gula kastor dengan tepung roti. Bubuh garam. Gaul sebati.
  • Masukkan yis dan lemak sayuran. Kacau rata.
  • Bubuh pula pelembut roti. Gaul lagi.
  • Tuangkan telur dan air perlahan-lahan.
  •  Gaul adunan menjadi doh yang licin dan anjal (selang-seli dengan menambah tepung gandum sedikit demi sedikit hingga ia tidak melekat).
  • Letak doh dalam mangkuk yang dilengserkan dengan minyak dan tutup dengan cling wrap. Biar di tempat yang hangat hingga kembang 2 kali ganda (lebih kurang 50-sejam).
  • Uli pada saiz asal untuk buang angin. Canai nipis bentuk segi empat panjang.
  • Bahan inti : Sapukan mentega cair di atas doh tadi. Satukan gula perang dan serbuk kayu manis. Taburkan ke atas doh yang telah dicanai. Kemudian taburkan kismis rata-rata. 
  • Gulung kemas dari bahagian hujung doh. Selesai menggulung, potong doh setinggi yang anda inginkan (guideline 3 sm). 
  • Atur dalam tin pembakar berlengser marjerin. Tutup dan biar naik seketika. Sapu glis dan bakar pada suhu 180



ROTI GULUNG SOSEJ
( SAUSAGE BUN ROLL )

Bagi roti gulung sosej pula, doh yang sama digunakan cuma penambahan bahan...

  • sosej
  • bijan
  • kuning telur
  • majerin



Caranya :
  • Bahagikan adunan pada 60 gm setiap dan buatkan bulat2. Ketepikan.
  • Ambil 1 doh dan gelek supaya menjadi panjang (macam kopok lekor) dan lilitkan dikeliling sosej
  • Perapkan sehingga saiz roti naik sekali ganda.
  • Sapukan dengan kuning telur dan taburkan sedikit bijan.
  • Bakar dalam suhu 200'C selama 20 -25 minit atau sehingga kuning keemasan.
  • Keluarkan dan sapukan majerin untuk kelihatan berkilat dan menarik.
  • Keluarkan dan sapukan majerin pada roti yg telah masak.

Wednesday, 28 December 2011

KEK

RED VELVET  CAKE ~~~ 2

Assalammualaikum.....

Selamat malam semua...mungkin ramai yang dah krohhh...krohhhh.....hehhehe....arinie berhempas pulas nak siapkan 2 tempahan kek drp tunang opismate husband...

Alhamdulilah...dapat menyiapkan dgn jayanya... harap dia berpuas hati dgn ape yang asz buat...


Tempahan nie br dpt semalam....asz plak semalam dan ari nie..ade meeting di sekolah...so blk meeting td sggh beli bahan2 kek n blk trs jer mengodek...



Kepala pun pening-pening gak bila nak menyiapkan 2 biji kek nie...

Bagi sesiapa yg berminat nak membuat kek nie  bleh la lihat resepinya di sini .... 



Tempahan kek yang lg satu pulak adalah .....


CHOCOLATE MOIST CAKE

Kek nie asz buat double layer jgk sm seperti RV cake...cuma lapisan nya asz cover dgn chocolate ..

Bagi resepi kek ini....sama saje mcm yang asz buat Chocolate moist cup cake....cume bezanya yg dulu menggunakan cup...hehe...dan gunakan topping buttercream .

Resepinya juga bleh la lihat di sini...




Untuk topping kali nie asz gunakan Chocolate Glaze....resepi nie asz amik drp k.ita jgk...asz tumpang share yea k.ita....

CHOCOLATE GLAZE

300 gm coklat masakan gelap
370 gm Heavy cream

Untuk chocolate glaze, resepi mencadangkan menggunakan Dark Couverture Chocolate atau coklat masakan gelap kalau tak ada boleh juga gunakan coklat masakan susu.


Untuk heavy cream tue asz gantikan dgn whipping cream atau pun susu cair tapi kurangkan skit jumlah nya...


Caranya panaskan cream atas dapur hingga suam.
Masukkan coklat masakan gelap yang telah di potong atau di hiris kecil.
Kacau rata sehingga semua coklat melarut.Kemudian tapis.
Biarkan ia sejuk sepenuhnya.
Kek yang telah dikeluarkan dari peti ais, di letakkan atas redai.
Alas redai dengan tray atau dulang.
Curahkan coklat atas kek hingga semua permukaan kek di saluti chocolate glaze.
Dengan berhati-hati  alihkan atas dulang kek.
Simpan dalam peti ais paling kurang 4 jam
Kemudian bolehlah hiasa kek mengikut kreativiti masing-masing.




Selamat mencuba...;))

Tuesday, 27 December 2011

CUP cakeS

CHOCOLATE MOIST CUP CAKE

Assalamualaikum .....
Resepi ini juga salah satu fav resepi asz...anak-anak suka sgt...rasenya ramai jgk yg meminati kek nie...agak mudah, tidak perlu guna pemutar...kacau...kacau dan terus kacau...hehe
Bahan-bahannya juga mudah nak carik..Kalau tiada masalah InsyaAllah kek menjadik..:))




KEK CAWAN ( MOIST CHOCLATE)
  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 1/2 cwn gula
  • 1 cwn serbuk koko
  • 1 cwn susu cair
  • 1 cwn minyak jagung
  • 1 cwn air 
  • 2 biji telur
  • 2 sudu teh baking soda
  • 1/2 sudu teh baking powder
Panaskan oven 170c. Ayakkan tepung ,koko, baking soda dan baking powder.
Kacau rata kemudian masukkan gula dan kacau rata semula.
Masukkan satu persatu bahan-bahan yang lain dan kacau sehingga sebati.
Masukkan adunan ke dalam cup.
Kemudian bakar pada suhu 170c selama 20 minit.
Sebelum dikeluarkan dari oven pastikan kek masak sepenuhnya...caranya.. gunakan garpu atau lidi satay dan cucuk tengah-tengah kek jika tiada adunan yg melekat pada lidi tersebut maknanya kek telah masak sepenuhnya.



Hiasan


Setelah kek sudah sejuk boleh la dihiaskan ... terpulang lah...macam-macam frosting bleh digunakan ..
asz hiaskan dgn fresh cream frosting.Resepi nie asz ambil daripada kak cek. Asz copy juga dari blog kak ita Masam Manis..sori yea k.ita asz share kat sinie..




FRESH CREAM FROSTING
By: Wilton
Rujukan : Kak Cek

2 cawan Non Dairy Whip Topping ~ pastikan dari peti ais

1/2 cawan gula icing
1 sudu kecil esen vanila

Menggunakan Stand @ hand mixer....whisker....pukul whip topping sehingga agak kental...

Masukkan gula icing ...vanila esen dan pukul lagi hingga frosting fresh cream betul2 'stiff '

OK dah bleh digunakan....bleh lah dihiaskan mengikut kreativiti masing-masing
Selamat Mencuba...:)))


IKAN TENGGIRI MASAK ASAM PEDAS MELAKA

ASAM PEDAS MELAKA

Assalamualaikum.....

Selamat petang semua.....lama dah x bersiaran disini...agak sibuk melayan mak,adik n anak-anak buah yg datang bercuti di rumah asz selama 3 hari 2 malam...Penat tapi sangat seronok bila dia orang datang...

Asz berasal dr Melaka ...kalau sebut Melaka sure ramai yg dah sedia maklum masakannya yang terkenal....iaitu Asam Pedas....so hari nie asz kongsikan bersama resepi asam pedas melaka...


ASAM PEDAS MELAKA


Bahan ini dikisar:  
  • 1 labu bawang besar 
  • 5 biji bawang merah 
  • 25 tangkai cili kering 
  • 1 inci halia 
  • 1 sd besar jintan manis 
  • ½ sd teh lada hitam 
  • 1 inci kunyit hidup 
  • 3 ulas bawang putih 






Bahan tumis : 


  • 1 labu bawang besar dihiris halus 
  • ½ sd teh halba 
  • 5 tangkai daun kari (leraikan) 
Bahan-bahan lain:
  • 5 keping ikan tenggiri atau ikan parang atau 1 ekor ikan terubuk (dibersihkan) 
  • 2/3 cawan minyak masak
  • 3 sd besar asam jawa campurkan dengan ¾ cawan air 
  • 1.5 liter air 
  • 2 biji tomato - potong 4 
  • 1 batang terung - potong 
  • 10 biji bendi 
  • 2 tangkai bunga kantan - dipecahkan 
  • 1 sd besar garam 
  • 1 mangkuk lada mesin/cili boh




Cara Membuatnya:
  • Panaskan belanga dan masukkan minyak. Tumis bawang hiris hingga kuning dan masukkan bahan tumis yg lain, biarkan naik bau. 
  • Masukkan bahan kisar dan garam, tumis hingga pecah minyak. 
  • Masukkan air asam jawan dan kacau sebentar hingga naik minyak. Masukkan ikan dan sebatikan bersama bunga kantan. 
  • Masukkan air,  bendi dan bahan lain kecuali tomato. 
  •  Tutup dan biar renih pada api kecil hingga mula pekat dan masukkan tomato. Biarkan 5 minit baru diangkat.




Tambahan

Jika suka boleh masukkan 1 sd besar gula.
Belacan juga boleh ditambah dengan bahan kisar. Untuk menyedapkannya goreng belacan dengan sedikit minyak terlebih dahulu. Gunakan 1 sd besar untuk resipi ini. Boleh juga dimasukkan daun kesum



Thursday, 22 December 2011

AYAM

AYAM MASAK  BALI

Assalammualaikum.....

     Pagi nie dh sibuk-sibuk mengemas sampai nak dkt tgh hari... br teringat ape menu hari nie...so keluarkan je la ape yang ade dlm peti ais tue....yang ada cuma ikan dan ayam...so asz pilh ayam sebab fav anak2.....

Bila dah keluarkan ayam jenuh plak nak pikr nak masak ape ayam nie...xkan nak goreng jer....mmg xjadi lauk la jawabnye...

Akhirnye menu hari nie diputuskan....iaitu Ayam Masak Bali... Menu nie selalu mak asz masak bile ramai ahli keluarga blk kg...mmg menyelerakan ... bahan2nye lbh kurang sama seperti ayam sambal biasa cume ada beberape penambah kelainan....







Menu ayam asak bali nie jgk sesuia di makan bersama dgn nasi impit dan lemang  ...so boleh la di masak sbg salah satu menu pada hari raya nanti...



AYAM MASAK BALI

Bahan-bahannya
  • 1/2 kg ayam - dipotong ikut suka dan digoreng 1/2 masak jika suka
  • 1 labu bawang besar - dihiris
  • 3 bawang putih - dihiris
  • 1 inci halia - dihiris
  • 5 ulas bawang merah - dihiris
  • 1 batang serai - diketuk
  • sedikit daun kari
  • lada mesin 2 senduk
  • minyak masak secukupnya
  • garam dan gula secukupnya
  • 1 keping asam keping(bersaiz besar, kalau kecil masukkan 2 keping)
  • air kosong segelas
  • 3 sudu kicap manis


  • Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih,halia, serai dan daun kari sehingga naik bau.
  • Masukkan lada mesin, gula dan garam secukupnya, masak sehingga pecah minyak.
  • Masukkan asam keping, kicap dan air. 
  • Masukkan ayam yang telah digoreng dan bawang besar yang telah dihiris.
  • Kacau sehingga agak kering secukupnnya.
  • Hidangkan setelah masak.










Wednesday, 21 December 2011

Red Velvet Cake....

Red Velvet Cake....




Assalamualaikum......


      Selamat malam semua...hari nie asz nak sharekan 1 resepi yang agk HOT jgk .... Kek Baldu Merah @ Red Velvet Cake.....Lama dah asz nak try buat kek nie... geram bila baca n tgk di blog-blog lain n you tube...


Warna dia yang merah menyala tue je dah bleh buat org teruja bile melihatnye...kebetulan  fav kaler asz pun merah jgk...:))


Bila dah asik sgt sampai boleh dikatakan kerap jgk survey pasal kek nie...tapi x jgk dibuat2..so sempena Anniversarry asz n husband  yg ke-6 asz gagahkan cube membuatnya....Risau jgk kalu x  menjadi.... maklum la 1st time .....


 Alhamdulilah kek RV asz menjadi dan rupe btknye mmg mengiurkan....dan rase nye......perggghhhhhh...patut la menjadi kegilaan ramai...hehehe


Tarraaaaa........











Resepi Red Velvet Cake


Bahan-bahannya :



  • 2 1/2 cup ( 250gm ) tepung (asz gn tepng gandum jer )
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 sudu besar (15gm) serbuk koko
  • 1/2 cup (113gm) unsalted butter
  • 2 1/2 cup (300gm) gula (asz gn 250gm)
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 cup ( 240ml) buttermilk
  • 2 sudu besar pewarna merah @ merah jambu
  • 1 sudu teh cuka @ white distilled vinegar
  • 1 sudu teh baking soda






* kalau takde buttermilk jangan susah-susah, ambil susu segar pada suhu bilik sebanyak 240ml kemudian tambahkan 1 sudu besar cuka @ lemon juice.. biarkan selama 5-10 minit.









Cream cheese frosting: 


  • 250gm cream cheese
  • 30gm butter
  • 1 sudu besar perahan lemon @ lime
  • 1 sudu besar esen vanilla
  • 1 sudu besar susu segar
  • 100gm gula ising





Yang nie plak versi RV cupcake...





Cara membuatnya:  





panaskan oven: 175 c


  •  ayak serbuk koko dan tepung dalam satu bekas dan kacau.
  •  campurkan buttermilk dengan pewarna merah @ pink
  • dalam bekas lain, mix kan butter sampai kembang dan creamy, kemudian tambah gula dan pukul lagi sampai kembang dan sebati. Masukkan vanilla esen, mix. Masukkan telur satu persatu. Lepas satu biji telur, mix. Kemudian masukkan satu lagi telur dan mix lagi.
  • Kemudian masukkan tepung+koko yang sudah diayak secara berselang seli dengan buttermilk. masukkan tepung, mix.. then masukkan buttermilk mix sampai habis kesemuanya.
  •  Bila dah sebati, campurkan 1 sudu teh baking soda dan 1 sudu teh cuka sampai ada bubbles. Then cepat-cepat masukkan dalam batter yang dah di mix tadi ok! kemudian terus masukkan dalam loyang @ springform loyang ye. Terus bake selama 25-30 minit.
  • bila kek dah siap bake, sejukkan dalam peti ais beberapa jam.. Supaya senang nak dibelah nanti, sebab lepas masak ni, kek agak fragile. Takot terkoyak ke pulakan. huhu.
  •  Kemudian terpulanglah nak belah 2 @ 3 @ 4.. huhu. aku belah jadi 3 lapis je. Setiap lapis tu sapukan cream cheese frosting ye. Kemudian dah siap sejukkan lagi dalam peti ais sehari semalam boleh, beberapa jam pun boleh. Bolehlah dihidangkan....:))







Cara Penyediaan :


untuk cream cheese frosting

  • gunakan electric mixer, mix cream cheese sampai creamy.
  •  Masukkan bahan-bahan lain.. butter + perahan limau + esen vanilla + susu segar + gula ising.








dan ini husband bwk ke opisss....






dan yg nie tempahan drp opismate husband 50 RV cupcakes....